Hanya 3 PERKARA yang dapat membantu si mati.... |
Sesungguhnya kasih sayang anak-anak kepada insan yang bergelar ibu dan bapa tidak harus terhenti hanya ketika mereka masih berada di dunia. Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa "Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : a) Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, b) Ilmu yang dimunafaatkan, c) ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN KEDUA IBUBAPANYA". (Hadis Riwayat Luqman Hakim)
Pemberian paling berharga yang amat diharapkan oleh ibubapa kita semasa mereka di alam barzakh adalah doa dari anak-anaknya. Manakala tidak akan terputus pula rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari (baik yang hidup mahupun yang telah tiada). Begitulah besarnya ganjaran Allah kepada anak-anak sekalian. Rebutlah peluang besar ini. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang mana suatu ketika telah menjaga kita dengan penuh kasih sayang.
Bermaksud : Ya Allah! Sampaikalah seumpama pahala bacaan
ku kepada roh BAPA ku (sebut nama si mati)
Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia
maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan
kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih .
Bermaksud : Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaan
ku kepada roh IBU ku (sebut nama si mati)
Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia
maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan
kuburnya dan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
AL FATIHAH
Sesungguhnya, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali
-WALLAHUALAM-
0 comments:
Post a Comment