Sang Cengkadak |
Pada suatu hari, terserempak di halaman rumah Sang Cengkadak yang hinggap di atas dedaun pokok bunga raya. Maka Si ibu cepat-cepat memanggil Si anak untuk diperlihatkan gurauan orang lama dengan aksi serangga tersebut.
Cengkadak cengkudu, macam mana Syahmi tidur? Sang Cengkadak pun menggeliatkan badannya lalu menunjukkan aksinya. Tertawalah si anak kerana melihat bagaimana keadaan tidurnya sebagaimana yang diaksikan oleh Sang Cengkadak. Kalau anak-anak zaman dulu, mereka akan mempercayai bulat-bulat pada mitos tersebut. Anak-anak zaman kini, segalanya kena diiringi dengan fakta. Kalau tidak, kantoi kita hendak menjawab hujah yang bertubi-tubi dari Si anak.
Kata orang, posisi kita tidur menceritakan sifat seseorang yang sebenarnya kerana ketika itulah keadaan semulajadi di bawah sedar tanpa agenda tersembunyi. Pendek ceritanya, tiada istilah lakonan lagi apabila kita menikmati masa tidur yang lena. Kalau jenis yang tidur berdengkur, maka berlagulah dengan iramanya. Air liur basi meleleh pun tidak boleh ditapis lagi.
Starfish lagaknya! |
Bagi yang tidur terlentang seperti starfish lagaknya, dikatakan seorang yang sangat percaya kepada diri sendiri, berjiwa bebas, nyaman serta memuja kepada kecantikan. Tetapi mereka juga boros dalam perbelanjaan namun rezekinya juga lumayan.
Bersilang kaki.....amboi 3x |
Ada juga di kalangan mereka yang tidur sambil bersilang kaki. Yang ini pula dikatakan sangat obsess pada diri sendiri juga tidak suka pada perubahan. Bersendirian lebih digemarinya. Yang pasti mereka kurang bercakap. SYAHMI ANAK AUTISME SAYA TERGOLONG DALAM POSISI YANG INI.
Meniarap.. |
Apa kata dengan posisi yang ini iaitu tidur meniarap. Tidur yang sebegini adalah tidak digalakkan dalam agama kita. Menurut katanya, golongan ini berfikiran sempit, ego juga keras kepala. Sukar menerima kritikan walau mempunyai kepercayaan diri yang sangat tinggi.
Seperti janin dalam kandungan gayanya...... |
Tidur meringkuk seolah-olah janin manusia di dalam kandungan ibunya. Mereka dikatakan mempunyai keperibadian yang sangat sensitif, cemburu, pendendam dan mementingkan diri sendiri.
Posisi miring ke kanan |
Manakala yang tidur miring sebegini amat baik keperibadiannya. Lembut, bersopan, jujur dan penuh dengan kasih sayang. Posisi yang beginilah yang amat dituntut oleh agama, cenderung memaafkan orang lain, berfikiran terbuka. Kehidupan yang bahagialah milik mereka....In Shaa Allah
Tutup semua dari kepala ke kaki.....hehehe |
Auummm Chak! Tidur dengan posisi begini menunjukkan keperibadiannya yang suka menyimpan rahsia diri serapat-rapatnya. Pemalu dan lemah serta akan menguncikan diri di kamar apabila menghadapi masalah. Pendek kata, mereka tergolong dalam golongan yang memilih untuk menangis sendirian.
Posisi tidur pada malam hari amat penting untuk keselesaan fizikal dan mental kita keesokkan paginya. Jika tersalah posisi tidur, anda boleh merasakan kesakitan dan tidak selesa dengan bahagian-bahagian tubuh yang terkesan dek kerana posisi tidur yang tidak betul. Tidak salah rasanya kita mengikut apa yang dianjurkan oleh agama kita. Biasakan memilih apa yang lebih baik walau ianya tidak menjadi kebiasaan kita.....
Zzzzzzzzzz.........(sekadar hiasan) |
0 comments:
Post a Comment