Allahyarham Haji Zakaria bin Haji Nordin |
Al fatihah......buat ayahanda Hj Zakaria bin Hj Nordin. Beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya dalam usia 84 tahun pada hari Selasa, 18hb June 2013 bersamaan 9 Syaaban 1434H. Bertahun-tahun beliau mengalami penyakit lemah jantung, paru-paru berair, dan hingga ke akhir hayatnya mengalami kegagalan buah pinggang. Menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 10.00pm, di rumahnya di Kpg Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.
Jam 10.00pm, saya menerima panggilan dari kampung. Katanya "Apak (ayahanda) tenat....mereka sedang membantunya mengucap"....lalu panggilan terputus. Rupanya panggilan buat ku merupakan panggilan sangkaratul maut buat ayahanda ku. Menurut kata mereka, ayahanda menarik nafas kuat sebanyak dua kali.....sambil kumat-kamit mulut cuba mengucap Dua Kalimah Syahadah lalu perlahan-lahan pergi meninggalkan dunia yang fana.
Al Fatihah buat Hj Zakaria bin Hj Nordin..... moga berbahagialah ayahanda di sana |
Tiada lagi ayahanda kami di dunia ini. Tiada lagi seorang yang sangat perfectionist dalam banyak hal. Segalanya dilakukan dengan tertib. Sangat sayu bila dia telah tiada. Bagaikan sebahagian dari nyawa kami dibawanya pergi bersama. Berbaktilah pada ibubapa selagi mereka masih hidup. Tinggallah bonda hidup tanpa teman. Inilah tanggungjawab anak-anak menemani bonda yang telah uzur supaya tidak terasa kehilangan seorang suami yang selama 63 tahun sentiasa di sisi baik ketika susah mahupun senangnya.
Tiada doa, sebaik doa dari anak-anak yang soleh dan solehah buat ayahanda di sana |
Semoga diperkukuhkan hubungan antara kami adik beradik. Banyakkan amalan kebaikan, hindari segala kemungkaran. Meninggalkan anak yang soleh dan solehan adalah saham terbaik buat ayahanda kita di sana. Ingatlah, bahawasanya yang pergi tetap pergi buat selamanya.....yang tinggal wajib berlumba untuk menyiapkan diri kita semasa di sana nanti. Berpeluh di dahi dengan raut wajah yang berseri ketika nafas ayahanda terhenti. Semoga ayahanda di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....aamiin
0 comments:
Post a Comment