Lain orang lain caranya, ada yang memilih untuk membawa anak-anak melancong bagi mengisi masa cuti sekolah. Ramai juga yang balik ke kampung menziarah datuk dan nenek yang merindui cucu-cucunya. Ikut kemampuan masing-masing, kalau poket berisi maka jauhlah kita mengatur langkahnya. Tepuk dada, tanya selera.....lakukan yang terbaik asalkan kita sekeluarga bahagia.
Namun, cuti kali ini kami tak berkesempatan untuk membuka langkah jauh beriringan seisi keluarga kerana jadual masing-masing yang bercanggah. Si abang menyertai Jamboree Pengakap Antarabangsa di Melaka selama seminggu.
Melatih anak-anak berdikari...... |
Seronok si abang berjamboree....... |
Sementara, ibu,ayah dan Syahmi menuju ke Kuala Kangsar untuk menziarah Tok dan Opah yang uzur kerana sakit tua di kampung. Ini merupakan jadual 'wajib' bagi kami setiap musim cuti persekolahan. Tanggungjawab anak-anak dan cucu-cucu terhadap ke dua orang tua di kampung, kerana kepulangan kita sentiasa di nanti mereka.
Syahmi dan Opahnya........ |
Musim cuti sekolah dipenuhi dengan undangan perkahwinan saudara mara. Kali ini lebih istimewa sebab undangan diterima dari pasangan mempelai yang juga guru sekolah Syahmi iaitu Sek Keb Seri Budiman II. Toleh kiri toleh kanan, kebanyakan tetamu ialah warga SKSB II dengan diiringi oleh keluarga masing-masing. Hinggakan sajian makanan juga disediakan oleh caterer yang mengusahakan penyediaan makanan di kantin sekolah. Ceria dan meriah dengan suasana seperti majlis 'anak beranak' ini.
Tumpang gembira melihat Cikgu Azizul jadi Raja Sehari...... |
Syahmi tumpang gembira.....Selamat Pengantin Baru Cikgu! |
Selagi cuti sekolah belum berakhir, selagi itulah ibubapa sentiasa memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memenuhi jadual anak-anak supaya tidak bosan di rumah. Jika si abang bercamping di Melaka, Syahmi pun teringin juga hendak bercamping sama. Lagoon Kuala Ibai, merupakan destinasi yang sesuai untuk berkhemah, nyaman di bawah teduhan pepohon rhu menghadap Laut China Selatan.
Senyum lebar dia....... |
Berkhemah hingga ke petang......seronoknya |
Beraktiviti sambil memastikan pengisiaan berguna buat si anak. Meluaskan perbendaharaan katanya, membina nilai murni terhadap mereka yang tua serta belajar bersosial dengan masyarakat sekeliling. Rugilah si anak jika beraktiviti tanpa memberi apa-apa makna kepadanya.
Jangan dilupa! Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Daerah yang akan berlangsung bila sekolah dibuka nanti. Syahmi kena perbaiki lagi mutu bacaan Surah An Naba dan fasihkan surah-surah pilihan untuk acara Hafazan.......semoga dipermudahkan-Nya...aamiin.
0 comments:
Post a Comment