اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, December 17, 2013

Membantu Autisme Dengan 'Social Stories'.....



Social Stories.....

Seperti yang kita sedia maklum bahawa autisme merupakan golongan istimewa yang mengalami kesukaran untuk menerima bentuk-bentuk pembelajaran terutama yang berkisarkan kepada 'Teory Of Mnd' juga yang abstrak. Kelebihan golongan ini kepada sesuatu yang berbentuk visual haruslah diambil kelebihannya disamping informasi melalui bahasa yang ringkas dan mudah difahami supaya dapat membantu mereka dalam memperbaiki aspek kemahiran sosial.


Carol Gray

'Social Stories' mula diperkenalkan dalam tahun 1991 oleh Carol Gray dari Michigan bekas konsultant yang bergiat aktif dalam ilmu pendidikan khas khusus untuk anak-anak autisme. 'Social Stories' merupakan penerangan ringkas terhadap sesuatu keadaan/aktiviti dengan memasukkan informasi tertentu bagi mendapatkan pemahaman dalam bentuk apa dan mengapa dari 'Social Stories' tersebut. Boleh dihasilkan samada dalam bentuk ayat-ayat ringkas dan tepat atau digabungkan bersama ilustrasi yang menarik.


                 'Social Stories' boleh diaplikasi dalam skop yang amat luas termasuklah :


                1.  Meningkatkan kemahiran diri (menggosok gigi, memakai pakaian dll),
                     kemahiran bersosial (berkongi barang, memberi salam dll) juga
                     kebolehan akademik.

Contoh : Kebolehan bersosial...

  
               2.  Membantu golongan autisme untuk memahamkan bagaimana pihak
                    lain memberi tindakbalas terhadap sesuatu keadaan  dan menjadi
                    contoh untuk mereka ikuti


Contoh : Keperluan ke tandas


                3.  Membantu mereka menerima perubahan rutin atau perkara luar
                     jangkaan seperti berpindah rumah, berlakunya guruh apabila hari
                     hendak hujan dan sebagainya


Contoh : Berpindah rumah


                4.  Menaikkan keyakinan diri dengan keupayaan mereka yang boleh digilap
     


Contoh : Mereka juga mampu untuk menjadi
seorang teman yang hebat


                5.  Memperbetulkan tingkahlaku kepada yang lebih baik/sesuai dalam masyarakat
                     seperti bijak mengawal kemarahan, mengawal obsessi dll


Contoh : Mengawal kemarahan

                 6.  Tidak secara langsung dapat memahamkan masyarakat luar terhadap
                       perspekif si autisme dalam kehidupan bersosial


Papan tanda juga merupakan salah satu bentuk 'Social Stories' yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap sesuatu keadaan/aktiviti. Namun papan tanda di bawah, tidak 'mesra autisme' kerana ia hanya mengambil kira perspektif masyarakat secara umum. Tafsiran yang diperolehi mungkin berbeza dari perspektif si autisme. Syahmi anak autisme saya, telah mentafsirkan papan tanda ini secara direct dari apa yang diilustrasikan iaitu 'PENCEROBOH AKAN DITEMBAK/DIBUNUH', bukannya didakwa seperti yang tertera di papan tanda.  Pada pendapat saya imej di bawah lebih sesuai jika menunjukkan seseorang yang sedang 'digari' bagi menekankan maksud 'didakwa'.


Papan Tanda Juga Social Stories....


 Oleh itu, 'Social Stories' yang bersesuaian bagi golongan autisme seharusnya dibuat dengan teliti seperti  mengambil kira faktor-faktor tertentu termasuklah :


                  1.  Umur dan minat mereka untuk dimanipulasi bagi menghasilkan
                       'Social Stories' yang boleh menarik perhatian mereka

                  2.  Tentukan tahap pemahaman  mereka yang berbeza antara satu
                       sama lain

                  3.  Menggunakan kata-kata positif dan elakkan perkataan yang
                       akan menyebabkan golongan ini lebih stress

                  4.  Maksud yang jelas,  tiada unsur-unsur kiasan atau abstrak

                  5.  Jika golongan sasar terdiri dari kanak-kanak, sebaiknya
                       menggunakan konteks ayat dari perspektif gantinama pertama
                       seperti 'saya' (Saya mencuci tangan sebelum makan)


Mulakan dari sekarang.....

Ramai yang mengakui konsep ini sangat berkesan dalam memberi kefahaman  kepada golongan autisme. Boleh dibuat sendiri di rumah dengan idea kreatif masing-masing, atau dapatkan khidmat Mr Google!!!





0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...