Bangga menjadi anak Malaysia |
Hari ini Khamis 30hb Ogos 2012, Sek Keb Seri Budiman II mengadakan sambutan berkembar 'Merdekaraya' bersempena Hariraya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan yang jatuh pada bulan Ogos. Seluruh warga SKSB II akan berbaju kebangsaan bagi merealisasikan semangat menyambut kedua-dua acara penting ini. Biarlah dengan adanya acara-acara seperti ini dapat mengeratkan sillaturrahim antara pendidik dengan murid keseluruhannya. Selepas ni demam peperiksaan bermula.....jadi kerjasama antara guru dan murid harus dilipatgandakan.
Di sebelah pagi ........warga sekolah berhimpun untuk menyambut Hari Kemerdekaan |
Masa untuk menyambut Syawal bersama-sama rakan dan guru-guru..... |
Bersama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SKSB II , Pn Dazita |
Bersama Cikgu Rosma yang menjadi pendidiknya semasa di Pra Pendidikan Khas |
Siapa tahu.....perjuangan kamu untuk memerdekakan diri dari Autisme |
Kita masing-masing ada cara tersendiri untuk menghayati erti 'kemerdekaan' yang sebenarnya. Bagi Syahmi dan anak-anak autisme yang lain semestinya perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan diri dari belenggu autisme. Walaupun nampak mustahil.....namun kuasa Allah tiada siapa boleh mengatasinya.
Semoga masyarakat kita lebih memahami mereka seadanya. Bukan memohon simpati, cuma perjuangan anak-anak autisme bukan perjuangan individu sahaja tapi sokongan orang di sekeliling amat besar ertinya. Sekurang-kurangnya jadilah penyokong yang membina, bukan sokong pula membawa rebah.....
4 comments:
insyaallah... syahmi akan berjaya memerdekakan dirinya... amin...
terima kasih...kerana memberi sokongan...
Very well written
Pn Hayati Jafar....terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan..
Post a Comment