اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, May 9, 2014

MTQ 2014 - Peringkat Daerah Kuala Terengganu




Menunggu giliran untuk memperdengarkan bacaan.....Surah An Nazi'at
       
Diundi sebagai peserta ke 3 untuk memperdengarkan bacaan. Pengalaman mematangkan Syahmi untuk menyerap tekanan. Tahun ini merupakan tahun ke 3 Syahmi menyertai MTQ. Alhamdulillah, tahun ini juga berjaya mendapat tempat pertama di bawah kategori BP Rendah (L).


Kejayaan  kali ke 3 berturut-turut sejak 2012.....

Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada hari Sabtu minggu hadapan bersamaan 17hb Mei 2014 di Sek Men Keb Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Sungguh padat jadual Syahmi untuk tahun ini. Peperiksaan UPSR makin menghampiri. Aktiviti sekolah harus dikendong bersama supaya Syahmi setara dengan rakan-rakan tipikal yang lain. Anak-anak Pendidikan Khas juga tidak terkecuali untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam mengungguli bidang yang menjadi minat masing-masing.
           

Jumpa lagi di MTQ Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman nanti.....

               
Naik ke pentas setelah diumumkan sebagai pemenang
tempat pertama Tilawah Al Quran (BP) Rendah (L) 2014

Tahniah Syahmi....
Lakukan Yang Lebih Baik Di masa Akan Datang.....


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...