A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, March 9, 2012

Wanita.....


Wanita seantero dunia dengan pelbagai bangsa dan penampilan !

            
                  Tanggal 8hb March setiap tahun diisytiharkan Hari Wanita Antarabangsa....saya juga tak lupa nak mendedikasikan tarikh tersebut  khas buat  'mem' saya Puan Hayani binti Zakaria atas sumbangannya terhadap kami sekeluarga.

Kalungan bunga buat ibu!

                 Isteri sayalah satu-satunya wanita yang ada dalam keluarga saya. Anak-anak kedua-duanya lelaki, jadi sepatutunyalah ibu menjadi wanita kebanggaan kami. Even pada Hari Wanita pun, ibu masih berkejar-kejar memenuhi tanggungjawab hariannya terhadap keluarga. Subuh-subuh hari lagi memberi tunjuk ajar kepada Syahmi untuk menghadapi exam di sekolah, menyediakan kelengkapan dan menghantar si abang ke perkhemahan Pengakap, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah dan macam-macam lagi tugas. Ku takut kalau satu hari nanti ibu submit form cuti.....aduhhhh nak approve ke tak???

Bukan hadiah diminta!


                     Ibu dah lupa Hari Wanita Antarabangsa.....tanggungjawabnya terus dilaksana macam biasa. Itulah  wanita  kami ... Sanggup menjadi lilin menerangi orang lain, sanggup berhujan panas untuk keluarga tercinta. Tiada hadiah yang diminta. Cuma pengertian dari kita di sekelilingnya

                      Pasti besar ganjaraNya di sana......InsyaAllah..


Seluruh jiwa dan raganya untuk kita 

Wednesday, March 7, 2012

Kelas Pra Pendidikan Khas SKSeri Budiman II


                Mengimbau kembali tahun 2008, Syahmi telah didaftarkan di Pra Pendidikan Khas di SK Seri Budiman II ketika umurnya 6 tahun. Dengan didikan dan asuhan dari Cikgu Rosma binti Jasni serta di bantu oleh Cik Fazima, Syahmi telah berjaya dididik hingga berupaya menonjolkan keupayaan dirinya yang sebenar. Syabas ke duanya!

                Anda berdua antara pendidik yang bertanggungjawab terhadap karier masing-masing serta memikul amanah  Allah kepada anak-anak syurga kami. Lihatlah bagaimana keadaan kelas yang dihias cantik hasil dari idea kreatif keduanya.

Carta Keluarga Pra Sekolah 2012

Meja untuk aktiviti bermain dengan alat bantuan - puzzle contohnya

Sudut pameran hasil kerja pelajar

Puppet Show

Meja Guru
   
                 Inilah antara sudut-sudut menarik di kelas berkenaan untuk keselesaan anak-anak istimewa kita. Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti TV dan perisian komputer bagi kegunaan anak-anak istimewa kita mengikut keperluan masing-masing. Jika guru-gurunya kreatif semestinyalah kelas yang bersih dan kemas akan terhasil bagi menarik perhatian anak-anak kita untuk belajar. Antara idea-idea menarik yang terdapat di sini  seperti :


 A-Sekolah
B-Rumah

              Lampiran A dan B ini ditampal di dinding,  bersebelahan antara satu sama lain yang mencatatkan A-Sekolah sementara B-Rumah. Ia bertujuan untuk membiasakan pelajar-pelajarnya datang ke sekolah di waktu pagi dengan melekatkan gambar empunya diri ke alat bantuan A-Sekolah bagi menandakan kedatangan mereka  ke sekolah. Sementara waktu balik dari sekolah, tiap-tiap pelajar ini akan menarik keluar gambar masing-masing untuk dilekatkankan pula ke alat bantuan B-Rumah bagi menandakan si pelajar akan balik ke rumah. Jadi, anak-anak istimewa kita tidak secara langsung diasuh dengan disiplin dan  tanggungjawab masing-masing semasa di sekolah.

Kerusi comel dengan photo masing-masing
     
                  Kerusi-kerusi  comel pula dilekatkan dengan  photo pelajar-pelajar supaya memudahkan anak-anak ini mengecam kerusi masing-masing. Nampaknya ia seperti perkara remeh tetapi besar kesannya terhadap pembentukan disiplin anak-anak istimewa kita.

Suatu ketika Cikgu Rosma dan Cik Fazima  bersama
 Syahmi sebagai anak didik (2008)

                         Pendidik yang berdedikasi seperti ke duanya akan tetap dikenang dan disanjung segala jasa murni. Walaupun  anak murid cikgu dah besar panjang dan bersekolah di aliran perdana, ke duanya masih mengambil berat tentang pelajaran Syahmi di sekolah

                        Semoga Cikgu Rosma serta Cik Fazima berjaya dalam karier masing-masing dan sentiasa memperolehi keberkatan dariNya dalam kehidupan. Terima kasih cikgu!

Tuesday, March 6, 2012

Angkasaraya Dunianya kini...

                 Toys dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Kalau anak perempuan biasanya anak patung menjadi kesukaan, peralatan dapur untuk main masak-masak......sementara yang lelaki tentunya keretapi, lori, bas, pistol mainan yang diminta. Kalau tak dapat....meronta-ronta tunjuk perasaan di shopping complex nak bagi ibu ayah tak tahu nak sorok muka kat mana. Finally kena beli jugak, bukan manjakan anak tapi nak mengelakkan keadaan semakin gawat.

Menjadi Bahan Arkib!
           
                   Bila meningkat umurnya, koleksi ini disimpan saja dalam kotak besar bersaiz manusia pun boleh tidur di dalamnya kalau nak diumpamakan, nak dibuang atau diberi pada anak-anak  tetangga tidak dibenarkan oleh yang empunya diri. Sekali sekala Syahmi akan membuka kotak tu....sebab nak tengok kut-kut ada yang terkurang kerana mengesyaki si ibu dah 'sedekah' pada jiran tetangga tanpa pengetahuannnya. Nak buat spot check konon! Sebenarnya memang banyak yang ibu telah 'eksport' ke jiran sebelah menyebelah yang punyai anak-anak kecil. Dari membazir...baik diberi pada yang memerlukan....


Space Shuttle Impian
                 
                     Setahun dua ni minat Syahmi telah berubah ke objek-objek di angkasaraya. Space shuttle, airplane model menjadi koleksi masa kini.  Semua ini adalah pengaruh dari maklumat di internet. Hari-hari mencari maklumat tentang angkasa lepas. Bahan bacaan semuanya yang berkisarkan topic yang sama.  Dia akan ke library sekolah hanya untuk ke Science Section.....


Buku Pujaan


Bahan bacaan  yang diminati
 
                 Airplane model juga menjadi koleksinya, Royal Brunei Airline, MAS, Air Asia semuanya dikumpul. Syahmi akan menyusun model-model ini dan berangan-angan dengan airport olok-oloknya. Siap buat video sekali dengan mini airportnya. Berselerak model-model di lantai, silap-silap kalau terpijak, kita boleh  terus masuk hospital....besi mencucuk tapak kaki. Nak dimarah, seolah-olah kita membantutkan imiginasinya....sabor...sabor banyak-banyak....
                 

Model-model Airplane Syahmi
     
                         Good Luck Syahmi.....semoga imiginasi menjadi realiti. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan supaya kamu akan berjaya suatu masa nanti.....Masih jauh perjalanan untuk ditempuhi. Biar ramai yang tidak mengerti...tapi ayah dan ibu tetap setia di sisi....
             

Monday, March 5, 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 17

                     Selamat Pengantin Baru...Selamat Berbahagia.....Selamat Ke anak Cucu...selamat, selamat  dan selamat.    Masih ingat lagi tarikh 531995 dimana saya menamatkan zaman bujangan. Setelah 17 tahun berlalu,  tarikh yang sama datang lagi untuk tahun 2012 ini. Alhamdulillah dipanjangkan jodoh dengan rezeki yang seadanya disamping anak-anak.


"Aku nikah akan dikau dengan ....             

                Masih diingatan tarikh tersebut juga bersamaan dengan 3 Syawal dimana sanak saudara di perantauan balik ke kampung untuk berhariraya. Suasana riuh rendah dengan kedatangan sanak saudara untuk makan 'nasi minyak' sambil beraya ke rumah bapa mertua saya di Kuala Kangsar, Perak. Kira-kira 2 in 1 lah konsepnya.

Kad Undangan; Warna cream tulisan keemasan!

                 Kad jemputan kahwin pun masih ada disimpan rapi untuk kenang-kenangan. Sekarang ni, bila anak-anak dah membesar mereka boleh tengok segala kenangan yang ada. Hiasan kamar pengantin pun ada! Semuanya adalah usaha isteri saya yang menitikberatkan bahan-bahan kenangan ini. Saya tak kisah sangat hal-hal yang telah menjadi sejarah...Yang penting bagi saya,hal-hal  masa kini dan yang akan datang. Biasalah orang perempuan....perkara yang kecil-kecil pun diambil kira.


Hiasan kamar berasaskan ' tekad ' kebanggaan negeri Perak

                        Seminggu selepas tarikh bersejarah itu, kami telah mengadakan jamuan untuk para sahabat di Restoran Bayu , Kuala Terengganu. Sekarang ni, restoran tersebut sudah tidak wujud lagi sebab ianya telah diubahsuai menjadi Kuala Terengganu Specialist Hospital. Tujuannya untuk meraikan rakan-rakan sekerja serta kenalan lain sambil menikmati nasi minyak 'Sam UOB' panggilan mesra di  kalangan kakitangan bank-bank di K.T.


Meraikan sahabat handai  di Restoran Bayu,  Kuala Terengganu

                   Sekarang saya dah mempunyai dua hero bernama Muhammad Syawal Aiman 16 tahun dan Muhammad Syahmi Asraff 10 tahun. Walau tiada heroin....saya ada anak syurga (Muhammad Syahmi Asyraff) kurniaanNya. Bukan senang nak memikul amanah untuk mendidik anak syurga ni.  Terima kasih pada isteri Pn Hayani Zakaria kerana telah 17 tahun hidup bersama tak kira susah mahupun senang.

                  Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat..... 
                  

Sunday, March 4, 2012

Budu Pun Dia Bedal!



Dalam memperkatakan bab makan ni, Syahmi tak terlalu cerewet, banyak menu yang menjadi kegemarannya. Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Goreng semua dilahapnya. Yang terpujinya bagi 'anak syurga' ini ialah dia tidak menggilai makanan ringan, sweets dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Ini lunch orang Perak , air tangan Opah di Kuala Kangsar
               
Kami sekeluarga berasal dari Perak, kebiasaannya masakan yang menjadi pilihan tentulah rendang ayam/daging/kerang kemudian ikan sungai samada ikan keli, patin dibuat gulai tempoyak serta ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal belacan mahupun sambal tempoyak. Simple jer, tapi air tangan Opah memang kelas gitu!

Menetap di Kuala Terengganu belasan tahun, citarasa dah mula bercampur-baur antara masakan orang Perak dengan orang Pantai Timur. Orang belah Pantai Timur ni amat kurang makan ikan sungai/darat, biasanya ikan laut yang segar menjadi pilihan. Maklum ler, duduk tepi pantai, kira kanan nelayan belaka. Ikan segor hari-hari boleh dapat. Kuah singgang ikan selayang atau ikan aye (ikan kayu/ikan tongkol) menjadi hirupan  orang sebelah sini.


BUDU Cap Ketereh  menjadi pujaan  ramai (kanan)

 Segalanya tidak lengkap sekiranya tidak dihidang bersama dengan Sos Bilis atau lebih dikenali dengan BUDU serta di 'kenyek lado' kata ore Kelate. Dulu saya dok ambil 'cakna' tentang kewujudan Sos Bilis. Lama kelamaan bila dengar jiran-jiran bercerita tentang keenakkannya, kita pun try sama. Hasilnya memang menjilat jari! Cuma awas bagi yang ada masalah kesihatan seperti darah tinggi. Kena jaga-jaga pengambilan BUDU anda kerana kandungan garam yang tinggi, jangan ikut selera sahaja, takut bp naik melambung!


Apa lagi ditunggu?  Curah BUDU 'kenyek lado'

Syahmi pun penggemar BUDU bila kena dengan 'gu' dia, dicicah denga timun dan bawang. Lada terkecuali sebab Syahmi tak tahan makan pedas.  Berselera nampaknya dia dengan menu dari rakan-rakan di sekolah yang rata-ratanya penggemar BUDU. Namun pengambilannya terpaksa dikawal supaya tidak berlebihan. Senyum lebar saya bila melihat anak yang belum baligh boleh menikmati BUDU sedangkan saya masih dengan tempoyaknya....


Selera kampung memang sedap, tak kiralah dari mana asal kita. Masing-masing ada kelebihannya. Rasanya  tidak salah untuk belajar menerima budaya luar bagi kita kerana ia memudahkan walau dimana kita berada. Teman orang Perak, mu orang Ganu, demo ore Kelate, hang orang Penang, ekau orang Nogori, kita semua sama .....orang Malaysia.


                    

Friday, March 2, 2012

Kidal Pun Kidallah.....

       




Tangan kanan biasanya lebih kasar kelihatannya jika dibandingkan dengan tangan kiri. Maklumlah sepanjang kehidupan ni,  tangan kananlah yang  lebih banyak menyumbang tenaganya kepada saya. Kalau nak dihitung, tangan kanan ku dah berkhidmat menghayun kalam sejauh beribu-ribu kilometre menulis tanpa jemu dari zaman persekolahan peringkat rendah sampai zaman menulis surat cinta hinggalah ke era bekerjaya dan kini telah pun berada di hujung-hujung perkhidmatan....


Syahmi pula berbeza, tidak seperti  ayah mahupun ibu kerana kecenderungannya menggunakan tangan kiri dalam kebanyakan aktiviti. Ini yang dinamakan  KIDAL atau in English  LEFT-HANDED. Kalau di Malaysia ni yang terkenal dengan left-handednya tentulah Man Kidal. Saya masih tercari-cari tokoh ternama di negara kita yang tergolong dalam mereka yang kidal.


Man Kidal dengan petikan gitarnya

           
Penduduk dunia dikatakan 10% dari populasinya tergolong dari kalangan mereka yang left-handed. Ramai yang mengatakan golongan ini (kidal) mempunyai banyak kelebihan. Kebiasaannya mereka intelligent, kreatif dan lebih berminat pada dunia seni dan bahasa. Antara faktor yang mempengaruhinya, ialah fungsi otak kanannya yang dominan dimana ia mengatur bahagian tubuh kiri manusia berfungsi.  Berbeza pula dengan kita yang right-handed dimana fungsi otak sebelah kiri yang lebih dominan dan secara langsung ia mengatur pula bahagian tubuh kanan berfungsi. Fungsi bersilang menurut katanya.





Saya bukan pakar dalam bidang ni cuma menyampaikan ilmu yang tidak seberapa bagi yang belum mengetahui. Walaupun ia bukan dikategorikan kecacatan, tapi kidal memang menampakkan seperti sesuatu yang tidak kena. Antara masalah yang nyata dapat dilihat ialah ketika hendak makan dikalangan kita orang Melayu yang biasanya menggunakan tangan kanan. Bagi Syahmi, sejak dari kecil saya cuba membiasakan dia untuk menggunakan tangan kanan ketika hendak menyuap makanan ke mulut. Nampak janggal namun terpaksa dibiasakan. Hakikatnya dia lebih selesa menggunakan sudu ketika makan. Di sekolah makcik di kantin memang 'cham' muka Syahmi yang selalu meminta untuk disediakan sudu bila waktu makan.


Menggunting merupakan aktiviti di sekolah yang kurang digemari Syahmi kerana hasilnya tidak sempurna, bengkang-bengkok. Kena selalu dilatih untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Dengar ceritanya, sekarang memang terdapat di pasaran gunting khas untuk mereka yang left-handed. Namun, dikatakan juga harganya yang agak mahal dibandingkan dengan gunting yang biasa.


Perbezaan gunting kegunaan yang left-handed dan right-handed....


Bila berhadapan dengan kerusi yang begini.....sangat menyukarkan
 bagi mereka yang kidal....

Alah bisa tegal biasa katakan, kidal tidak menjadi halangan untuk berjaya. Insan yang kudung ke dua belah tangan pun boleh berjaya jika tekun berusaha, inikan pula bagi kita yang mempunyai kedua-dua tangan yang sempurna. Albert Einstein, Bill Gates, Mahatma Gandhi, Oprah Winfrey, Leonardo Da Vinci ialah tokoh-tokoh tersohor yang tergolong dalam manusia kidal. Syahmi juga kidal, bersyukurlah  atas segala kurniaan-Nya. Yang penting, Syahmi telah boleh menulis dengan jelas serta difahami oleh guru-guru untuk dinilai. Jangan lupa, ada satu advantage bagi  mereka yang kidal, sangat mudah menulis tulisan Jawi!


Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa, 13hb Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kidal Antarabangsa. Kidal pun kidallah....
           
           
Adegan kelakar....dilema si kidal 




             

Thursday, March 1, 2012

Cabaran Anak Keperluan Khas Di Aliran Perdana

     

Bukan semua anak-anak berkeperluan khas kita berpeluang untuk belajar di aliran perdana bersama-sama anak-anak tipikal lain. Syahmi antara anak istimewa yang diberi kesempatan untuk bergandingan dengan rakan-rakan di kelas aliran perdana  di Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu.


Kelas 1 Al Ghazali
       
Memang menjadi cita-cita ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa di Pendidikan Khas mengimpikan anaknya  untuk ditempatkan bersama-sama anak tipikal. Cuma ianya bergantung kepada prestasi anak-anak kita sama ada berupaya untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan pembelajaran masa kini yang amat mencabar atau pun meneruskan pembelajaran di Pendidikan Khas.


Kelas 2 Al Ghazali

Berbekalkan semangat oleh guru-guru di Pendidikan Khas, kami ibubapanya menyahut cabaran bahawa Syahmi layak ditempatkan di aliran perdana walaupun di hati sentiasa berdebar-debar menunggu segala kemungkinan yang akan diterima. Saya tertanya-tanya mana mungkinkah Syahmi yang suka bersendiri dengan dunianya, hendak digandingkan dengan dunia anak-anak tipikal yang suka berkawan, bersenda gurau di samping  silibus pembelajaran yang semakin padat?


Pada peringkat permulaan, airmata Syahmi saban hari mengiringi suasana pembelajaran yang asing baginya. Ditertawakan, dipandang sebelah mata oleh pihak yang tertentu menjadi asam garam kehidupan Syahmi di aliran perdana. Pernah suatu ketika kawan-kawan sekelasnya memberitahu saya bahawa Syahmi sering tertidur di dalam kelas. Walau bagaimanapun, prestasi akademiknya tidak kurang hebat dari anak-anak tipikal yang lain.


Syahmi berBaju Melayu biru....(sambutan'Merdekaraya 2011)

Sekarang Syahmi telah berada di Tahun 4 Al Ghazali, meniti hari-hari bersama-sama rakan sekelas yang mula memahami tingkah laku seorang teman yang 'istimewa' dari yang lain. Namun ibubapa tidak harus meletakkan pemantauan dibahu guru-guru sahaja....malahan ibubapalah yang  harus ke depan memantau permasalahan anak istimewanya bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes buli dan sebagainya.


Setelah beberapa tahun berada di aliran perdana. Syahmi telah banyak mengalami perubahan positif seperti memahami tanggungjawab terhadap persekolahannya dengan  menyiapkan kerja rumah serta mematuhi disiplin sekolah. Urusan jual beli di kantin sekolah untuk mendapatkan makanan memang tidak diragui. Yang pasti Syahmi semakin di kenali oleh warga sekolah termasuk Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru hinggalah petugas-petugas kantin dan buruh-buruh am di sekolah dek kerana keistimewaannya.


Terima kasih semua yang mahu memahami Syahmi seadanya, tak kenal maka tak cinta, jika kita mengenalinya pasti akan lahir rasa belas, ikhsan, kasih sayang serta kagum terhadapnya kerana insan ini anugerah istimewa dari-Nya....


Muhammad Syahmi Asyraff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...