10:43 AM
Toys dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Kalau anak perempuan biasanya anak patung menjadi kesukaan, peralatan dapur untuk main masak-masak......sementara yang lelaki tentunya keretapi, lori, bas, pistol mainan yang diminta. Kalau tak dapat....meronta-ronta tunjuk perasaan di shopping complex nak bagi ibu ayah tak tahu nak sorok muka kat mana. Finally kena beli jugak, bukan manjakan anak tapi nak mengelakkan keadaan semakin gawat.
|
Menjadi Bahan Arkib! |
Bila meningkat umurnya, koleksi ini disimpan saja dalam kotak besar bersaiz manusia pun boleh tidur di dalamnya kalau nak diumpamakan, nak dibuang atau diberi pada anak-anak tetangga tidak dibenarkan oleh yang empunya diri. Sekali sekala Syahmi akan membuka kotak tu....sebab nak tengok kut-kut ada yang terkurang kerana mengesyaki si ibu dah 'sedekah' pada jiran tetangga tanpa pengetahuannnya. Nak buat spot check konon! Sebenarnya memang banyak yang ibu telah 'eksport' ke jiran sebelah menyebelah yang punyai anak-anak kecil. Dari membazir...baik diberi pada yang memerlukan....
|
Space Shuttle Impian |
Setahun dua ni minat Syahmi telah berubah ke objek-objek di angkasaraya. Space shuttle, airplane model menjadi koleksi masa kini. Semua ini adalah pengaruh dari maklumat di internet. Hari-hari mencari maklumat tentang angkasa lepas. Bahan bacaan semuanya yang berkisarkan topic yang sama. Dia akan ke library sekolah hanya untuk ke Science Section.....
|
Buku Pujaan |
|
Bahan bacaan yang diminati |
Airplane model juga menjadi koleksinya, Royal Brunei Airline, MAS, Air Asia semuanya dikumpul. Syahmi akan menyusun model-model ini dan berangan-angan dengan airport olok-oloknya. Siap buat video sekali dengan mini airportnya. Berselerak model-model di lantai, silap-silap kalau terpijak, kita boleh terus masuk hospital....besi mencucuk tapak kaki. Nak dimarah, seolah-olah kita membantutkan imiginasinya....sabor...sabor banyak-banyak....
|
Model-model Airplane Syahmi |
Good Luck Syahmi.....semoga imiginasi menjadi realiti. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan supaya kamu akan berjaya suatu masa nanti.....Masih jauh perjalanan untuk ditempuhi. Biar ramai yang tidak mengerti...tapi ayah dan ibu tetap setia di sisi....
0 comments:
Post a Comment