Ramai yang tidak ambil kisah pada anak-anak istimewa.....malah pada kebiasaannya anak-anak istimewa ini hanya diberi perhatian apabila menjelangnya bulan Ramadhan mahupun hariraya kerana untuk dihulurkan sumbangan dari mereka-mereka yang prihatin.
Kejayaan golongan istimewa seharusnya diketengahkan sekiranya kita hendak memperjuangkan nasib golongan ini. Sekiranya ianya tidak dihebahkan, selagi itulah golongan ini akan tetap dianggap lemah dan dicap golongan kelas ke dua dalam masyarakat. Tambahan pula media-media tempatan yag sering kali mengenengahkan tentang golongan istimewa yang hanya menadah tangan menunggu bantuan dari pihak lain. Mengapa kita tidak bersungguh untuk mengubah persepsi ini?
|
Ping Lian Yeak (www.pinglian.com) |
Adik Ping Lian Yeak adalah antara insan autisme yang boleh dibanggakan di negara kita menerusi lukisan tangannya yang menakjubkan. Namun beliau yang dilahirkan pada tahun 1993 dan sekarang menjangkau usia 18 tahun, telah pun berhijrah ke Sydney, Australia semejak 2006 lagi. Menghasilkan lukisan tangan yang mempunyai nilai jualan ratusan ribu ringgit semenjak zaman kanak-kanaknya lagi. Berapa kerat antara kita yang mengenali hero autisme ini?
|
Inilah antara hasil lukisan tangan adik Ping Lian Yeak (2004) |
Kita juga boleh menyenaraikan beberapa nama lagi anak autisme yang boleh dibanggakan dengan kebolehan semulajadi masing-masing seperti adik Umar Hasfizal yang amat berbakat dalam bidang nyanyian. Telah menghasilkan album yang bertajuk ' I Give the Best of Me'. Kini adik Umar Hasfizal sering diundang untuk menyampaikan nyanyiannya di acara-acara besar yang dihadiri oleh para kenamaan negara. Selain dari menyanyi, Umar Hasfizal juga pernah menyertai Tilawah Al Quran (Pendidikan Khas) peringkat sekolah dan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan. Bukan calang-calang tu!
|
Umar Hasfizal dengan albumnya 'I Give The Best of Me'
|
Selain dari Umar Hasfizal, seorang lagi anak autisme yang berjaya melakarkan sejarah dalam bidang pelajaran sebagai pelajar autisme pertama memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR 2011 iaitu adik Muhammad Danial bin Zainuddin yang berasal dari Kuala Terengganu. Inilah antara kejayaan yang harus dijadikan contoh kepada anak-anak yang senasib seperti mereka supaya lebih optimis untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
|
Muhamad Danial bin Zainuddin dengan kejayaan 9A dalam PMR 2011 |
Diharap saya juga mampu mendidik seorang lagi insan autisme yang cemerlang sebagaimana kejayaan anak-anak autisme di atas. Pastinya kejayaan mereka menjadi pendorong kepada insan-insan yang senasib serta memberi harapan kepada yang lain untuk meraih sesuatu yang lebih membanggakan...In Shaa Allah.
|
Ayah juga bangga dengan kamu Syahmi!
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat........aamiin |
0 comments:
Post a Comment