Anak dan ayah lebihkurang sama jer.... susuk tubuh, minat dan dalam kebanyakannya hal memang serupa. Kalau orang tua zaman dulu-dulu anak lelaki dan bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama sebegini akan dilakukan upacara 'bertindik'....maknanya si anak yang kena tindik dan memakai subang di bahagian telinga kiri sahaja untuk membezakan dengan si ayah supaya tanggapan tidak baik masyarakat dulu-dulu yang mengatakan ayah dan anak lelaki 'panas' kalau mempunyai rupa paras yang seakan-akan sama. Kini zaman dah berubah.....sepatutnya kita harus berbangga dengan anak-anak yang mewarisi kita. Kalau bukan mereka siap lagi yang akan mengganti tempat kita???
Berdua mereka menempuhi cabaran.... |
Semenjak lahir, ayah Iqamatkan di telinga Syahmi supaya tiada gangguan yang mendahului bisikan jahat makhluk yang sentiasa hendak menghancurkan manusia. Ayah juga yang menjaga Syahmi selama seminggu sementara ibu masih sakit dengan luka pembedahannya. Ayah juga jadi bidan terjun buatkan 'sup ikan haruan' untuk santapan ibu supaya lukanya cepat sembuh. Kemudiannya barulah kamu berdua dihantar ke kampung di Kuala Kangsar untuk berada di bawah pemerhatian Opah.
Timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap..... |
Ketika ini ayah belum tahu Syahmi anak autisme, ayah main dengan Syahmi seperti biasa walaupun kadang-kadang symptomnya jelas menjadi tanda tanya. Kerana kejahilan, ayah hanya menganggap ia hanya kelainan biasa. Meneruskan hari-hari dengan debaran sebab Syahmi belum berkata walaupun umurnya dah lebih 3 tahun.
Solat pun sama-sama......tak sah solat kalau tak tutup aurat Syahmi! |
Alhamdulillah semakin meningkat usianya masalah ini dah semakin berkurangan. Syahmi mula menerima keadaan ini, walaupun bertubi-tubi pertanyaan bagaikan Kiah Propa terpaksa ibu pula menjawabnya. Biarlah Syahmi banyak bertanya itu dan ini......ayah tetap bersyukur kerana ayah pernah menunggu beberapa tahun saat anak ayah boleh bercakap seperti anak-anak normal lain. Ikutlah Syahmi selagi ayah membuat perkara baik. Semoga ayah boleh mengelakkan diri kepada perkara-perkara yang negatif untuk tidak jadi ikutan Syahmi. Biar Syahmi jadi Anak Bapak yang baik.....dijauhkan seperti dalam cerita Melayu lama tu....Anak Bapak!
Ke mana berdua.... |
3 comments:
Saya masih menunggu saat2 Abil menjadi wartawan Kiah Propa...hahaha..penantian itu satu penyiksaan, tapi tunggu tetap tunggu :)
Touching la entri ni Yeop.. Saya pun kalau mengenang saat Eusoff masih bayi dulu mmg bergenang air mata.. Perkembangan Syahmi bagi harapan pada saya semoga Eusoff jugak akan membesar dan improve byk mcm Syahmi.
Semoga kita diberi kekuatan membimbing anak kita jadi sebaik mungkin....yakinlah mereka juga boleh1
Post a Comment