Pilihan yang terafdhal........Unta |
Seterusnya lembu .....atau yang sejenisnya seperti kerbau |
Dan yang ini........atau yang sejenisnya seperti biri-biri, kibasy |
Pokoknya binatang-binatang ternakan pilihan ini selamat dari kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan, sihat yang tidak berpenyakit serta cukup umur. Seekor unta atau lembu atau kerbau itu boleh dikongsikan oleh 7 orang samada di kalangan ahli keluarga mahupun yang lain, walau tidak sama maksudnya samada aqiqah atau qurban. Manakala bagi seekor kambing ianya hanya untuk seorang tidak boleh dikongsikan.
Afdhalnya binatang ternakan yang dibuat korban adalah yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tidak bersih putihnya, kemudian yang sebahagian dari badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah kesemuanya.
Bukan berkorban apa saja.....kerana binatang ternakan tertentu sahaja yang sah disembelih untuk dibuat korban sebagaimana dituntut menerusi Surah Al Hajj Ayat 34 dengan perincian yang secara detail melalui hadis-hadis nabi. Wallahualam......
SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA KORBAN DARI KAMI SEKELUARGA |
0 comments:
Post a Comment