Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) adalah antara cabang Pendidikan Khas yang ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan yang samarata kepada golongan kelainan upaya khususnya yang bermasalah pembelajaran. Di sini, mereka diberi kesempatan untuk merasai suasana persekolahan seperti mana anak-anak tipikal di aliran perdana dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sek Keb Seri Budiman II |
Penampilan seperti anak tipikal......cuma guru-guru terlatih sahaja yang tahu dimana kelemahan yang harus diperbaiki |
Bukan mudah menjadi pendidik kepada golongan yang rendah keupayaan mental, mengalami gangguan emosi dan tingkahlaku. Selain dari menumpukan kepada akademik, mereka juga harus diterapkan dengan kemahiran pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku menyebabkan tenaga pengajar berkelayakan seharusnyalah dari kalangan mereka yang mempunyai tahap KESABARAN yang tinggi., BERTOLAK ANSUR, BERDISIPLIN, serta sentiasa BERFIKIRAN POSITIF.
Bukan hanya sekadar bercakap semasa mengajar, pendidik juga harus menggunakan kreativiti masing-masing seperti menggunakan kaedah nyanyian dan permainan serta alat bantuan mengajar bagi menarik perhatian anak-anak istimewa ini. Guru-guru juga harus bersedia untuk melakukan kerja-kerja di luar dari bidang tugasnya apabila dikehendaki.
Nampak remeh.....tapi itulah tugas seorang guru Pendidikan Khas |
Kemahiran Hidup juga diajar kepada anak-anak istimewa ini seperti bercucuk tanam, berternak, memasak dengan penekanan terhadap penggunaan alat-alatan supaya mereka berupaya mengendalikannya dengan mengutamakan faktor keselamatan. Aktiviti luar kelas bagi anak-anak istimewa ini amat penting bagi membina keyakinan diri mereka. Sebagai contoh, PPKIBP Sek Keb Seri Budiman II telah menjalankan aktiviti luar kelas yang padat sepanjang tahun dimana ia memerlukan komitmen yang tinggi dari guru-guru untuk turun padang bagi menjamin agar matlamat asal aktiviti tercapai.
- TERAPI AIR - Renang
Terapi air untuk meningkatkan keyakinan diri |
Terapi Air adalah aktiviti yang kerap diadakan. |
- LAWATAN KE MINI ZOO KEMAMAN
Melalui jambatan gantung. |
Kelakar .....anak-anak istimewa kita. |
- MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
Tiada yang menyangka mereka anak istimewa! |
Menunggu isyarat untuk dilepaskan...... |
- KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2012.
Anak-anak Pendidikan Khas juga diberi peluang menunjukkan kebolehan dalam acara balapan |
Acara lompat jauh |
- SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
Perarakan Maulidur Rasul yang turut melibatkan semua warga sekolah termasuk warga PPKIBP |
Berpegangan tangan demi keselamatan anak-anak didik |
- BERKONGSI PENGALAMAN MENAIKI KERETAPI DARI TUMPAT-PASIR MAS
Pengalaman menaiki keretapi |
- SAMBUTAN HARIJADI ANAK-ANAK ISTIMEWA
Sambutan harijadi kali ke 3 tahun 2012 |
- HARI KOKURIKULUM 2012 : Masakan
Memasak bagi anak-anak istimewa yang berbakat sambil dibantu gurunya |
Sudah tersedia.......jemput makan! |
- SAMBUTAN MERDEKARAYA PERINGKAT SEKOLAH
Puteri-puteri Pendidikan Khas turut sama mengibarkan bendera kebanggaan kita....Jalur Gemilang |
Persembahan pentas anak-anak Pendidikan Khas semasa sambutan Merdekaraya |
- SAMBUTAN HARIRAYA BERSAMA WARGA PPKIBP DAN IBUBAPA.
Guru-guru turut membantu menyediakan makanan untuk tetamu |
Antara tetamu yang hadir... |
- KEM SOLAT BERJEMAAH
Anak-anak didik diajar bagaimana mengambil air sembahyang |
Solat berjemaah......anak istimewa juga boleh! |
- PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Anak istimewa juga menunjukkan kebolehan dalam pertunjukan pentas semasa program perkhemahan |
Anak-anak Pendidikan Khas juga diberi peluang untuk menikmati lemang buatan sendiri |
Mudah diucapkan tapi bukan mudah untuk dilaksanakan amanah ini. Bilangan murid yang tidak ramai, bukan menjadi tiket untuk bekerja sambil 'goyang kaki'. Mendidik anak-anak istimewa ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari tenaga pengajarnya.
Bayangkan jika di rumah, kita hanya mendidik seorang anak istimewa namun ada kalanya timbul jua rasa penat, putus asa dan sebagainya. Bagaimana pula jika anak-anak istimewa ini dengan pelbagai jenis masalah pembelajaran diletakkan di bawah satu bumbung???
Sesungguhnya, hanya guru istimewa sahaja yang mampu mendidik anak-anak istimewa......istimewa jiwa dan raganya berbakti demi masa depan anak didik sekalian. Terima kasih cikgu.....
Inilah antara 'guru-guru istimewa' yang mencurahkan baktinya di PPKIBP Sek Keb Seri Budiman II |
0 comments:
Post a Comment