A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 30, 2012

Jari Manis dan Jari Telunjuk.....Ada Rahsia Di Sebaliknya

Yang di kiri atau di kanan?                            Kali ini jangan pusing-pusing tentang post ini.  Hanya bertujuan berkongsi maklumat yang membuat kita berteka-teki. Kebenarannya.... saya pun kurang pasti. Cuma banyak blog-blog dari 'rekan' di Indonesia yang mengutarakannya.  Mentelahkan informasi kini hanya di hujung jari ......ayuh kita sama-sama amati...

Wednesday, November 28, 2012

Tanda-tanda Autisme Di Awal Usia

Red Light! Zaman telah berubah....sebagai ibubapa alaf baru marilah kita memperlengkapkan ilmu supaya  jika berlakunya kelainan  pada bayi kita maka bersegeralah mendapatkan khidmat mereka yang berkepakaran untuk dikesan sebarang permasalahan di peringkat awal. Terdapat  tanda-tanda awal autisme khususnya yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa seperti :  Umur 2-3 bulan    :   Tiada eye- contact  Umur...

Monday, November 26, 2012

Syahmi Bakal 'Pengawas Sekolah'......

                              Persekolahan 2013 dengan 2012 akan ada sedikit perbezaan. Kalau dulu pakai uniform kanak-kanak biasa ke sekolah.....nanti tidak lagi. Kena belikan uniform Pengawas Sekolah untuk Syahmi, baju biru berlengan panjang, vest serta seluar panjang biru gelap dan  berkasut hitam. Tercapai jua impiannya untuk berpakaian 'smart' ke sekolah katanya.....  ...

Tuesday, November 20, 2012

Cannot tahan laaaa..

Bercerita tentang pengalaman Syahmi berkhatan........ooohhh tidak sanggup lagi. Pasti inilah yang pertama dan terakhir buatnya. Saya memang bersedia untuk menghadapi situasi 'payah' buat anak istimewa sepertinya. Tambahan pula dengan keadaan Syahmi dimana berlakunya lekatan kulit yang diistilahkan 'buta' oleh sesetengah orang kita. Keputusan untuk mengunakan kaedah bius penuh (General Anaesthesia) adalah yang terbaik buatnya kerana ditakuti Syahmi...

Saturday, November 17, 2012

Aku Jua Punya Keinginan Yang Sama .......

                Layak kah saya???                         Dalam diam, Syahmi memang menyimpan keinginan untuk menjadi Pengawas Sekolah seperti mana beberapa orang rakan sekelasnya yang lain. Pernah menyuarakan keinginannya untuk memakai uniform sekolah berwarna biru berlengan panjang dengan vest serta seluar panjang biru dan berkasut hitam....

Thursday, November 15, 2012

Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme)

            Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) merupakan proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal mahupun mental dimana ia boleh mempengaruhi perkembangan dan menghalang proses pembelajaran mereka kelak. Program yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan...

Tuesday, November 13, 2012

Autisme: 4 Permasalahan Pertuturan Yang Utama

Tanpa disedari bahawa 'Latah' juga merupakan Ekolalia dimana ianya berlaku di kalangan bangsa-bangsa tertentu di Asia Tenggara. Namun di kalangan mereka yang mengalami Autisme, Ekolalia merupakan antara masalah pertuturan yang kerap berlaku. Permasalahan pertuturan di kalangan Autisme boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang utama iaitu: 1.    EKOLALIA Eko bermakna berulang-ulang, dimana inilah masalah yang jelas berlaku di kalangan...

Thursday, November 8, 2012

Autisme - Kenapa GFCF?

Lebih mudah difahami, tidak perlu huraian panjang lebar.... lagi menjimatkan  masa. Inilah jawapan dari persoalan,  AUTISME - KENAPA GFCF? Kenapa dan mengapa GFCF.... Fikir masak-masak sebelum MEMASAK..........                                                            ...

Strategi Pengajaran Untuk Kanak-Kanak Autisme

Tiada jalan singkat untuk menangani autisme. Tiada ubat-ubatan yang mampu menyembuhkannya secara mudah dan cepat. Memandangkan autisme adalah gangguan proses perkembangan maka strategi pengajaran yang sesuai amat  diperlukan bagi mengatasinya. Terdapat beberapa jenis sistem pengajaran yang dikira terbaik untuk diaplikasikan ke atas kanak-kanak autisme dan telah terbukti boleh membantu mereka hasil dari kajian para penyelidik. Antaranya ialah:  ...

Monday, November 5, 2012

Gluten Free Diet - Bukan Untuk Autisme Sahaja

Kita biasa mendengar diet GFCF (Gluten-Free Casein-Free) diperbincangkan di kalangan keluarga Autisme. Namun kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan juga tentang sejenis penyakit keturunan CELIAC DISEASE yang mewajibkan penderitanya mengamalkan diet gluten free. Perlu diperjelaskan bahawa protein yang terdapat dalam gandum adalah bersifat kenyal dan elastik. Gluten mengandungi komponen protein yang disebut peptida. Awas! gluten juga boleh didapati...

Friday, November 2, 2012

Yang Putih Melepak Tak Semestinya Baik Untuk Kita........

    Gandum                Hari ini saya nak corner sikit dari kata kunci AUTISME. Nak bercerita tentang yang putih melepak belum tentu baik untuk kita. Kalau orang kita memilih menantu......biasanya yang putih gebu menjadi pilihan. Begitu juga kalau kita ke pasar raya untuk mendapatkan tepung gandum......tentunya yang putih melepak menjadi kriteria pilihan. Harganya lebih sedikit tidak menjadi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...