9:38 PM

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57
Tiap kali bulan kemerdekaan, dialah yang paling bahagia dengan deretan Jalur Gemilangnya. Namun tahun ini, sambutan tertangguh kerana debaran UPSR semakin kencang terasa. Kurang dari 10 hari sahaja lagi untuk dia menduduki ujian tersebut. Persediaan harus diteruskan, setelah ujian selesai nanti, barulah Syahmi merdeka sebenar-benarnya....
Namun sebagai rakyat Malaysia, kemerdekaan negara pada...
3:08 PM

Adakah kamu keliru untuk membezakan Kata Kerja yang seakan-akan sama maksudnya. UPSR kian menghampiri. Masih belum terlambat untuk membuat mengulangkaji. Kelazimannya soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut :
Contoh Soalan
Mereneh
Memanggang
Menjerang
Mengukus
Menanak
Menggoreng
...
2:26 PM

Jangan keliru...teruskan memahami Kata Kerja yang hampir-hampir sama maknanya. Betapa luasnya perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu dimana sering membuat kita tersilap. Calon-calon UPSR sekaliannya, teruskan menguasai Kata Kerja ini dengan betul supaya...
12:21 PM
.jpg)
Lekukan kecil di kedua belah pipi dipanggil Lesung Pipit oleh masyarakat Melayu. Tanpa disedari, kejadian ini dikatakan berlaku akibat dari sedikit 'kecacatan' di bahagian otot di muka.
Merah - Otot utama zygomaticus
Kelazimannya wujud di kedua-dua belah pipi indivdu. Jarang-jarang sekali ianya wujud hanya di sebelah bahagian pipi sahaja. Ia disebabkan oleh otot utama zygomaticus di bahagian...
2:19 PM

Membezakan situasi apabila kita terjatuh. Soalan yang agak kerap ditanya dalam UPSR Kertas BM1 (soalan objektif), dimana calon diminta memilih perkataan yang sesuai dengan keadaan seperti di dalam gambar yang diberi. Semoga dapat membantu anak saya juga anak-anak lain untuk menjawab soalan dalam UPSR nanti......Jangan tersilap lagi!
Contoh Soalan
Jatuh Terlentang
Jatuh Tertiarap
Jatuh Tersungkur/Tersembam jika muka tertumus...
3:37 PM

Perjalanan ke persemadian......
Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu dimana, bagaimana berakhirnya kehidupan kita nanti. Jika ajal telah datang, tiada siapa lagi dapat menghalangnya. Tiada siapa diantara kita yang terkecuali. Firman Allah yang bermaksud,
" Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai...
8:12 PM

Masalah besar ibubapa adalah untuk mendapatkan playgroup bagi menempatkan anak-anak istimewa. Apatah lagi kami di Kuala Terengganu. Tercari-cari, tertanya-tanya ke sana ke mari kalau-kalau ada kemudahan seumpamanya untuk anak-anak ini.
Anak istimewa seharusnya didedahkan dalam kehidupan bermasyarakat sejak di awal usia mereka. Sekarang bukan lagi zaman lampau dimana anak-anak istimewa disorok oleh...
8:59 PM

Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar tempat 'bersemayamnya'
DYMM Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Apa yang dikatakan Bahasa Istana? Bahasa Istana merupakan satu jenis dari laras bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Pastinya ia digunakan oleh golongan istana dalam komunikasi serta mengandungi nilai bahasa yang tinggi lagi beradab.
Mungkin kita tidak perasan bahawa anak-anak kita yang akan menghadapi UPSR,...
12:45 PM
.jpg)
Cantikkk.....Bunga Kantan
BUNGA KANTAN bahan utama dalam membangkitkan bau dan rasa kuah Laksa Penang. Umpama lagu dan irama, tanpa BUNGA KANTAN maka tempanglah rasanya kuah Laksa Penang. Sebulan berpuasa, sebulan juga kita berhariraya menjadikan industri makanan menjadi sangat 'boom' terutama dari segi permintaan dan penawarannya.
RM10 sebatang/sekuntum......mana boleh tahan!
Di mana-mana pasar di bandar Kuala Terengganu, Pasar...
7:06 PM

Kali ini, bercerita pula tentang insan-insan yang pernah bersama ibu Syahmi suatu masa dulu. Ketika sama-sama belajar di kampus kecil Institut Teknologi Mara (Cawangan Perak), Bandar Baru Sri Manjung, Sitiawan, pengambilan Januari 1985 (pioneer).
Kampus sementara yang hanya disewa dari deretan rumah kedai. Ramai yang terkilan dengan keadaan kampus yang tidak seperti diimpikan, namun bila udah beberapa tahun menjadi penghuni di sana, susah senang...
12:39 PM
.jpg)
Saya dan Pok Din (kanan)
Pok Din berusia pertengahan 50an, namun Pok Din nampak berumur dari usianya. Maklumlah makan minumnya hanya ditanggung hasil dari sebatang penyapu dan penyodok sampah. Masakan boleh dibandingkan dengan mereka yang hanya berada di pejabat memegang pen, memakai pakaian berjenama. Namun, sinar wajah tetap ada, sinar keimanan.
...