A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, November 20, 2012

Cannot tahan laaaa..


Bercerita tentang pengalaman Syahmi berkhatan........ooohhh tidak sanggup lagi. Pasti inilah yang pertama dan terakhir buatnya. Saya memang bersedia untuk menghadapi situasi 'payah' buat anak istimewa sepertinya. Tambahan pula dengan keadaan Syahmi dimana berlakunya lekatan kulit yang diistilahkan 'buta' oleh sesetengah orang kita.

Keputusan untuk mengunakan kaedah bius penuh (General Anaesthesia) adalah yang terbaik buatnya kerana ditakuti Syahmi panik dengan situasi yang mendebarkan nanti. Itulah nasihat doktor pakar dari Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semasa temujanji terdahulu.


Bertukar pakaian untuk ke bilik  bedah (8.30am),
mula menunjukkan keresahan dengan titisan airmata

Sebenarnya, saya pun mula berdebar dengan keadaan di dalam bilik pembedahan, tambahan pula hendak menyaksikan bagaimana anak sendiri di'pengsan'kan lalu dijalankan proses berkhatan tersebut. Masih terngiang-ngiang bagaimana keadaan Syahmi menyedut ubat bius lalu dengan sepantas kilat di'sentap' pergi seolah-olah ditidurlenakan.


Tugas pengiring juga amat penting bagi menenangkan
 keadaan.....bapalah yang selayaknya memikul tugas ini (8.45am)

Ditolak masuk ke bilik pembedahan dalam
 keadaan menangis ketakutan (9.00am)
                     
Secekal mana sekali pun, 'jejaka Malaya' juga boleh tewas apabila berada di bilik pembedahan yang sejuk bedi dengan lampu dan alatan pembedahan yang pelbagai. Namun pengiring tidak dibenarkan bersama di dalam bilik pembedahan semasa procedure berkhatan dijalankan. Pengiring dikehendaki menunggu di luar setelah si anak dilenakan bagi memberi laluan para doktor dan jururawat bertugas menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sejam berlalu, saya dipanggil semula untuk masuk ke bilik pembedahan sekali lagi bagi memastikan si ayah berada disampingnya ketika dia sedar nanti. Alhamdulillah, segalanya hampir selesai dan saya berpeluang selama setengah jam lagi bersamanya di bilik pembedahan bagi memastikan keadaannya betul-betul stabil sebelum dibenarkan keluar untuk berehat di wad.


Direhatkan di wad (10.30am)....sudah mampu tersenyum

Mengambil masa berjam juga untuk meredakan kebimbangannya bagi
mendapatkan bacaan yang baik seperti ini (2.00pm)

Apabila melibatkan bius penuh (GA) maka ada procedure lain yang harus dipatuhi.  Syahmi dikehendaki berbaring di katil tanpa bantal terlebih dahulu buat seketika dan kemudiannya ditinggikan kedudukan kepala. Lalu diberi minuman ringan berupa secawan milo dan biskut bagi memulihkan tenaga serta memastikan dia tidak muntah dan loya setelah minum juga makan.

Harus diingat bahawa bagi procedure bius penuh (GA),  pesakit dikehendaki berpuasa sebelah malamnya sebelum hari pembedahan dijalankan dengan keadaan kesihatan yang terbaik (demam,selsema atau batuk sekalipun, pembedahan akan ditunda). Apabila semuanya okay, maka kita dibenarkan balik ke rumah dengan hati yang lega, lagi berbunga-bunga....


Selamat tinggal HSNZ (3.30pm)......terima kasih semua!
                   
Ingin saya memberi penghargaan kepada kakitangan HSNZ (Kompleks Rawatan Pakar Harian) yang mengendalikan  procedure berkhatan ini dengan selesa dan layanan yang sangat baik. Jika di klinik/hospital swasta procedure ini menuntut kos yang mencecah hingga RM800 dan ada yang menjangkau ribuan RM. Namun bagi anak istimewa pemegang kad OKU, selagi ianya dilakukan di mana-mana hospital kerajaan maka tiada bayaran yang dikenakan.
                     
Alhamdulillah......segalanya telah selesai. Semoga Syahmi cepat sembuh dan boleh menghabiskan cuti sekolahnya dengan aktiviti harian seperti biasa.

Saturday, November 17, 2012

Aku Jua Punya Keinginan Yang Sama .......


               
Layak kah saya???
     
                  Dalam diam, Syahmi memang menyimpan keinginan untuk menjadi Pengawas Sekolah seperti mana beberapa orang rakan sekelasnya yang lain. Pernah menyuarakan keinginannya untuk memakai uniform sekolah berwarna biru berlengan panjang dengan vest serta seluar panjang biru dan berkasut hitam. Siapa kata anak-anak istimewa tiada keinginan untuk memikul tanggungjawab? Cuma adakah pihak yang bertanggungjawab bersedia memberi peluang kepada golongan sepertinya.


                  Tahun 2013 insyaAllah Syahmi akan mengenakan  uniform baru dan dengan semangat baru ke sekolah. Uniform Pengawas Sekolah yang diidam-idamkannya sejak tahun lalu lagi. Surat perlantikan telah diterima dari pihak sekolah. Semoga Syahmi boleh menunjukkan kebolehannya.......kamu bukan saja membanggakan ibu dan ayah, tapi turut membanggakan guru-guru serta semua anak-anak istimewa. Tak ramai anak istimewa yang berpeluang menikmati peluang besar ini.


Surat Perlantikan Sebagai Pengawas
 Sekolah Tahun 2013- Muhammad Syahmi Asyraff
         
       
       
                      Tahniah Syahmi dan terima kasih pada pihak sekolah yang sangat prihatin untuk sama-sama melahirkan insan istimewa yang cemerlang. Sebenarnya anak autisme sangat mendambakan peluang dan kepercayaan bagi  memaksimakan potensi mereka yang sebenar.

                     
                       Semoga 2013, lebih bermakna buat Syahmi........insyaAllah
              

Thursday, November 15, 2012

Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme)




           
Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) merupakan proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal mahupun mental dimana ia boleh mempengaruhi perkembangan dan menghalang proses pembelajaran mereka kelak. Program yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi.

Di negara kita Malaysia, program ini ditawarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 0 hingga 6 tahun dimana 'berkeperluan khas' merujuk kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autisme tergolong di dalam kategori bermasalah pembelajaran.

Namun harus diakui bahawa negara kita masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju dalam menyediakan pusat-pusat khusus bagi menawarkan perkhidmatan intervensi awal autisme ini. Di pihak kerajaan, hanya hospital-hospital dan di sekolah-sekolah yang mempunyai sayap Pendidikan Khas sahaja yang menyediakan perkhidmatan intervensi awal secara percuma seperti terapi pertuturan, terapi cara kerja, kaunseling dan sebagainya. Sementara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta menuntut kosnya yang agak tinggi serta membebankan pihak-pihak yang kurang berkemampuan.


                     Empat tujuan utama intervensi awal dilakukan adalah:

                     1.  Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya dapat membantu anak
                          berkeperluan khas mereka.
                     2.  Meningkatkan perkembangan anak-anak dari segi komunikasi dan mobiliti.
                     3.  Meningkatkan keyakinan kanak-kanak.
                     4.  Mengelakkan atau meminimakan berlakunya masalah di masa akan datang.
                     
                   
         
Antara Jenis Intervensi Awal Autisme Yang Terbukti
Kukuh Dan Berkesan
               
                 
Kesimpulannya, intervensi awal amat penting bagi perkembangan positif kanak-kanak autisme.Kolaborasi antara mereka yang berkepakaran dengan kesedaran ibubapa dapat memaksimumkan potensi kanak-kanak autisme serta meminimakan ketidakupayaan mereka. Jangan abaikan keperluan anak-anak istimewa kita, berfikiran positif dan segerakan tindakan supaya peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna terjamin.



Peringatan buat ibubapa terhadap masa depan  anak -anak autisme


Tuesday, November 13, 2012

Autisme: 4 Permasalahan Pertuturan Yang Utama


Tanpa disedari bahawa 'Latah' juga merupakan Ekolalia dimana ianya berlaku di kalangan bangsa-bangsa tertentu di Asia Tenggara. Namun di kalangan mereka yang mengalami Autisme, Ekolalia merupakan antara masalah pertuturan yang kerap berlaku. Permasalahan pertuturan di kalangan Autisme boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang utama iaitu:


1.    EKOLALIA

Eko bermakna berulang-ulang, dimana inilah masalah yang jelas berlaku di kalangan golongan ini secara automatik tanpa niat untuk bercakap. Terdapat 3 jenis ekolalia, EKOLALIA SERTA MERTA (immediate echolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta-merta berlaku, EKOLALIA LEWAT (delayed echolalia) iaitu pengulangan percakapan yang agak lewat selepas perkataan disebut, EKOLALIA RINGAN (mitigated echolalia) dimana pengulangan dalam kadar segera tetapi terdapat sedikit perubahan apa yang dituturkannya.

Parroting......               

2.   MASALAH KATA GANTI NAMA

Perkataan ganti nama sering menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang mengalami autisme untuk menyesuaikannya dengan konteks ayat. Contohnya membezakan perkataan 'kami', 'mereka', 'kita' menurut konteks ayat yang betul.


Aku....dia....kamu....awak ...dalam pelbagai situasi
 boleh mengelirukan kanak-kanak autisme

3.   NONSEGMENTAL PHONOLOGY

Lemah menghasilkan pertuturan yang Nonsegmental Phonology atau dikenali juga sebagai prosodi. Antara kelainan prosodi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme iaitu membunyikan irama yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjang-panjangkan secara berlebihan disamping mengeluarkan bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa. Gaya pertuturan juga secara monotonus serta dengan nada suara yang terhad. Tiada menunjukkan perbezaan intonasi dalam percakapan.


Membunyikan irama yang stereotype....

4.   BAHASA IDIOSINKRATIK

Kanak-kanak autisme mempunyai bahasa tersendiri dengan maksud perkataan dan frasa yang unik dan sukar difahami oleh orang lain. Bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil serta kekurangan dalam kefahaman. Mereka juga cenderung mengingati perkataan yang mereka belajar buat pertama kalinya tapi gagal mengaplikasinya ke situasi yang baru.


'Mungkin' inilah bahasa idiosinkratik yang dimaksudkan.........

Sebagai ibubapa, jangan putus asa apabila berhadapan dengan permasalahan bahasa anak autisme kita kerana masih ada jalan untuk mengatasi kekurangan ini samada dengan bantuan pihak yang berkepakaran juga peranan keluarga terdekat untuk memperbetulkan sedikit demi sedikit kekurangan ini.


Ayuh! cepat bertindak, kerana di usia awal kanak-kanak adalah masa yang paling berharga untuk menampakkan keberhasilan bagi meminimakan kekurangan yang ada pada anak syurga kita....InsyaAllah....




                          

Thursday, November 8, 2012

Autisme - Kenapa GFCF?



Lebih mudah difahami, tidak perlu huraian panjang lebar.... lagi menjimatkan  masa. Inilah jawapan dari persoalan,  AUTISME - KENAPA GFCF?



Kenapa dan mengapa GFCF....


Fikir masak-masak sebelum MEMASAK..........


                       
                 
                   

Strategi Pengajaran Untuk Kanak-Kanak Autisme

Tiada jalan singkat untuk menangani autisme. Tiada ubat-ubatan yang mampu menyembuhkannya secara mudah dan cepat. Memandangkan autisme adalah gangguan proses perkembangan maka strategi pengajaran yang sesuai amat  diperlukan bagi mengatasinya. Terdapat beberapa jenis sistem pengajaran yang dikira terbaik untuk diaplikasikan ke atas kanak-kanak autisme dan telah terbukti boleh membantu mereka hasil dari kajian para penyelidik. Antaranya ialah:


                1. APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS (ABA)
                           
                    Diasaskan oleh Dr Ivar Lovaas dalam tahun 1960 an. Pengajaran yang amat
                    sistematik dan dilakukan secara intensif. Kaedah ini telah lama digunapakai        
                    dimana pengajaran  khusus diberikan kepada kanak-kanak dengan memberikan
                    tugasan yang dipecah-pecahkan kepada tugasan kecil. Diberi penekanan
                    berupa ganjaran jika kanak-kanak ini berjaya dalam tugasan yang diberikan.
                           
                    Tiada  denda dari segi fizikal dikenakan cuma ia dijalankan secara ketat dan tegas.
                    Kanak-kanak akan berjaya menyempurnakan tugasan seperti yang diarahkan
                    apabila perubahan dapat dilihat pada diri kanak-kanak tersebut.
                         
Kaedah ABA dijalankan
                                       
                   
               2.  APPLIED VERBAL BEHAVIOUR (AVB)  

                    Diasaskan oleh B.F Skinner  iaitu analisa tentang tingkah laku, bagaimana bahasa
                    berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Fokus utama untuk mengajar
                    kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa.
                           
                    Contohnya, jika ingin mengajar konsep 'buku' maka haruslah dipastikan kanak-kanak
                    tersebut boleh menyebut 'buku', melabelkannya, mengulangi perkataan 'buku'
                    apabila dikemukakan soalan, serta mengecam dengan menyentuhnya di antara
                    barang-barang lain serta dapat menjawab soalan yang berkaitan gambaran, serta
                    fungsi  'buku'.
                                                     

Kaedah AVB dijalankan


                         3.  PICTURE EXCHANGE COMMUNICATIONS SYSTEMS (PECS)

                           
                              Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk
                              berkomunikasi, kaedah PECS dapat membantu mereka menguasai
                              bahasa asas disamping kanak-kanak yang tidak bercakap.

                              Kaedah ini juga menggunakan ganjaran apabila kanak-kanak berjaya
                              menyampaikan keinginannya melalui gambar. Berbeza dengan kaedah
                              ABA dimana ganjaran diberikan apabila mereka berjaya melakukan
                              tugasan yang diberi.


Contoh alat bantuan PECS

Objek Yang Diminta...........................Objek Yang Diterima


                  4.   TREATMENT AND EDUCATION OF AUTISTIC AND RELATED
                        COMMUNICATION  HANDICAPPED CHILDREN (TEACCH)

                       
                        Kaedah ini berdasarkan 'persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak
                        autisme bukan sebaliknya'. Ada kajian yang menunjukkan kaedah ini berjaya
                        membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu dengan lebih pantas.

                        Caranya ialah dengan mengurangkan arahan secara verbal tetapi menggunakan
                        kad bergambar seperti poster mahupun kad imbasan untuk menyampaikan
                        maksud. Kad tersebut haruslah mempunyai perkataan atau nombor.


Kaedah TEACCH Kurangkan Verbal.....Hanya Perkataan dan Nombor
                             

               5.    TERAPI INTEGRASI SENSORI (SI)


                       Teori Integrasi Sensori diasaskan oleh Jurupulih Cara Kerja A.Jean Ayres. Integrasi
                       sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria.
                       namun, tidak semua orang menerima proses ini seperti sepatutnya. Bunyi dan
                       penglihatan bercelaru dan mengganggu berbandingkan dengan orang lain.
                       Gangguan integrasi ini akan mewujudkan masalah imbangan dan koordinasi.

                       Pakar fisioterapis juga Jurupulih Cara Kerja yang terlatih akan menyediakan
                       pelbagai aktiviti bagi membantu kanak-kanak untuk memproses maklumat  yang
                       diterima dari derianya ke kaedah yang biasa.

                       Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir, tanah liat, ber-
                       main buaian mahupun duduk di atas bola yang besar. kaedah ini dapat
                       membantu motor sensori juga kemahiran motor halus (memegang pensel) juga
                       kemahiran pengurusan diri (memegang sudu, mengenakan butang).


Antara Peralatan Yang Disediakan.....
                               
Aktiviti Integrasi Sensori

Autisme merupakan cabaran dan ujian dariNya buat ibubapa terpilih. Harapan sentiasa ada bagi membantu anak-anak syurga kita walau hasilnya nanti tak sebijak Albert Einstein, tak sekaya Bill Gates sekali pun.....Sebagai ibubapa, kami telah boleh menarik nafas kelegaan seandainya 'buah hati' kami mampu berdikari dan hidup dengan kasih sayang yang melimpah  ruah dari mereka di sekeliling....apatah lagi dariNya yang Esa. Aamiin...      

Monday, November 5, 2012

Gluten Free Diet - Bukan Untuk Autisme Sahaja



Kita biasa mendengar diet GFCF (Gluten-Free Casein-Free) diperbincangkan di kalangan keluarga Autisme. Namun kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan juga tentang sejenis penyakit keturunan CELIAC DISEASE yang mewajibkan penderitanya mengamalkan diet gluten free. Perlu diperjelaskan bahawa protein yang terdapat dalam gandum adalah bersifat kenyal dan elastik. Gluten mengandungi komponen protein yang disebut peptida. Awas! gluten juga boleh didapati dalam produk minuman, ubat-ubatan, alat solek dan sebagainya.


Apakah kesannya jika diet gluten free tidak diamalkan kepada penderita CELIAC DISEASE? Tentunya ia memberi kesan kepada daya ketahanan tubuh dimana tubuh akan bertindak seolah-olah gluten adalah musuh yang mesti dihancurkan. Akibatnya, intestinal villi iaitu dinding usus kecil manusia yang membantu penyerapan segala jenis nutrisi terganggu. Jika ia berterusan, boleh menyebabkan malnutrisi (kekurangan makanan seimbang) kepada penghidapnya serta boleh menggalakkan komplikasi yang lebih serius seperti gangguan sistem saraf, osteoporosis, anemia juga kanser.


Bahagian yang digelapkan adalah usus
 kecil (small intestine)

Villi adalah dinding usus kecil (small intestine)
yang bertugas sebagai penyerap nutrient


Menurut Ahli Allergist dari Australia Dr Rodney Ford terdapat penderita penyakit lain yang amat digalakkan mengamalkan diet gluten free seperti Reumatoid  Artritis, Parkinson, Down Syndrome, Osteoporosis, Anemia, Diabetes, Multiple Sclerosis, Keradangan Sistem Saraf ( Neuromyelitis) serta AUTISME.  


Sementara itu, di kalangan para penyelidik juga, diet GFCF (Gluten-Free Casein-Free) masih menjadi kontroversi tentang keberkesanannya bagi menangani autisme. Namun bagi sesetengah ibubapa yang sangat prihatin tentang perkembangan anak autisme masing-masing, pengambilan pemakanan alternatif yang dapat membebaskan dari yang bergluten contohnya seperti produk hasilan beras, jagung, kentang, kekacang, ikan, daging, ubikayu, sayur-sayuran dan buah-buahan.


Bukan perkara mudah, ibubapa kena lebih kreatif untuk menghasilkan resepi-resepi yang memenuhi tuntutan diet GFCF. Sebagai contohnya menggantikan  resepi OATMEAL Chocolate Chip Cookies kepada CORNFLAKES Chocolate Chip Cookies .........


Jangan lupa......kurangkan manis juga!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...