A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, April 30, 2012

Bangga jadi graduan ITM 80an....

Mengimbau  zaman mula-mula melangkah kaki ke Institut Teknologi Mara Cawangan Perak di Sri Manjung era 80an gitu, Minggu Sillaturrahim  diadakan bertujuan untuk menyuaikenalkan antara siswa/i mahupun dengan kakitangan serta suasana baru di kampus. Selama seminggu penuh dengan aktiviti 'penyiksaan' jiwa dan raga rasanya. Makan tak kenyang, mandi tak basah diarah itu dan ini, pokoknya kami sentiasa berkejar masa. Jika terbabas, adalah...

Thursday, April 26, 2012

Baby Syahmi....

Syahmi lahir ikut tingkap! Syahmi big baby....bukan alang-alang besar, 4.4kg fizikalnya seolah-olah seperti bayi yang dah berusia 3 bulan semasa dilahirkan. Nak menggendongnya pun sampai sakit belakang dibuatnya,  terasa segala urat menjadi tegang jika mendukungnya terlalu lama. Baby Syahmi... Alhamdulillah...syukur atas kurniaanNya walaupun cita-cita untuk mendapatkan seorang baby girl akhirnya berkecai seperti kaca terhempas ke batu....

Tuesday, April 24, 2012

Lakaran yang menakjubkan!

Minat mengatasi  segalanya!                  Tidak minat melukis, tidak  bermakna langsung tidak boleh melukis secara keseluruhannya. Mungkin motif-motif tertentu seperti bunga-bungaan bukan menjadi  pilihannya. Tapi kerana minat terhadap sains angkasa, sesuatu yang  mustahil menjadi nyata.                 Segala yang berada di minda sering...

Sunday, April 22, 2012

Cabaran datang lagi!

        Sebenarnya dah lama saya mendengar desas-desus dari guru-guru Pendidikan Khas bahawa Syahmi akan di dedahkan dengan pertandingan pidato semenjak tahun lepas. Tapi ianya tidak menjadi sebab Syahmi enggan memberi kerjasama. Tilawah Al Quran kali ini!         Namun tahun ni, desas-desus itu bertiup lagi untuk membuka ruang kepada Syahmi bagi mengasah bakatnya  dalam tilawah Al Quran pula di...

Thursday, April 19, 2012

Bukan emas yang ku pinta!

            Ganjaran amat penting sebagai penghargaan kepada  anak-anak autisme apabila mereka berjaya melakukan sesuatu perkara positif. Bukan sekadar bertepuk tangan saja sudah mencukupi. Sekali sekala kita harus memberikan ganjaran berbentuk barangan untuk memotivasi serta menghargai pencapaian mereka. Bungkusan yang besar bukan ukuran!              Kalau musim sukan di...

Wednesday, April 18, 2012

Sekurang-kurangnya 2012 lebih bermakna!

          Kalau dulu, saya  bersendirian melawan cabaran membesarkan anak autisme. Terkial-kial mencari ke sana ke mari teman untuk meluahkan rasa. Akhirnya duduk di depan laptop, google apa yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat.  Sedangkan ahli keluarga terdekat hanya membisu kerana tiada pengetahuan mahupun  enggan menerima kenyataan. Sendirian!           Bertahun-tahun...

Thursday, April 12, 2012

Eye-Contactnya Ke Laut.....

  'Dari mata jatuh ke hati', ini perumpamaan orang Melayu lama. Maksudnya melalui pandangan mata boleh melahirkan rasa cinta di hati seseorang. Sayangnya bagi sesetengah insan, pandangan matanya ke laut (bahasa kelakarnya), terutama bila berdepan dengan seseorang. Mungkin dia seorang pemalu ataupun seorang insan autisme? Good eye-contact Pernah suatu ketika saya menyangkakan anak saya amat pemalu orangnya kerana sering mengelak...

Tuesday, April 10, 2012

Menambah Keyakinan Diri.....

           Kelmarin 8hb April 2012 berlangsungnya penyerahan e-book untuk murid-murid Tahun 4 sekolah-sekolah di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Anak-anak di Pendidikan Khas juga tidak terkecuali menjadi penerimanya dimana ia disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu.          Bukan nak tumpang glamour, cuma nak biasakan Syahmi dengan masyarakat di luar bersama-sama dengan anak-anak...

Thursday, April 5, 2012

Rain...rain...go away...

Musim hujan semuanya 'sangkut'...lalulintas sangkut di jalanan, masuk kerja lambat. Anak-anak ke sekolah pun sangkut, lambat sampai ke kelas. Kepayahan sebegini semua orang nampak dan semua orang faham sebab semua orang rasa tiada yang terkecuali. Bagaimana agaknya kalau 'berhujan' di hati?  Bagi ibubapa yang mempunyai anak istimewa yang diinklusifkan seperti saya tentu nafas kita 'tersangkut-sangkut' jua walau cuba disembunyi kerana melihat...

Monday, April 2, 2012

Segalanya........biru

            Bangun pagi,  buka fb....tengok warna biru. Sahabat-sahabat semua bercerita tentang warna biru. Nak pakai baju biru, tudung  pun biru, segalanya hanya berkisar tentang warna biru. Media perhubungan utama kami di Autisme Malaysia             Kalau selalu di depan facebook.... mesti ada broadbandnya. Apa-apa pun package istimewa  ditawarkan.... yang pasti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...