Syahmi lahir ikut tingkap! Syahmi big baby....bukan alang-alang besar, 4.4kg fizikalnya seolah-olah seperti bayi yang dah berusia 3 bulan semasa dilahirkan. Nak menggendongnya pun sampai sakit belakang dibuatnya, terasa segala urat menjadi tegang jika mendukungnya terlalu lama.
Baby Syahmi... |
Alhamdulillah...syukur atas kurniaanNya walaupun cita-cita untuk mendapatkan seorang baby girl akhirnya berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Syahmi membesar seperti anak-anak yang lain, eye contact sangat bagus, waktu tidur yang berkualiti serta on time, suka dipeluk......malahan sangat comel dengan pipinya yang chubby serta tidak banyak kerenahnya.
Baby Syahmi tidak pernah merangkak.......tapi terus duduk |
Cuma beberapa kelainan yang dapat dikesan namun tidak mendatangkan kecurigaan pada mulanya antaranya, berhenti menyusu agak awal iaitu ketika umurnya 18 bulan. Lalu terpaksalah ditukarkan ke sumber kalsium yang lain. Tidurnya juga sering terganggu kerana sangat sensitif pada bunyi-bunyi yang agak kuat seperti mercun, deruman kereta yang lalu lalang dan sebagainya. Syahmi juga berlainan dari bayi-bayi yang lain sebab dia tidak mengalami proses 'merangkak' dalam tumbesarannya. Tidak pandai bermain 'tepuk amai-amai' seperti bayi seusia walau berkali-kali diajar. Masalah lambat bercakap adalah kelainan yang paling ketara dan membuatkan hati ayah dan ibu mula terdetik rasa....ada sesuatu yang tidak kena pada baby Syahmi kami.
Sihat fizikalnya! |
Siapa akan percaya, disebalik fizikal yang sempurna, ada suatu kurniaanNya yang ayah dan ibu terlambat untuk mengenalpastinya. Tuhan maha mengetahui atas segalanya. Mungkin sesuatu yang kurang senang untuk diterima sebenarnya di sisi Allah adalah yang terbaik buat kita. Setelah Syahmi didiagnose sebagai anak autistic kira-kira umurnya ketika itu 5 tahun, barulah kami tercari-cari intervensi awal.
Redha dan berusaha menjadi ibubapa yang terbaik buat anak anugerahnya ini. Saya percaya walaupun penawarnya masih belum ditemui di serata dunia tapi sebagai mukmin kita masih ada senjata teragung iaitu 'doa'. Disamping itu, usaha juga harus berterusan dan dilipatgandakan supaya potensi diri anak ini yang sebenar tidak disia-siakan. Ketepikan cacian, cemuhan dan penghinaan dari masyarakat yang rendah kesedarannya tentang autisme. Berlapang dada terhadap kekhilafan mereka........buktikan baby Syahmi juga boleh membanggakan ayah dan ibu suatu hari nanti.
Sekarang baby ayah dan ibu udah besar.... dah nak 10 tahun umurnya , berdiri sama tinggi dengan ibunya. Namun Syahmi tetap 'baby' di hati kami sekeluarga. Sayang baby Syahmi!
Our baby sudah besarrrr.... |
2 comments:
baby Airiel pun x melalui fasa merangkak yeop..tp tq yeop sebab share...dpt info...aunty doakan Syahmi berjaya dunia akhirat...
Kebanyakan parents di AM bersetuju bahawa anak2 mereka juga x melalui fasa merangkak......kita ibubapa kena alert ckit sbb Allah menjadikan proses tertantu dlm tumbesaran bayi ada sebabnya....jika tercicir satu maka ada sesuatu yg tak kena.....dulu2 Yeop ingatkan baby Syahmi advanced dr baby yg lain.....hehehe jahilnya teman...
Post a Comment