Minat mengatasi segalanya! |
Tidak minat melukis, tidak bermakna langsung tidak boleh melukis secara keseluruhannya. Mungkin motif-motif tertentu seperti bunga-bungaan bukan menjadi pilihannya. Tapi kerana minat terhadap sains angkasa, sesuatu yang mustahil menjadi nyata.
Segala yang berada di minda sering diterjemahkan dalam buku contengannya. Hampir setiap hari jika ada waktu kelapangan semasa di sekolah, pasti Syahmi akan melukis tentang minatnya. Ada saja lakaran-lakaran yang menarik untuk kita teliti dengan penuh takjub. Bagaimanakah agaknya minda insan istimewa ini dapat menterjemahkan sehalus-halusnya minat mereka? Tidak tercapai rasanya akal anak-anak nomal lain yang seusia dengannya!
Dapatkah kita insan normal mengingati sesuatu sebegini detail? |
Inilah antara lakaran-lakaran yang dapat saya selongkar dari buku contengan anak autisme ini. Minatnya tentang sains angkasa membuatkan kita terkial-kial untuk menjawab persoalan yang dikemukakan olehnya. Baru disedari betapa lemahnya si ayah walau hanya dibandingkan dengan si anak istimewa ku, Syahmi. Apatah lagi aku di sisi Mu ya Allah!
2 comments:
Sama la ngan Airiel yeop..suka melakar..even umo dia 3thn..jenis yg memerhati dan akan melakar...so far dia guna PIcasa Art n ida n asben cdg nk bg buku contengan even dh ada sebelum nie...
Galakkan dia melakar supaya lama2 nanti dia boleh menulis dengan baik sebab kebanyakan anak autisme mempunyai fine motor skill yg lemah....inilah yg membezakan mereka dgn anak2 tipikal bila bersekolah nanti...lambat menulis, cepat lenguh tangan dan mcm2 alasan lagi!
Post a Comment