Kelmarin 8hb April 2012 berlangsungnya penyerahan e-book untuk murid-murid Tahun 4 sekolah-sekolah di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Anak-anak di Pendidikan Khas juga tidak terkecuali menjadi penerimanya dimana ia disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu.
Bukan nak tumpang glamour, cuma nak biasakan Syahmi dengan masyarakat di luar bersama-sama dengan anak-anak normal lain. Biasanya Syahmi akan ragu-ragu untuk menonjolkan diri di kalangan rakan sebayanya di sekolah. Keyakinan diri amat rendah disebabkan kekangan semulajadi yang ada pada diri serta kurangnya pendedahan dalam aktiviti-aktiviti baik di sekolah mahupun di rumah.
Syahmi dan rakan-rakan bergambar bersama MB Terengganu |
Biasanya rakan sebaya di sekolah akan menyisihkan insan istimewa ini disebabkan beberapa faktor, contohnya masalah bahasa Mereka akan terpinga-pinga apabila Syahmi bertutur menggunakan bahasa baku yang membataskan 'kemesraan' dalam berkomunikasi. Tentulah menjadi keganjilan bagi mereka kerana kelainan Syahmi menggunakan bahasa baku sedangkan hakikatnya ia bukan di buat-buat.
Serius lagaknya! |
Kecenderungan anak autisme yang obsess pada sesuatu juga boleh menghadkan pergaulannya dengan rakan sebaya. Syahmi lebih cenderung kepada pencarian maklumat yang diperolehinya melalui internet. Manakala topic yang digemarinya juga kadang-kadang sukar dicapai oleh akal golongan yang seusia. Even kita yang dewasa juga terkial-kial untuk menjawabnya. Sedangkan rakan sebaya masih enjoy dengan zaman kanak-kanaknya seperti menunggang basikal di laman rumah, bermain layang-layang dan sebagainya. Perbezaan gaya hidup dan minat telah mewujudkan jurang pemisah untuk anak autisme dari bergaul mesra dengan anak-anak normal yang lain.
Harus diakui bahawa anak autisme mempunyai 'tantrum' yang sukar dikawal. Sekiranya anak ini menghadapi situasi seperti diganggu oleh rakan-rakan sebaya terutama terhadap sesuatu yang menjadi obsessnya, maka perilaku seperti 'menjerit dan menangis' akan dapat dilihat. Perilaku ini sangat menjelaskan hakikat bahawa perkembangan sosial anak istimewa ini terkebelakang dari rakan-rakan yang seusia.
Syahmi dengan rakan se kelas... Ammar... |
Inilah antara faktor-faktor yang membataskan perkembangan sosial anak-anak autisme. Bagi rakan-rakan sebayanya tentu sukar menerima 'kelainan' yang ada pada Syahmi sebagai teman bermain, berbual, belajar seperti lazimnya seorang kanak-kanak. Sedangkan orang dewasa juga susah untuk memahaminya, inikan pulak budak-budak.
Semoga suatu masa akan hadir kawan-kawan yang boleh mengerti dan menerima Syahmi seadanya....ayah dan ibu hanya dapat berusaha untuk memberi pendedahan semoga Syahmi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tak kenal maka tak cinta...kalau dah kenal baru tahu siapa dirinya. InsyaAllah......
Apa-apa pun.....e-book dah dapat free.... |
2 comments:
Makcik sayang Syahmi.. Rugi mereka tak dapat berkenalan dan berkawan rapat dgn Syahmi sbb Syahmi ni akan jadi orang yg hebat satu hari nanti. InsyaAllah..
InsyaAllah ...berkat doa dr Makcik T .....semoga impian jadi nyata!
Post a Comment