اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 17, 2012

Berhadapan dengannya.... bukan melarikan diri....

                                Autisme, Slow Learner, Dowm Syndrome dan yang sewaktu dengannya juga dikategorikan Orang Kelainan Upaya. Sedangkan stigma masyarakat selalunya mengarah hanya pada mereka yang kekurangan dari segi fizikal sahaja yang dikategorikan sebagai OKU.


Dia juga tidak mahu mengalah.....mengapa kita?

                                Dulu saya memang gerun dengan 'title' ini. Tidak terlintas bahawa suatu ketika saya juga akan memiliki zuriat yang tergolong dalam 'title' tersebut. Saya lupa kuasa Allah yang menentukan segalanya.....hinggakan kita yang segar-bugar ini pun jika telah ditakdirkan untuk memegang 'title' tersebut maka tidak mustahil juga akan ditarik balik kesempurnaan yang ada dengan pelbagai cara. Jadi, mengapa harus digeruni 'title' tersebut?

                                Bagi Syahmi, konflik bermula apabila pertama kali menjejakkan kaki ke mainstream. Namanya lagi budak-budak......ramai rakan sekelas yang bertanya kenapa awak bersekolah dengan 'budak cacat' (Pendidikan Khas) dan pelbagai lagi versi persoalan yang sebenarnya hasil rasa ingin tahu mereka tentang kekurangan Syahmi yang tidak nampak di mata kasar.


Malu kerana dirinya diejek!
                             
                                 Ketika Syahmi bersekolah Tahun 1 di mainstream, Syahmi lebih suka menggunakan tandas di blok Pendidikan Khas disebabkan faktor kebersihan. Pernah saya ternampak dia berlari-lari menuju ke tandas di blok Pendidikan Khas melalui jalan jauh sedangkan jalan shortcut ada dengan harapan  tidak dilihat oleh rakan-rakannya di mainstream. Bila ditanya kenapa? Dia kata malu.........nanti kawan-kawan nampak Syahmi ke 'sekolah budak cacat'. Sedih dan sayu dibuatnya.

                                 Semenjak dari itu, saya bertekad untuk tidak mengelakkan diri dari berbincang dengannya tentang hakikat dia anak autisme. Biarlah saya sebagai ayah yang menyedarkan dan memberi kefahaman tentang autisme padanya. Terangkan kelainan yang ada padanya.....tunjukkan idola-idola autisme yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Tunjukkan juga padanya insan-insan autisme yang severe kondisinya supaya dia boleh memotivasi diri supaya menjadi lebih baik. Alhamdulillah......Syahmi hanya mild autistic dan boleh memahami apa yang kita cuba sampaikan padanya.

                                  Kesimpulannya pada pendapat saya, sebagai ibubapa kita tidak harus menyembunyikan status autisme kepada anak syurga kita. Biarlah dia mendapat kefahaman dari ibubapanya terlebih dahulu sebelum berada di dunia luar.  Semoga Syahmi dapat menerima hakikat kehidupan yang dicatur olehNya dengan sebaik mungkin. Tidak malu dengan 'title'yang dipegang.......sesungguhnya kamu istimewa di mata kami apatah lagi di sisi pencipta mu.



                                

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...