اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 10, 2012

Jom kita pakat ubah!.......

       

Hari Khamis lalu, sekolah Syahmi telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang  bagi tahun 2012. Terasa hambar di hati kerana Syahmi  tidak terlibat dalam kejohanan tersebut. Inilah masalah anak-anak inklusif yang berada di tengah-tengah percaturan sehingga ada yang terlupa. Sebagai ibubapa saya mengambil jalan tengah untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak. Yang terbaik, mencari kelemahan diri terlebih dahulu walau di hati amat mengharapkan Syahmi mampu melibatkan diri walaupun hanya dalam perbarisan.

Kejohanan Balapan dan Padang 2012 SKSB II

Faktor utama Syahmi tidak menyerlah apabila acara sukan diadakan di sekolah kerana Syahmi tidak boleh berlari dengan baik disebabkan struktur kaki yang tidak mengizinkan untuk menjadi pelari yang berkeyakinan. Syahmi mengalami keadaan 'In-toeing Gait' ketika berjalan dimana sering terjatuh apabila melangkah laju.

                                 
Selain itu, Syahmi juga tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah semenjak kecil. Hingga ke saat ini Syahmi masih belum boleh menunggang basikal seperti anak-anak lain. Inilah kelemahan kami sekeluarga di mana biasanya aktiviti kami kebanyakannya dihabiskan di rumah menghadap laptop masing-masing. Jadi hasilnya sekarang, Syahmi nampak kurang stamina untuk melakukan aktiviti lasak dengan fizikal yang semakin gempal. Memang tidak dinafikan ciri-ciri anak autisme yang suka menyendiri dan kurang melakukan aktiviti berkumpulan menyebabkan  ramai di kalangan mereka yang berbadan gempal.

Bukan gempal, tapi tegap Syahmi!

Jadi apa lagi? Jom......kita pakat ubah gaya hidup! Kita mulakan dengan beriadah di awal pagi di setiap hujung minggu. Belum terlambat untuk Syahmi dan ayah berubah. Kita bertuah kerana menetap di bandar ini yang penuh dengan teman menarik untuk diterokai. Kita sama-sama tinggalkan dunia siber kita seketika,  seimbangkan  gaya hidup kepada yang lebih sihat.

                                 
Bermain air di pantai
Mendaki bukit

Reflexologi

Semoga tahun depan, Syahmi lebih yakin untuk menyertai acara-acara sukan di sekolah dan tidaklah terpinggir seperti tahun ini. Kalau larian bukan acara yang sesuai dengan Syahmi, apa kata kita target.tahun depan Syahmi mencuba dengan acara Lontar Peluru.....hehehe semoga berhasil!

Mampukah kamu Syahmi?

                                 

2 comments:

Mommy Ummar said...

"winner winner go go go!"
Ummar suka sorak mcm tu :)
Yes Syahmi boleh! Jom kita ubah kpd healthy & happy lifestyle. Kitorg pun tgh mencuba

Smsaroni said...

Kesian pd anak....nampak 'lembik' jer terutama bila bersaing dgn anak2 kampung di sekolah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...