Mengiring, senget dan orang Perak kata ngempor....allignment lari.....hehehe |
Anak autisme amat lurus pemikirannya. Mereka tidak pandai untuk 'berbohong sunat' seperti kita kebiasaannya. Walaupun hakikat sebenarnya, agama juga melarang kita untuk berbohong cuma diizinkan dalam keadaan tertentu seperti menutup keaiban seseorang umpamanya. Namun sebagai ibubapa kita bukan berniat hendak menjadi ibu/ayah ketam, kekadang dalam keadaan tertentu kita terpaksa menimbangkan faktor-faktor lain yang harus diberi priority bagi memastikan keselamatan anak-anak.
Di bulan Ramadhan umpamanya, saya kurang bersetuju pihak sekolah mengadakan kelas Kafa di sebelah petang disebabkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, kekadang hujan lebat beserta ribut petir serta kekadang pula panas terik sampai lewat petang. Rasa belas saya melihat anak saya bertunggu tangga di sekolah sejak jam 7.30am hingga 3.30pm setiap hari dengan keadaan lapar dan dahaganya. Jika berlaku ribut petir pula kemana agaknya dia nak mengadu sedangkan anak autisme saya amat sensitif dengan petir.
Saya pernah 'slow talk' dalam ertikata memujuk anak syurga supaya dia tidak pergi ke kelas Kafa di sebelah petang bulan Ramadhan ni kerana ramai murid yang tidak hadir ke kelas tersebut pada kelazimannya. Bermulalah episod ibu/ayah ketam mengajar anaknya berjalan betul.........Namun ditolak mentah-mentah oleh anak saya dengan alasan tidak baik untuk ponteng kelas walaupun hakikatnya kawan-kawan lain juga ramai yang tidak datang. Dia langsung tidak merungut tentang susah payah mahupun penat untuk ke kelas Kafa di sebelah petang.....malah keadaannya seperti biasa seperti bulan-bulan sebelumnya. Baginya Rejab ke... Syaaban ke... Ramadhan ke...tugasnya sebagai murid adalah seperti biasa.
Tertidur......keletihan |
Sesungguhnya memang prinsip inilah yang dituntut agama, walau di bulan puasa kita seharusnya menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Kekadang saya tertanya-tanya, salahkah kami sebagai ibubapa merasa belas pada anak yang mengharungi suasana berpuasa dengan panas terik sedangkan ramai di antara rakan sebayanya telah berehat-rehat di rumah kerana ponteng kelas.
Mungkin ini yang dinamakan 'over protecting' ibubapa sedangkan si anak istimewanya sedang membuktikan diri.....aku juga sama seperti anak-anak normal yang lain malah kekadang menjadi lebih baik dari rakan-rakannya! Malu tersipu-sipu pada diri sendiri rasanya......jangan salahkan ketam yang hanya mengikuti fitrahnya........muhasabah diri dulu. Ibubapa juga kadang kala tersilap perhitungan.....semoga di lain kali tiada lagi sang ketam dipersalahkan.
2 comments:
Alhamdulillah, bagusnya Syahmi..
hari ni dah masuk hari ke 9 berpuasa...semoga Syahmi diberi kesihatan yang baik untuk berjuang pd Ramadhan kali ini...InsyaAllah
Post a Comment