Biasanya jika di kampung kita boleh tengok lembu, kerbau, kambing, ayam, itik dengan selambanya berkeliaran mencari makan......Kalau rusa sesat masuk kampung, tentu tercangak-cangak lagaknya si rusa sebab biasanya keadaan di hutan taklah seperti di kampung-kampung ler ni, dah ada ceper astro, budak-budak dah tak main di tanah, dok dalam rumah mengadap media komunikasi alaf ini... internet.
Nampaknya begitulah diumpamakan saya sekeluarga bila ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Aidil Fitri Autisme Malaysia. Biasanya kami hanya berulang alik dari Terengganu ke Perak. Kalau ke Kuala Lumpur pun hanya kerana urusan pejabat.....40 minit dah sampai sebab terbang ikut jalan udara. Kali ini berkereta sendiri ke Putrajaya. Semoga pengguna jalanraya di sana bertimbangrasa dengan 'Si Rusa' yang baru belajar masuk ke bandaraya. Bagaimana agaknya nanti?
Kiri: Keadaan yang biasa bagi kami Kanan: Keadaan yang asing bagi kami |
Kalau bukan kerana Autisme Malaysia, saya memang mengelak untuk ke Kuala Lumpur sebab kurang cekap dengan kesibukan di sana. Saya lebih suka memilih untuk ke utara tanah air jika bertujuan untuk pergi makan angin dengan keluarga. Disebabkan itu, saya lebih suka untuk menetap di Kuala Terengganu selama 20 tahun walaupun saya boleh membuat pilihan untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Nampaknya kali ini, 'Si Rusa' kena membiasakan diri meredah hutan batu di Kuala Lumpur dengan kenderaan bertali arus.
Semoga segalanya berjalan lancar samada di perjalanan mahupun ketika Majlis Aidil Fitri itu berlangsung nanti. Anak saya Syahmi antara yang diundang bagi menyerikan majlis, akan tampil dengan hafazan surah ke 80 (Surah A'Basa) Ayat 1-42. Walaupun kebolehannya tak sehebat mana, cukuplah sekadar menjadi perangsang buat keluarga lain yang mempunyai anak autisme supaya percaya pada potensi anak masing-masing.
Saya sangat berterimakasih kerana adanya adik-adik peneraju Autisme Malaysia yang bertungkus lumus untuk merealisasikan majlis tersebut. InsyaAllah kita jumpa di sana......
Kiri: Biasa tengok Masjid Kristal Kanan: Kali ini berkampung di Masjid Putra |
2 comments:
Corrections - Syahmi sangat hebat! Murah rezeki lagi - ada orang KL kirim hadiah untuk Syahmi, (makcik pun tak kenal & tak pernah jumpa dia lagi). harap2 makcik tak lupa bawa ke Putrajaya nanti.
dag dig dug debaran di dada ibu dan ayah pertama kali bertentang mata dgn ramai sahabat AM....jumpa di sana Pn Hayati Jafar & family...InsyaAllah...
Post a Comment