A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014....

Beberapa jam sahaja lagi, 2015 menjengah. Tahun 2014 ditinggalkan dengan penuh kenangan buat kita semua. Masing-masing ada cerita sendiri. Yang pasti, umur semakin meningkat, khudrat semakin berkurang. Itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Si anak telah mencapai sebahagian matlamatnya dalam pembelajaran di sekolah rendah setelah 7 tahun menuntut ilmu di sana. Walaupun penat 'berlari' bersamanya demi sebuah kejayaan, tapi si ibu tetap berasa...

Ke Mana Arah Tuju Kamu Nanti....

Jom Ke Sekolah.... 2015 makin dekat, ke mana arah tuju persekolahan kamu nanti? 5A telah digenggam, Kafa 8A, Ujian bertulis kemasukan ke sekolah-sekolah agama negeri juga dengan markah 96. Saya tidak membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh untuk anak istimewa saya kerana saya tahu dia belum berkemampuan untuk berdikari sebagaimana anak-anak tipikal yang lain. Saya hanya memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah...

Saturday, December 20, 2014

Kegunaan 'Weighted Blanket'...

'Weighted blanket' sesuai untuk mereka yang mengalami gangguan sensory dan mempunyai tenaga lebih dari biasa, seperti anak-anak ADHD umpamanya. Selimut ini biasanya lebih berat dari selimut biasa dan purata beratnya lebihkurang 4 -25 paun (1.81kg - 11.33kg). Disyorkan beratnya yang lebih spesifik iaitu 10% dari berat si penggunanya ditambah dengan 1paun (0.453kg). Jalan paling selamat, dapatkan nasihat Terapist Cara Kerja/Physical dalam...

Wednesday, December 17, 2014

Rett Syndrome...

Dr Andreas Rett (1924-1997) Physician PENGENALAN Rett Syndrome diambil dari nama seorang Physician Austria, Dr Andreas Rett (1924-1997). Beliau pakar perubatan pertama menerangkan tentang gangguan genetik ini menerusi jurnal sekitar tahun 1966. Masalah ini berlaku kebanyakannya di kalangan kanak-kanak perempuan iaitu (1 : 10,000 -15,000) sementara hanya kes-kes terpencil sahaja ditemui di kalangan anak lelaki. Merupakan gangguan neurologi...

Thursday, December 11, 2014

Tiada Yang Luarbiasa...

Arjuna Hamba....Muhammad Syahmi Asyraff Ramai juga yang bertanya bagaimana mendidik anak autisme hingga berjaya seperti Syahmi?Alhamdulillah..... jika ramai yang kata Syahmi autisme yang berjaya kerana kata-kata +ve sahabat-sahabat di luar sana juga merupakan doa buat anak saya. Semoga anak saya benar-benar menjadi insan berjaya suatu masa nanti...InshaAllah. Sebenarnya Syahmi didiagnose sebagai Mild Autisme. Mengalami kelewatan dalam...

Sunday, December 7, 2014

'Hero' Yang Didendang

Muhammad Syahmi Asyraff           Seminggu Syahmi umpama selebriti di kalangan mereka yang mempunyai anak-anak syurga terutamanya. Ke tempat-tempat awam, ada yang perasan kehadiran anak ini. Ke hospital menemani abangnya mendapat rawatan susulan dari pembedahan juga ada yang menegurnya di sana, ke tempat membeli belah pun sama. Semuanya kerana bahang dari keputusan UPSR yang lalu. Mungkin kerana kenyataannya yang bercita-cita...

Friday, December 5, 2014

Dingin Hingga Ke Tulang

Saya ingin membuat pembetulan terhadap post yang sebelumnya. Kunjungan YAB MB Terengganu ke rumah saya dibatalkan di saat akhir. Lokasi baru diputuskan dimana ia dilangsungkan  di Pejabat YAB MB sendiri, Tingkat 16, Wisma Darul Iman pada tarikh yang sama iaitu 3hb Dec 2014. Press conference dibuat bagi menghargai kecemerlangan anak Pendidikan Khas yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR yang lalu serta penghargaan kerajaan negeri terhadap...

Sunday, November 30, 2014

Tetamu Ku, Menteri Besar....

Cerita dulu-dulu, saya pernah menghadiri majlis yang turut dihadiri oleh beliau yang ketika itu masih lagi berada di posisi sebagai Exco Pendidikan Negeri Terengganu. Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Penyampaian Bantuan Wang Tambang Persekolahan Murid-Murid Penddikan Khas (ketika itu Syahmi di Pra Pendidikan Khas). Syahmi merupakan salah seorang yang menerima bantuan berkenaan. Majlis tersebut diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan...

Thursday, November 27, 2014

Tahniah anakanda....

          Syukran, syukran, syukran.....5A yang sangat berbaloi-baloi. Penat lelah si anak, guru-guru, ibu di rumah telah membuahkan hasil. Menghadiri kelas tambahan sebelah petang dan malam di sekolah, kelas tuition private antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini. Perjalanan masih jauh....banyak lagi cabaran yang harus kita lalui. Ibu dan ayah bangga sebab kamu telah memberi kepuasan pada guru-guru kamu....

Monday, November 17, 2014

Yang Istimewa Dalam Filem/Drama....

Autisme Dalam Filem/Drama.... Beberapa filem/drama bermutu dihasilkan oleh karyawan luar negara yang mengisahkan perjalanan kehidupan insan istimewa autisme mahupun kategori lain yang tergolong dalam masalah perkembangan intelektual. Sesungguhnya, kehidupan golongan istimewa ini  difilemkan bagi menyedarkan masyarakat erti kemanusiaan terhadap kita sesama manusia. Tiada sesiapa yang meminta dilahirkan dengan sebarang kekurangan, namun...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...