5:10 PM

Permainan dulu-dulu...Jan Jan Jala Itik
Permainan ini tidak bermodalkan wang ringgit. Bermain di halaman rumah, beraktiviti sambil bernyanyi. Seramai mana pun boleh menyertai permainan ini. Dua orang berdiri berhadapan sambil berpegang tangan, diangkat tangan yang berpegangan tadi ke atas (bertindak sebagai perangkap). Sementara kawan-kawan yang lain beratur melalui 'perangkap' sambil bersama-sama menyanyikan lagu yang agak lucu liriknya....
2:40 PM

Di sisi Islam, tiada perbezaan dari segi bangsa, warna kulit, kaya atau miskin seseorang. Yang dinilai hanyalah ketakwaan seseorang kepada pencipta-Nya. Bilal Bin Rabah r.a merupakan muazzin pertama umat Islam. Beliau merupakan lelaki berkulit hitam yang mempunyai suara 'emas'. Dilahirkan 43 sebelum Hijrah di daerah Al-Sarah pinggir Kota Mekah.
Ketaatan beliau kepada Islam tiada tandingannya. Diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf yang merupakan...
12:29 AM

Kali ini menjadi moderator...Seminar Anak Istimewa Satu Anugerah
Berdebar juga kalau diberi tugasan mengejut, tugasan yang tak pernah dibuat seumur hidup. Tapi bila memikirkan untuk kemudahan semua dan ilmu yang ada tentang anak istimewa, diyakinkan diri bahawa ibu mampu juga lakukan. Bila lagi, kalau bukan sekarang...ya tak?
Tugasan yang dimaksudkan, menjadi moderator forum 'Kisah Ku' yang mengisi salah satu slot dalam Seminar Anak Istimewa...
11:09 AM

"Anak saya mengalami masalah Autisme + 'Trigger Finger' ", begitulah yang dikhabarkan oleh seorang ibu tentang anak syurganya yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2015 yang lalu. Ini menyebabkan si anak sukar menjawab soalan bertulis, namun alhamdulillah masalah tersebut tetap tidak menghalang si anak untuk menempa kejayaan cemerlang. Apakah yang dinamakan 'Trigger Finger'?
Jari kaku 'terkunci' dalam keadaan membengkok
ke...
11:38 PM

Cikgu Rosma dan Cik Fazima (PPM) gambar terkini (18.11.2015)
Lama tak bertemu muka dengan kedua-duanya. Cikgu Rosma masih berkhidmat di Sek Keb Seri Budiman 2 sementara Cik Fazima (PPM) dengar khabarnya telah berpindah ke Sek Keb Bukit Bayas.. Kombinasi keduanya, mendidik Syahmi di Pra PPKIBP (2008), kemudian menjadi tempat 'berlindung' jika Syahmi dalam kesusahan walau Syahmi telah diinklusifkan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6 di aliran...
7:55 PM

Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu menziarah penghuni Taman Sinar Harapan,
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Jumaat lepas, 1st time saya berkunjung ke Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu bersama-sama Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu. Taman Sinar Harapan berfungsi sebagai sebuah tempat perlindungan sebenarnya kepada anak-anak yang mengalami Masalah Pembelajaran dari usia 1-14 tahun dimana anak-anak ini tiada tempat bergantung...
7:38 AM

Apa yang dipulangkan? Bila udah dinamakan pinjaman, tentulah kita kena pulangkan semula pada yang empunya. Pulangkan apa? Si anak memulangkan BUKU TEKS sekolah hari ini. Hihihi...jangan marah, sengaja bikin gempaq.
16 buah semuanya.....
Selamat tinggal buku-buku semua. Setahun tak lama mana rupanya. Pejam celik, pejam celik dah nak kena pulangkan semula kepada pihak sekolah. Terima kasih kerana telah bersama anak ku selama setahun, sebagai...
9:18 AM

Final exam si anak sudah tamat. Seminggu berhempas-pulas menggali ilmu untuk dicurahkan dalam bentuk tulisan bagi menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan.
Yang dulu pastinya udah tak sama dengan yang kini. Dulu, diadakan juga soalan-soalan objektif bagi membantu memudahkan calon-calon 'menembak' jawapan untuk memperjudikan nasib. Namun sekarang tidak lagi.....soalan subjektif, tak baca, tak faham, maka tidak mampulah tangan untuk mencoretkan...
10:49 AM

Kita pun nak berkonvo...
Semenjak dua menjak ni, habis kecik besor berkonvo dengan berjubah, topi serta skroll masing-masing. Kalau dulu, yang ambil ijazah sahaja merasai pengalaman begini. Seingat saya, di era 80an dulu lepasan diploma ITM pun tak merasa nak berjubah bagai di hari konvokesyen.
Sekarang tidak lagi. Sedar atau tidak kita sekarang bermewah dalam kesempitan. Kos sara hidup makin tinggi, sana sini masyarakat mengadu harga...