A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, September 26, 2017

Mereka Sebaya Tapi Tak Setara

Haddul, Ayah Syahmi, Syahmi Sekali pandang, tiada bezanya antara Syahmi dan Haddul. Mereka rakan setingkatan, 3 Al Tirmizi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek,  Kuala Terengganu. Ketinggian lebihkurang sama, cuma berbeza sedikit disebabkan Syahmi yang bertubuh gempal berbanding Haddul yang agak kurus. Lepas menghadiri kelas tambahan, sempat kami 'kidnap' Haddul dari asrama sekolah untuk ke bowling center atas permintaan...

Monday, September 25, 2017

Pemergian Yang Ditangisi...Al fatihah

Allahyarhamah Erda Zuliana Seorang yang disayangi oleh anak-anak istimewa kerana khidmat baktinya. Seorang ahli Terapi Cara Kerja, kerjaya yang amat sesuai dengan personalitinya. Lemah lembut, senyum sentiasa. Disenangi anak-anak syurga dan ibubapanya, majikan, sahabat dan taulan, apatah lagi keluarganya. Sabtu, bersamaan 23hb Sept 2017 dikhabarkan berita sedih tentang pemergiannya oleh para kenalan 'sekasut'. Pemergiannya kira-kira 4.40pm...

Thursday, September 21, 2017

Forum Anjuran LPPKN di IPG Kampus Dato' Razali

Keratan akhbar keesokkan harinya berkenaan seminar "Anak Istimewa Satu Anugerah" Beberapa kali menjadi panel program yang seumpamanya, membuatkan saya tidak lagi gementar dengan suasana. Boleh tidur mlam seperti biasa walau esoknya akan berkongsi pengalaman di hadapan orang ramai. Tak perlu skrip yang bertulis. Cukup sekadar mengetahui soalan-soalan yang akan dikemukakan supaya kita tahu skop jawapannya supaya tidak berjela-jela bercakap...

Thursday, September 14, 2017

Kem PT3 Berita Harian (Kuala Terengganu)

Lama saya tak menjenguk ke sini. Bukannya disengajakan, cuma laptop yang 'meragam'. Banyak moment penting tentang Syahmi tak dapat saya update lately. Cuti sekolah hari tu, kalau tak silap 25hb-26hb Ogos 2017 (Jumaat dan Sabtu), kami hantar dia menyertai Kem PT3 Berita Harian di UMT, Gong Badak. Tak ramai kawan-kawan sekolahnya yang menyertai kem berkenaan. Tapi saya tetap menuruti kehendaknya supaya dapat merasai pengalaman bersama pelajar lain...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...