Teacher Ling bersama Syahmi (bertopi biru) |
Budi yang baik dikenang jua......inilah wajah Teacher Ling yang banyak berjasa pada perkembangan Syahmi dalam pembelajarannya. Beliau hanya mengajar Syahmi selama dua bulan di Pendidikan Khas, kemudian Syahmi diputuskan untuk diinklusifkan ke mainstream di Tahun 1 (2009).
Peringkat awal Syahmi diinklusifkan, beliaulah guru yang mengambil berat tentang Syahmi di mainstream. Dalam diam dia akan menjenguk anak ini di kelas barunya. Kadang-kala dilihatnya Syahmi sedang tidur lena di meja sedangkan guru sedang mengajar di hadapan. Segala perkembangan dipantaunya termasuk makan minum anak ini semasa rehat juga waktu balik dari sekolah.
Guru ini amat kreatif, apabila Hari Ibu mahupun Hari Bapa maka beliau sendiri akan menghadiahi bunga kepada ibubapa setiap anak didiknya. Sayang sekali beliau akhirnya ditukarkan pula ke sekolah lain ketika Syahmi memulakan pembelajarannya di Tahun 2 (2010). Maka tinggallah anak didiknya yang ini berdikari meneruskan cabaran di aliran perdana. Terima kasih Teacher Ling, kenangan bersama teacher akan tetap diingati sampai bila-bila.
Kiriman SMS pengganti diri....dari Teacher Ling buat Syahmi |
2 comments:
Anak anak di pkhas mendambakan guru spt ini.
Semua murid di SK Seri Budiman II merasa kehilangannya tak kira yg di aliran perdana...apatah lagi anak2 di Pendidikan Khas apabila beliau ditukarkan ke sekolah lain.......
Post a Comment