اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, June 8, 2012

Autisme ke Syahmi?

                 

Ramai yang kata Syahmi nampak seperti budak normal. Ada juga yang bertanya saya, "Dimana kurangnya budak ni?".  Dan yang lebih menggelikan hati saya, semasa Syahmi menyertai Tilawah Al Quran baru-baru ni, ada pihak atasan yang bertanya, "Syahmi ada kad OKU?". Tambahnya lagi, "Dapat bantuan ke seperti pelajar OKU yang lain?"

Lahiriah yang nampak sempurna!

Pada satu peringkat, dada saya rasa lapang bila mengenangkan Syahmi lebih bernasib baik dari anak-anak autisme yang severe kondisinya. Alhamdulillah, cubaan ku hanya minima jika dibandingkan dengan ibubapa kepada anak-anak autisme lain yang hyperaktif, non-verbal, sawan dan sebagainya. Mengapa kadang-kadang saya masih mengeluh dengan keletah anak syurga saya? Astaghfirullah, lemahnya hamba Mu ini......Ya Tuhanku!


Boleh  menunggu giliran seperti yang lain!
                             
Pada peringkat yang lain, saya rasa gerun  kerana disebabkan penampilan Syahmi yang normal membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sama seperti anak-anak lain. Sedangkan hakikatnya Syahmi tetap mempunyai ciri-ciri autisme seperti yang lain. Konflik tetap wujud semasa dia di sekolah mahupun dalam pergaulannya dengan sanak saudara. Saya tahu ramai yang terasa hati dengan tingkah laku Syahmi.


Dengan guru-gurunya di mainstream yang tidak berpengalaman mengendalikan anak istimewa seperti Syahmi, beberapa kali insiden yang menggusarkan saya berlaku. Antaranya Syahmi menegur secara direct gurunya yang garang, dan pernah juga suatu ketika Syahmi naik berang bila dimarahi guru yang menjerit ke arahnya bila dia sedang asyik dengan Scary Maze di makmal komputer sekolah. Tindakan Syahmi yang seterusnya terhadap guru berkenaan adalah menghantar sekeping nota dengan ayat 'SAYA BENCI AWAK, SILA MENGAJAR DI KELAS LAIN'.


Hanya guru terlatih yang dapat memahaminya

Begitu juga dengan pergaulan dengan sanak saudara terutamanya bila balik ke kampung. Di sanalah kita nak bermesra dengan ahli keluarga yang lain setelah lama tidak berjumpa. Malangnya, Syahmi akan buat-buat tak dengar jka diarahkan membuat sesuatu yang tidak menarik minatnya. Syahmi juga tidak mengendahkan jika sepupunya terutama yang masih kecil cuba nak bermain-main dengannya. Pasti Syahmi akan menunjukkan muka yang mencuka sebagai tanda kurang senang dengan  anak-anak kecil itu. Adakah kerana Syahmi anak bongsu ataupun kerana autisme? Saya pun kekadang naik confuse dibuatnya.

Atok pun kekadang confuse dengan tindak tanduk Syahmi!

Bagi yang memahami tingkah laku anak-anak autisme, mungkin keadaan  tidak berlarutan hingga ke tahap serius. Anak autisme tidak suka dipaksa-paksa melakukan sesuatu yang tidak menarik minatnya. Inilah antara dilema anak-anak autisme yang nampak normal, sedangkan hakikatnya mereka tetap mempunyai kekangan semulajadi yang boleh menyebabkan masyarakat di luar sana mentafsir mereka sebagai anak yang degil dan nakal.

                           
Semoga semakin meningkat usia Syahmi, kekangan ini dapat dikurangkan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Semoga tiada lagi bahasa-bahasanya mahu pun tingkah lakunya yang boleh menyinggung perasaan  orang-orang yang disekelilingnya.  Walaupun bukan mudah........tapi inilah cabaran saya sebagai pemegang amanah dari-Nya.
                           
                         

                           


                               

2 comments:

Hayati Jafar said...

Kak yati sangat2 faham. Hiba sgt2 baca entry yg ini - macamanalah tanggapan orang sekeliling di UiTM pada Iddin. Kalau kita ada bersama, boleh jugak kita explainkan pd mereka ataupun bila terpaksa, minta maaf bagi pihak anak kita. Semuga anak2 kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Amin

Smsaroni said...

Saya faham Pn Hayati...semoga anak2 autisme keseluruhannya mendapat perlindunganNya selalu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...