A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, December 23, 2015

Maulidur Rasul 1437H

Jom Kita Berselawat ..... ...

Saturday, December 19, 2015

Kejar Masa....

Kejar masa..... Mengapa perlu 'kejar masa'? Sebab masa tidak boleh berulang kembali. Bila kita mencurigai anak kita mengalami masalah, maka bersegeralah mendapatkan khidmat mereka yang pakar. Jangan cuba berteke-teki lagi kerana itu akan melengah-lengahkan masa. Sebarang kelewatan dalam perkembangan anak-anak memberi petunjuk bahawa mereka sedang berhadapan dengan permasalahan. Sebagai ibubapa, kita harus memulakan langkah untuk mengenalpasti...

Monday, December 7, 2015

Persediaan Hafazan Tingkatan 2 - Surah-surah Ali Imran

Senarai ayat-ayat dari Surah Ali Imran ini merupakan tugasan pelajar yang berada di Tingkatan 2 untuk dihafaz dengan lancar dan bertajwid, diuji dihadapan ustaz/ustazah bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Jom kita menghafaz ketika cuti sekolah ini supaya tahun depan (Tingkatan 2) boleh selesaikan tugasan ini dengan cepat, tak perlu buat kerja last minute. Pesan ibu buat si anak, Muhammad Syahmi Asyraff........  ...

Friday, December 4, 2015

Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2015 Kelmarin....

Ingin saya perbetulkan kefahaman kebanyakan masyarakat terhadap OKU. OKU bukan hanya dikaitkan dengan golongan kurang upaya fizikal sahaja terutama yang berkerusi roda, masalah dalam penglihatan dan juga pendengaran. Terdapat kelompok lain yang dilupakan masyarakat, sedangkan mereka juga dikategorikan sebagai golongan OKU iaitu mereka yang mengalami MASALAH PEMBELAJARAN.  Kebiasaannya golongan bermasalah pembelajaranlah yang sering...

Sunday, November 29, 2015

Jan Jan Jala Itik, Jala Ayam......

Permainan dulu-dulu...Jan Jan Jala Itik Permainan ini tidak bermodalkan wang ringgit. Bermain di halaman rumah, beraktiviti sambil bernyanyi. Seramai mana pun boleh menyertai permainan ini. Dua orang berdiri berhadapan sambil berpegang tangan, diangkat tangan yang berpegangan tadi ke atas (bertindak sebagai perangkap). Sementara kawan-kawan yang lain beratur melalui 'perangkap' sambil bersama-sama menyanyikan lagu yang agak lucu liriknya....

Wednesday, November 25, 2015

Muazzin Ar-Rasul...

Di sisi Islam, tiada perbezaan dari segi bangsa, warna kulit, kaya atau miskin seseorang. Yang dinilai hanyalah ketakwaan seseorang kepada pencipta-Nya. Bilal Bin Rabah r.a merupakan muazzin pertama umat Islam. Beliau merupakan lelaki berkulit hitam yang mempunyai suara 'emas'. Dilahirkan 43 sebelum Hijrah di daerah Al-Sarah pinggir Kota Mekah. Ketaatan beliau kepada Islam tiada tandingannya. Diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf yang merupakan...

Monday, November 23, 2015

Moderator.....

Kali ini menjadi moderator...Seminar Anak Istimewa Satu Anugerah Berdebar juga kalau diberi tugasan mengejut, tugasan yang tak pernah dibuat seumur hidup. Tapi bila memikirkan untuk kemudahan semua dan ilmu yang ada tentang anak istimewa, diyakinkan diri bahawa ibu mampu juga lakukan. Bila lagi, kalau bukan sekarang...ya tak? Tugasan yang dimaksudkan, menjadi moderator forum 'Kisah Ku' yang mengisi salah satu slot dalam Seminar Anak Istimewa...

Friday, November 20, 2015

'Trigger Finger'

"Anak saya mengalami masalah Autisme + 'Trigger Finger' ", begitulah yang dikhabarkan oleh seorang ibu tentang anak syurganya yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2015 yang lalu. Ini menyebabkan si anak sukar menjawab soalan bertulis, namun alhamdulillah masalah tersebut tetap tidak menghalang si anak untuk menempa kejayaan cemerlang.  Apakah yang dinamakan 'Trigger Finger'? Jari kaku 'terkunci' dalam keadaan membengkok  ke...

Wednesday, November 18, 2015

Lama Tak Jumpa...

Cikgu Rosma dan Cik Fazima (PPM) gambar terkini (18.11.2015) Lama tak bertemu muka dengan kedua-duanya. Cikgu Rosma masih berkhidmat di Sek Keb Seri Budiman 2 sementara Cik Fazima (PPM) dengar khabarnya telah berpindah ke Sek Keb Bukit Bayas.. Kombinasi keduanya, mendidik Syahmi di Pra PPKIBP (2008), kemudian menjadi tempat 'berlindung' jika Syahmi dalam kesusahan walau Syahmi telah diinklusifkan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6 di aliran...

Monday, November 16, 2015

'Ziarah Kasih' ke Taman Sinar Harapan

Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu menziarah penghuni Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu Jumaat lepas, 1st time saya berkunjung ke Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu bersama-sama Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu. Taman Sinar Harapan berfungsi sebagai sebuah tempat perlindungan sebenarnya kepada anak-anak yang mengalami Masalah Pembelajaran dari usia 1-14 tahun dimana anak-anak ini tiada tempat bergantung...

Wednesday, November 11, 2015

Pulangkan....

Apa yang dipulangkan? Bila udah dinamakan pinjaman, tentulah kita kena pulangkan semula pada yang empunya. Pulangkan apa? Si anak memulangkan BUKU TEKS sekolah hari ini. Hihihi...jangan marah, sengaja bikin gempaq. 16 buah semuanya..... Selamat tinggal buku-buku semua. Setahun tak lama mana rupanya. Pejam celik, pejam celik dah nak kena pulangkan semula kepada pihak sekolah. Terima kasih kerana telah bersama anak ku selama setahun, sebagai...

Tuesday, November 10, 2015

KBAT Punya Bahang....Memang HOTS (High Order Thinking Skills)

Final exam si anak sudah tamat. Seminggu berhempas-pulas menggali ilmu untuk dicurahkan dalam bentuk tulisan bagi menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan. Yang dulu pastinya udah tak sama dengan yang kini. Dulu, diadakan juga soalan-soalan objektif bagi membantu memudahkan calon-calon 'menembak' jawapan untuk memperjudikan nasib. Namun sekarang tidak lagi.....soalan subjektif, tak baca, tak faham, maka tidak mampulah tangan untuk mencoretkan...

Monday, November 2, 2015

Kecik Besor....Konvo Belaka

Kita pun nak berkonvo... Semenjak dua menjak ni, habis kecik besor berkonvo dengan berjubah, topi serta skroll masing-masing. Kalau dulu, yang ambil ijazah sahaja merasai pengalaman begini. Seingat saya, di era 80an dulu lepasan diploma ITM pun tak merasa nak berjubah bagai di hari konvokesyen. Sekarang tidak lagi. Sedar atau tidak kita sekarang bermewah dalam kesempitan. Kos sara hidup makin tinggi, sana sini  masyarakat mengadu harga...

Saturday, October 24, 2015

Lupa Sekejap...

Dia asyik dengan gadgetnya. Ke sana ke mari berkepit dengan gadgetnya. Berbuih mulut ibu untuk menyedarkan keburukan obsessnya yang itu. Tapi kali ini ibu berjaya meletakkan obsessnya ke tepi buat seketika. Bagaimana caranya? Kawasan Rekreasi di Taman Tamadun Islam.... Ke Pulau Wan Man kami pagi Jumaat yang lalu. Pulau Wan Man terletaknya Masjid Kristal, Taman Monumen dan taman rekreasi bagi yang ingin mengeluarkan peluh. Pertama kali kami...

Wednesday, October 21, 2015

Kaedah 'Rawatan' Untuk Autisme....

Bagaimana merawatnya? Tiada ubat? Kecewa ibubapanya apabila mengetahui bahawa autisme itu dikatakan tiada penawarnya. Tiada kajian yang benar-benar membuktikan autisme boleh dipulihkan sepenuhnya melalui ubat-ubatan. Tiada jalan singkat, namun kombinasi kaedah tertentu amat disyorkan bagi membantu meminimakan permasalahan mereka. Kombinasi 'rawatan' yang dimaksudkan termasuklah : A. PENDIDIKAN KHAS Bermakna anak yang mengalami masalah...

Sunday, October 18, 2015

Tolonggggg!

Dulu kira-kira 35 tahun yang lepas, saya hanya bertemu dengan terma-terma yang begini ketika saya di Tingkatan 4 (maaf kalau saya tersilap). Budak-budak era millenium kini, Tingkatan 1 telah mula diperkenalkan dengan ALGEBRA. Pembolehubah yang diwakili oleh simbol huruf-huruf, biasanya a,b,c,x,y,z dan sebagainya. ALGEBRA diasaskan oleh tokoh Islam ternama Al-Khwarizmi yang kini istilahnya terus digunapakai oleh seantero dunia....

Saturday, October 17, 2015

Besar Cabarannya....

14 days to go....Syahmi akan menghadapi exam akhir tahun. Kena banyak kerja ni. 14 hari nak cover semua subjek. Huhuhu...menangis tak berlagu dibuatnya. Saya terpaksa melakukan usaha tarikkk...lepas, tarikkk...lepas (umpama main layang-layang). Maksudnya panggil dia buat latihan....kemudian lepaskan semula dengan minat dia menghadap gadgetnya. Nak fokus pada pelajaran 100%...tak munasabah rasanya. Saya tak  risau dengan subjek Matematik,...

Wednesday, October 14, 2015

Maal Hijrah (1437H)

Selamat menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Muharram kembali menjelma. Sebenarnya, ibu Syahmi memang dilahirkan pada 1 Muharram mengikut kata Opah. Maknanya Selamat Hari Lahir juga untuk ibu. Mari kita semua berhijrah kepada yang lebih baik. Muhasabah diri, di mana kedudukan kita di sisi-Nya. Adakah lebih baik dari tahun lalu? Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah untuk memperbaiki diri masing-masing sementara nyawa dikandung...

Wednesday, October 7, 2015

Autism : They Are Different....Not Less

...

Friday, October 2, 2015

Bukan Lawyer....Bukan Doktor....

Bukan Lawyer....Bukan Doktor Bukan Lawyer...Bukan Doktor. Matlamat kami, hanya mahukan si anak hidup berdikari manakala kecemerlangan akademik merupakan perkara ke 2. Tidak bermakna menggenggam 'A' kalau hidup masih bergantung pada orang lain sepenuhnya. 'A' hanyalah sebagai bonus dalam memperkatakan tentang pencapaian anak istimewa autisme. Awal-awal lagi kami berjuang untuk membebaskan anak istimewa kami dari diapersnya. Walau agak lewat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...