8:17 AM

Jalur Gmilang
Dari kecil hingga kini, Jalur Gemilang menjadi kesayangannya. Dijaga, disimpan dengan baik agar tiada siapa berani mengacau-ganggunya. Namun, manusia tidak sama persepsi masing-masing dalam menafsirkan rasa sayang terhadap mu Jalur Gemilang.
Ada yang mengibarnya di halaman rumah, di kereta sebagai penghormatan. Tujuannya sama iaitu menunjukkan rasa cintakan pada negara. Namun, jangan lupa ada pihak lain pula yang membakar...
1:16 PM

Kelmarin hari Sabtu bersamaan 29hb Ogos 2015 telah diadakan Program Sarana Ibubapa Linus Pendidikan Khas di BTPN (Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri), Marang, Terengganu. Saya dijemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk berkongsi pengalaman dalam mendidik anak istimewa.
1st time dalam majlis yang sebesar ini dihadiri oleh 'orang kuat' JPN (pusat juga wakil dari negeri-negeri lain di Malaysia), membuatkan saya sedikit gementar. Ramai juga...
2:27 PM

Tiap hari duit poket dengan jumlah tertentu dibekalkan buat si anak ketika ke sekolah. Tapi kelmarin, apabila diskodeng dompetnya ketika balik dari sekolah tiada berbaki walau sekeping RM1.00. Yang tinggal hanya duit-duit syiling di bahagian berzip bersebelahan.
Sengaja bertanya untuk mengetahui jawapan si anak. "Banyak belanja hari ni?" Jawab si anak, "Dah terpaksa sebab beli 'kepok' lekor dua kali, yang pertama, tak sengaja 'kepok' terjatuh...
7:14 PM

Berikut adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya :
1. Ar-Rahmaan - Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung dan pengasih.
2. Ar-Rahiim - Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
...
7:58 AM

Mari Beramal........
Doa Al-Ma'thurat Bagi Memohon Kesihatan Tubuh Badan
Dibaca pagi (selepas Subuh dan selepas Asar)...
9:51 AM

'Ya Rabbi, bagi Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi kemuliaan wajah Mudan keagungan kekuasaan Mu'
Dari Abdullah bin Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bercerita kepada para sahabat bahawa salah seorang hamba di antara hamba-hamba Allah mengucapkan 'Ya Rabbi lakal hamdu kama yanbaghi li jalali wajhika wa azhimi sultanika.' (Ya Rabbi, bagi Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi kemuliaan wajah Mu dan keagungan kekuasaan Mu).
Maka...
7:38 PM

Tahun Ke 2 Berhari Raya bersama Sahabat Faqeh Terengganu
Jika tahun 2014, jumlah kehadiran sahabat ke Jamuan Hari Raya SFT hanya lebih kurang 10 buah keluarga. Namun Jamuan Hari Raya tahun ini yang berlangsung pada 7hb Ogos (Jumaat) yang lalu di Lagoon Kuala Ibai, mencatatkan kehadiran mencecah dua kali ganda. Itu belum termasuk sahabat-sahabat yang tidak dapat meluangkan masa kerana mempunyai urusan lain pada hari berkenaan.
Cuaca yang baik,...