Tahun Ke 2 Berhari Raya bersama Sahabat Faqeh Terengganu |
Jika tahun 2014, jumlah kehadiran sahabat ke Jamuan Hari Raya SFT hanya lebih kurang 10 buah keluarga. Namun Jamuan Hari Raya tahun ini yang berlangsung pada 7hb Ogos (Jumaat) yang lalu di Lagoon Kuala Ibai, mencatatkan kehadiran mencecah dua kali ganda. Itu belum termasuk sahabat-sahabat yang tidak dapat meluangkan masa kerana mempunyai urusan lain pada hari berkenaan.
Cuaca yang baik, memungkinkan acara berjalan lancar. Makan-makan, sembang-sembang, bertukar-tukar pengalaman, sambil mata ibubapa tidak lepas-lepas memerhatikan pergerakan anak istimewa masing-masing, demi memastikan keselamatan memandangkan persekitaran merupakan sebuah lagoon buatan manusia.
Memang meriahlah, makanan beraneka, nasi minyak, ketupat palas, rendang, sate, mee gorang, karipap, soto, spaghetti, laksa kuah masak, tepung pelita, tapai, puding dan macam-macam lagilah. Kerjasama sahabat amatlah dihargai. Masing-masing membawa makanan ikut citarasa sendiri, ikut kemampuan dan keikhlasan. Tak bawa apa-apa pun tidak mengapa, rezeki yang ada tetap dikongsi bersama, sedkit sama sedikit, banyak sama-sama merasa. Semoga ukhwah berpanjangan...aamiin
Makanan yang beraneka... |
Syahmi bergaya dengan Baju Melayu merahnya... |
Suasana majlis santai....SFT berhari raya.... |
Bergambar kenangan bersama Puan Pengerusi SFT Dr Norsuhaily Abu Bakar ( berbaju hijau lembut di tengah) |
0 comments:
Post a Comment