اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, August 31, 2015

Hormati Jalur Gemilang....



Jalur Gmilang

Dari kecil hingga kini, Jalur Gemilang menjadi kesayangannya. Dijaga, disimpan dengan baik agar tiada siapa berani mengacau-ganggunya. Namun, manusia tidak sama persepsi masing-masing dalam menafsirkan rasa sayang terhadap mu Jalur Gemilang.


Ada yang mengibarnya di halaman rumah, di kereta sebagai penghormatan. Tujuannya sama iaitu menunjukkan rasa cintakan pada negara. Namun, jangan lupa ada pihak lain pula yang membakar mu Jalur Gemilang di khalayak ramai sebagai tanda sayangkan tanahairnya.


Bagi anak istimewa ku Syahmi, jangankan dibakar, dilipat-lipat pun tidak dibenarkannya sama sekali sesiapa jua mengacau-ganggu Jalur Gemilangnya. Beberapa hari yang lalu, si ibu menjadi tidak keruan disebabkan si anak 'mengamuk' di sekolah kerana dikhabarkan Jalur Gemilang kepunyaannya yang menjadi hiasan di pintu masuk ke kelas di ganggu kawan-kawannya (gangguan yang dimaksudkan iaitu ditarik-tarik, hingga menginjak dari kedudukan asalnya).


Jenuh juga memujuknya, si ibu terpaksa bertemu kawan-kawan sekelasnya untuk menceritakan obsess si anak terhadap Jalur Gemilang. Mungkin niat kawan-kawannya hanya untuk bergurau senda, namun bagi anak autisme berbeza. Sesuatu yang menjadi obsessnya, tidak boleh dibuat bahan mainan. Jangan sesekali!


Selamat menyambut Hari Kebangsaan buat semua pengunjung blog ini. Sama-sama kita berusaha menyedarkan masyarakat supaya anak-anak autisme diterima dengan baik dan merasai nikmat kemerdekaan negara sebenar-benarnya.


Merdeka...Merdeka...Merdeka....



Merenung jauh si anak merdeka .....






2 comments:

Anonymous said...

Salam, sejak jumpe blog yop Yong gemor benor maca kesah kuale, tejumpe citer2 arwah apok yop, sebak baca, xsangka sabtu 29.8.15 mak Yong pulak pegi mengadap Ilahi, mmg terase benor lain nye emak dah xde..tingge ayah semangga...doakan arwah mak Yong dikalangan ahli syurga..amiin

Smsaroni said...

Waalaikumussalam...kehilangan ibubapa merupakan kisah sedih buat anak2nya...semoga roh mak Yong dicucuri rahmat...kita yg tinggal jgn lupa utk menyedekahkan al fatihah serta membuat amal kebajikan...amalan baik kita di sini, berita baik juga utk ibu/bapa kita yg telah di sana...al fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...