A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, December 13, 2016

IB Oh IB...

International Baccalaureate atau IB program mula diperkenalkan ke beberapa buah sekolah di Malaysia. Program ini berasal dari Geneva, Switzerland. Dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang juga sebuah badan bukan kerajaan yang beribu pejabat di sana. Namun, peperiksaan dan kurikulum IB  diuruskan oleh pejabatnya di Cardiff, United Kingdom. Singapura merupakan ibu pejabat IB kawasan Asia Pasifik. Program ini...

Tuesday, December 6, 2016

Gadget Menyebabkan Autisme???

Jika ada yang berkata, AUTISME TERJADI AKIBAT DARI KETAGIHAN GADGET, salah besar kenyataan tu. Mungkin saya bukan doktor atau seseorang yang terlibat dalam dunia perubatan. Tapi, kami sebagai ibubapa kepada anak istimewa ini,  menyangkal sama sekali tentang pernyataan tersebut. Sebenarnya autisme itu dibawa dari dalam perut ibu lagi. Lahirnya dia, sudah ada sesuatu yang menimbulkan kesangsian tentang keadaan perkembangan si anak. Cuma...

Sunday, November 20, 2016

Outing...2 Al Tirmizi 2016

Pantai Kuala Ibai Syahmi dan rakan sekelas pergi outing kelmarin. Lokasi di Lagoon Kuala Ibai.  Jam 9.00am sampai di lokasi. Kawan-kawan pun dah ramai yang menunggu. Saya tinggalkan dia dengan kawan-kawannya. Mencari breakfast dulu, kemudian misi mengintai-intai anak-anak remaja ini berkumpul dan bermesra. Maklumlah cuti sekolah tinggal seminggu lagi. Tahun hadapan, mereka belum tentu sekelas. Alhamdulillah...bagus tertib pergaulan....

Friday, November 18, 2016

Azami Budak Kacamata Memperoleh 6A UPSR 2016

Azami Budak Kacamata Memang dijangka, dia seorang yang bijak. Bila berada bersamanya, penuh dengan soalan-soalan 'maut'. Kekadang tak terjawab oleh kita yang jauh berusia darinya. Penampilan serius, eye contact masih lemah, muka selamba yang langsung tidak menunjukkan sebarang emosi sama ada suka, sedih dan sebagainya. Azami Menjadi Imam Ketika Solat Dhuha Dalam Perjumpaan Mingguan Sahabat Faqeh Terengganu  Pertama kali bertemu...

Friday, November 11, 2016

Senyap Sat...

Senyap! Minggu depan Syahmi akan menghadapi final exam for 2016. Penting sangat exam kali ni untuk menentukan kedudukan kelasnya di Tingkatan 3 nanti. 2017 Syahmi akan menghadapi PT3. Kedudukan kelas yang baik dengan kehadiran rakan-rakan yang baik juga akan mempengaruhi rentak pembelajarannya bagi menghadapi PT3 tahun hadapan. Semoga dipermudahkan cabaran kali ini. Ibu akan sentiasa menjadi 'guru' dan 'teman' mu di musim-musim peperiksaan...

Thursday, October 20, 2016

Redha ke Oscar...

Filem Redha akhirnya ke Anugerah Oscar sebagai calon dalam kategori Best Foreign Language Film, Feb tahun depan. Tahniah kepada produksi filem tersebut, terutama kepada Pengarahnya,  YM Tunku Mona Riza dan seluruh yang menjayakan filem ini. Kerja keras anda semua berbaloi-baloi. Filem Redha akhirnya dicalonkan ke Anugerah Oscar mewakili negara kita tahun hadapan kategori Best Foreign Language Film. Bukan senang sesebuah filem untuk dipertandingkan...

Tuesday, October 11, 2016

Bukan Saudagar Minyak Angin

Post kali ini bukan bertujuan untuk menjual produk. Hanya berkongsi informasi tentang mereka yang berada dalam kategori autisme ini dikhabarkan sering mengalami masalah kembung perut/perut berangin. Ada pihak yang mengaitkan permasalahan ini berlaku disebabkan oleh faktor 'leaky gut'. Syahmi amat sensitif dengan pemakanan berasaskan produk tenusu mahupun gandum. Reaksinya, masalah kembung perut/perut berangin. Dari usia setahun lagi, kami ibubapanya...

Monday, October 10, 2016

Yan Dah Pergi...Innalillahiwainnailaihirojiun

Bukan sering bertemu pun, hanya sekali, tahun 2012 dulu ketika Majlis Hari Raya Autisme Malaysia. Namun pertemuan di maya hampir setiap hari. Sama-sama 'sekapal', senasib, ibubapa yang mempunyai anak istimewa autisme. Jarak tak menghalang keakraban. Sering bertanya khabar, memberi perangsang, sentiasa cuba memudahkan urusan sahabat senasib. Last sekali conversation antara kami pada 23hb July lalu. Conversation yang 'tergantung', mungkin dia...

Wednesday, October 5, 2016

Vroom, Vroommm....

Jauh berjalan minggu lepas. Tidak dijangka pun, semuanya perancangan last minute. Cuti 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk cuti Awal Muharram. Duduk di rumah pun rasa boring, jadi angkat beg pakaian terus start injin kereta...vroom, vroommmmm Jom Kita.... Destinasi kami tentunya ke Tanjung Malim menziarah anak bujang di sana. Tak lengkap rasanya kalau berjalan-jalan tanpa anak bujang yang itu. Kami memilih perjalanan...

Saturday, September 24, 2016

Abang...

Hampir sebulan Si Abang berhijrah nun jauh di Tanjung Malim, Perak. Alhamdulillah, dia sudah menyesuaikan dirinya dengan suasana baru di sana bersama-sama kawan serumah, sekuliah. Ternyata dia gembira di sana. Sememangnya dia mendambakan kehidupan tanpa keluarga di sisi, menguji kemampuan diri untuk hidup berdikari. Walaupun dia pastinya merindui kehidupan kanak-kanak hingga remajanya di sini, demi untuk mencapai kepuasan dan keyakinan diri,penghijrahan...

Wednesday, September 21, 2016

Penyu Menangis Siapa Yang Tahu...

Juara Yang Hampir Dilupakan... Dulu saya pernah memuja suaranya. Dia pernah bergelar juara dari sebuah pertandingan nyanyian di sebuah saluran TV ternama. Imejnya yang selamba, raut wajah Melayu, tidak terlalu cantik, namun manis tetap miliknya. Suara yang tidak terikut-ikut suara penyanyi wanita lain, mantap dan penuh perasaan. Itu cerita dulu. Kini dia telah berusia lewat 40an. Bukan semua penyanyi bernasib baik sebagaimana Siti Nurhaliza....

Thursday, September 8, 2016

Dia Sudah Remaja...

Kelmarin 7hb September 2016, maka genaplah usia Syahmi 14 tahun. Kini dia sudah berada di usia remaja, makin banyak cabaran yang harus dilalui. Dengan keadaan fizikal yang semakin menjadi-jadi, makin tinggi dan berisi, jerawat tumbuh sebiji-sebiji di muka especially di pipi dan hidung. Emosi juga berubah kini. kekadang dia udah berani mempertahankan diri dari usikan orang lain. Menyuarakan kemarahannya, jika orang lain melakukan sesuatu yang...

Wednesday, August 31, 2016

31 Ogos Kembali..

Hari Kemerdekaan negara kembali lagi. Kalau dulu, kami sekeluarga bercuti berempat ke mana-mana. Kini si abang telah tiada bersama. 'Merdeka'lah kamu melayari hidup sendirian di rantau orang tanpa sokongan keluarga. Rasa sunyi menguasai kami seisi rumah, bagaikan tempang sebelah kaki untuk menapak. Rasa kehilangan yang amat sangat. Ibu terbiasa dengan anak-anak yang sentiasa di sisi. Bila seorang pergi, rasa sedih dan kesunyian melanda. Dulu...

Wednesday, August 10, 2016

Terbanglah Kamu Tinggi-Tinggi....

Kira-kira19 tahun dulu....Syawal Aiman dan Ibu Membicarakan tentang Syahmi merupakan perkara biasa di sini. Bukan disebabkan dia anak bongsu yang lebih dimanjakan, tapi kerana Syahmi seorang anak istimewa yang perlukan perhatian istimewa juga jika dibandingkan dengan Si abang. Namun Si abang tidak pernah dilepaskan dari pandangan mata kami. Ke mana-mana jua masih dalam perhatian. Tidak sewenang-wenangnya keluar rumah sesuka hati. Masih sentiasa...

Wednesday, July 27, 2016

Tetamu Istana

Pengakap Raja merupakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25hb Julai 2016 bersamaan hari Isnin, di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu,  Muhammad Syawal Aiman berusia 20 tahun (abang kepada Syahmi), telah menjadi penerima anugerah Pengakap Raja bersama sebilangan rakan sepasukan yang turut menerima anugerah serupa. Tahniah Aiman, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Perancangan...

Tuesday, July 19, 2016

Majlis Pemuafakatan Pelajar Tingkatan 2 SMK (A) Sheikh Abdul Malek

Melangkah kaki masuk ke kawasan sekolah pada hari ini dengan seribu debaran. Orang lain mungkin boleh senyum lebar dengan keupayaan si anak dalam pembelajarannya di sekolah. Sedangkan kita ibubapa pada anak istimewa, faham sangat tentang keperluan si anak yang sedikit berbeza dengan anak-anak tipikal yang lain. Kekurangan golongan ini menyebabkan si anak istimewa terpaksa bekerja keras dalam menyaingi mereka. Begitulah perasaan ibubapa anak istimewa...

Tuesday, July 12, 2016

Dwi Sambutan...Hariraya Dan Kenduri Kahwin

Ramai-ramai berkumpul di kampung untuk menyambut hariraya. Penat hingga terjelepok rasanya. Menyambut tetamu, kunjung mengunjung sanak saudara, tak kering tangan bagi mereka yang menyediakan makanan di dapur. Bilik air berebut, seterika pun berebut, semuanya lumrah bila adik beradik berkumpul di kampung menjelang hari raya. Penat mengharungi suasana begini namun tetap menggembirakan hati, membuahkan kerinduan hingga kini terhadap sanak saudara. Hariraya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...