6:21 PM

Meraikan kejayaan masing-masing
Syahmi terkanan (berdiri)
Bersama guru-guru dan ibunya
Berdiri dari kiri, YM Tengku Latifah (Guru B.Melayu), Ibu dan Syahmi
Duduk dari kiri, Pn Nor Aida (Guru Mathematik), Ustazah Asnaini (Guru B.Arab)
Syahmi bersama Pengetua Sek Men Keb (A) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd @ Abdul Ghani
Syahmi bersama rakan semenjak dari sekolah rendah, Abdul Rahman bin Azman
Rezeki...
3:52 PM

Redza Rosli (Azali) dan Nad Zainal (Fatonah)
dalam telemovie Fatonah Azali
Terbaik, mantap telemovie Fatonah Azali oleh Tanah Beris Film Production. Mereka membuat penyelidikan, bukan 'tangkap muat' dalam menghasilkan telemovie ini. Nad Zainal dapat membawa watak seorang autisme remaja yang bernama Fatonah dimana akhirnya berkahwin dengan seorang pemuda bernama Azali, watak yang dipegang oleh Redza Rosli.
Pengorbanan seorang anak muda...
7:33 PM

Minggu ini kita belajar erti menggalas amanah dan bertoleransi Syahmi. Bila terima khabar berita orang kampung di Perak nak datang menziarah kita di Terengganu, alangkah gembiranya kami.
Perkara pertama sekali tindakan kami, mestilah mengemas rumah. Syahmi memang dah lama perasan ibunya akan pegang 'penyapu' dulu bila saudara mara nak datang bertandang. Pegang 'penyapu' membersihkan lantai, membuang habuk, membersihkan sarang lelabah yang bergayutan...
6:17 PM

Kenang-kenangan mereka bersama (Tingkatan 3 Al Tirmizi)Jamuan diadakan di rumah salah seorang rakan sekelas Adila Azmal di Kpg Atas Tol
Jamuan perpisahan di sekolah, meraikan guru-guru yang berpenat-lelah mengajar mereka
Sekejap rasa, setahun sekelip mata. PT3 telah selesai, tahun depan menunggu dengan cabaran baru. Apa-apa pun kena tunggu result PT3 untuk mengetahui hala tuju seterusnya. Pelan-pelan kayuh Syahmi, doakan kehadiran kawan-kawan...
6:18 PM

Boeing A380
Dari awal tahun lagi dah didengari beberapa kali dia meminta untuk ke KLIA bagi melihat sendiri kecanggihan pesawat Boeing A380 MAS. Hanya sekadar melihat dari jauh katanya. Bukan untuk merasai pengalaman menaikinya.Huhuhu...pengsan ayah kalau nak naik pesawat ini, ribu-ribuan tentunya, perjalanannya jauh...ke London.
Kenapa pesawat ini istimewa di matanya? Besar, 2 tingkat, 500 penumpang sekali fly. MAS juga memiliki beberapa...
4:53 PM

Hari pertama PT3 yang lalu....ibu memerhati kamu dari jauh
Bukan mudah untuk menyedarkan masyarakat tentang kehadiran insan-insan autisme di sekeliling mereka. Keperluan mereka, kelainan yang ada, kecenderungan dan sebagainya. Kita mewakili golongan minoriti, tentulah amat sukar untuk memberi kefahaman kepada masyarakat luar secara total.
Umpamanya, dengan kewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sesebuah sekolah harian...
9:12 PM

Hanya pada Mu Ya Allah....
ALHAMDULILLAH...tamat sudah PT3 2017. Kertas akhir Bahasa Arab 8.00am hingga 10.00am tadi. Kelihatannya raut muka Syahmi manis terpampang ketika keluar dari bilik peperiksaan. Mungkin berpuas hati menjawab soalan kertas Bahasa Arab yang merupakan subjek yang paling diminatinya.
Syukur sangat atas kurniaan-Nya, kesihatan si anak yang sangat baik sepanjang bulan-bulan terakhir menjelangnya peperiksaan, kelas-kelas...
1:47 PM

Aamiin....
Esok PT3 bermula. Ya Allah ya Tuhan ku, telah habis daya buat kami ibubapanya, guru-gurunya untuk memberi ilmu pada Muhammad Syahmi Asyraff Bin Samsul Muariff. Kami serahkan segalanya kepada Kamu Ya Rabb. Semoga Engkau kurniakan ketenangan hati buat dia menghadapi Peperiksaan PT3. Permudahkanlah urusannya.
Semoga, kecemerlangan menjadi miliknya, juga milik rakan-rakannya dan menjadi manfaat kepada ummah di masa akan datang. Sesungguhnya...
2:00 PM

Bas Kite.....
Autisme dan obsessi, tidak boleh dipisahkan. Masing-masing dengan obsessi terhadap sesuatu perkara/objek yang menarik perhatian mereka. Kita yang biasa ni tidak ambil kisah sahaja, tapi bagi mereka perkara/objek berkenaan amat mengasyikkan, bernilai dan perlu diteroka lebih lanjut.
Kalau dulu, di awal usianya dari 6-12 tahun. Syahmi amat berminat dengan dunia astronominya. Segala nama planet dihafalnya, fakta-fakta penting diintai...
3:23 PM

Haddul, Ayah Syahmi, Syahmi
Sekali pandang, tiada bezanya antara Syahmi dan Haddul. Mereka rakan setingkatan, 3 Al Tirmizi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Ketinggian lebihkurang sama, cuma berbeza sedikit disebabkan Syahmi yang bertubuh gempal berbanding Haddul yang agak kurus.
Lepas menghadiri kelas tambahan, sempat kami 'kidnap' Haddul dari asrama sekolah untuk ke bowling center atas permintaan...
11:08 AM

Allahyarhamah Erda Zuliana
Seorang yang disayangi oleh anak-anak istimewa kerana khidmat baktinya. Seorang ahli Terapi Cara Kerja, kerjaya yang amat sesuai dengan personalitinya. Lemah lembut, senyum sentiasa. Disenangi anak-anak syurga dan ibubapanya, majikan, sahabat dan taulan, apatah lagi keluarganya.
Sabtu, bersamaan 23hb Sept 2017 dikhabarkan berita sedih tentang pemergiannya oleh para kenalan 'sekasut'. Pemergiannya kira-kira 4.40pm...
7:09 PM

Keratan akhbar keesokkan harinya berkenaan seminar "Anak Istimewa Satu Anugerah"
Beberapa kali menjadi panel program yang seumpamanya, membuatkan saya tidak lagi gementar dengan suasana. Boleh tidur mlam seperti biasa walau esoknya akan berkongsi pengalaman di hadapan orang ramai. Tak perlu skrip yang bertulis. Cukup sekadar mengetahui soalan-soalan yang akan dikemukakan supaya kita tahu skop jawapannya supaya tidak berjela-jela bercakap...
8:46 PM

Lama saya tak menjenguk ke sini. Bukannya disengajakan, cuma laptop yang 'meragam'. Banyak moment penting tentang Syahmi tak dapat saya update lately. Cuti sekolah hari tu, kalau tak silap 25hb-26hb Ogos 2017 (Jumaat dan Sabtu), kami hantar dia menyertai Kem PT3 Berita Harian di UMT, Gong Badak.
Tak ramai kawan-kawan sekolahnya yang menyertai kem berkenaan. Tapi saya tetap menuruti kehendaknya supaya dapat merasai pengalaman bersama pelajar lain...
9:53 PM
011K111, cantikkan? Kebetulan yang menakjubkan. Itu dia angka giliran Syahmi sebagai calon PT3 2017 (Nombor tertera sebenarnya bukan angka giliran yang lengkap). Mungkin kamu tak se cerdik calon-calon yang lain. Tapi kamu satu-satunya calon istimewa sekolah.
Angka giliran pun istimewa sebagaimana kamu yang istimewa. Semoga beroleh kejayaan, namun usaha perlu diteruskan. Masih ada 50 hari lebihkurang untuk mempersiapkan diri menghadapi PT3. Keputusan trial hari tu, menampakkan peningkatan yang lebih baik.
Semoga Allah...
12:40 PM

PT3 makin dekat, dua bulan sahaja lagi. Kelas tambahan hingga ke petang. Kerja kursus PT3 juga mendesak. Kerja kursus IB pun bertimpa-timpa. Kerja Kayu KH, Ujian Segak, semua datang dalam masa yang sama. Kesian dia, letih sangat nampaknya. Tidur malam lena, letak kepala di bantal terus bermimpi hingga ke negeri China lagaknya. Pada halnya, kerja sekolah masih banyak yang belum diselesaikan.
Apa yang ditanggungnya kini memang berat jika dibandingkan...
3:14 PM

Syahmi
Selesai sudah dia berpuasa sunat enam kelmarin. Pertama kali dalam hidupnya dia menunaikan ibadah sunat yang ini. Walau panas terik menghantui kami di Kuala Terengganu, tetap digagahi jua untuk melakukan puasa sunat ini dengan redha. Alhamdulillah....hari ini dia menyambut Raya 6.
Ibu pernah memujuk dia untuk tidak berpuasa 6 ketika hari-hari persekolahan memandangkan cuaca yang panas terik sekarang juga cabaran menyaksikan...
11:13 PM

Jumaat, 23hb Jun 2017, perjalanan kami dari Kuala Terengganu bermula jam 2.30am menuju ke Kuala Kangsar untuk menyambut hari raya Aidil Fitri di kampung. Melewati jalan raya Timur-Barat beberapa jam, kami singgah sebentar di Kpg Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar bagi menziarah sahabat yang kehilangan anak tunggal mereka beberapa hari sebelum Ramadhan. Dingin suasana ketika itu, kami sampai di sana kira-kira jam 8.00am.
Genap sebulan pemergian...