3:40 PM
|
Sayang menyayangi antara adik beradik... |
Menurut kata mereka anak bongsu sensitif orangnya, sukar menerima kekalahan, sukar bertolak ansur, lemah dalam membuat keputusan kerana sering bergantung pada ibubapa. Namun, golongan ini juga dikatakan pemaaf orangnya, baik hati juga girang dalam kehidupannya.
Syahmi anak bongsu kami. Syahmi hanya ada seorang abang. Jarak umur antara mereka 6 tahun menyebabkan pergaulan mereka ada kalanya tidak seirama. Syahmi juga cucu bongsu dalam keluarga kami. Sepupunya juga bukan lagi saing untuknya bermain kerana semuanya telah bekerjaya dan berumahtangga.
Sekali sekala, teringin nak tengok Syahmi anak bongsu kami melayan kanak-kanak lain sebagaimana adik beradiknya. Biasanya dia tidak 'mengganggu' orang lain namun kurang senang jika minatnya 'diganggu'. Raya tahun ni ketika bertandang ke rumah sahabat, saya suka tengok Syahmi dengan 'adik-adik' berkongsi minatnya yang satu - main game.
|
Agaknya inilah yang ditanya si kecik tu pada Abang Syahmi... |
|
Awek nak tumpang sekaki..... |
|
Si comel nak main sama, boleh ke Abang Syahmi? |
Bertuahlah mereka-mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai. Tidak secara langsung boleh meningkatkan kematangan anak-anak dalam pergaulan bermula dari rumah lagi. Bagi pasangan yang masih dalam fasa 'produktif ', jangan tangguh-tangguh lagi untuk meramaikan bilangan ahli keluarga masing-masing. Saya dah terlambat, menyesal pun udah tidak berguna....hihihi
|
Meriah bila mempunyai adik beradik yang ramai |
10:36 AM
|
Bubble Wrap... |
|
Masih kurang jelas??? |
|
Yang muda mahu pun yang tua, dalam diam suka melakukan
aktiviti ini.....hihi |
Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak. Seperti yang kita tahu, anak-anak autisme kebanyakannya mengalami masalah lambat menulis, mewarna, menggunting, menggenakan butang, mengikat tali kasut dan sebagainya. Ini disebabkan kemahiran motor halus mereka tidak terangsang dan perlu dipupuk seperti melakukan aktiviti 'play doh' dan sebagainya.
Apa kata kita guna semula 'bubble wrap' yang mudah didapati dalam kotak-kotak bungkusan supaya dapat memberi faedah kepada anak-anak kita. Lakukan aktiviti seumpamanya di awal usia supaya bila mereka melangkah ke alam persekolahan nanti, tiada lagi rungutan 'lenguh tangan' apabila hendak menulis.
Usah sibuk mendapatkan alat bantu yang mahal-mahal sahaja. Elakkan pembaziran, guna semula bahan-bahan yang boleh dimanfaatkan....Ingat, GUNA SEMULA! Tuhan Sayang, Jimat Wang!
9:02 PM
Kali ini kami beraya di tempat orang. Walau udah 20 tahun menetap di Kuala Terengganu, inilah kali pertama kami menyambut 1 Syawal di sini. Kebiasaannya kami tetap akan beraya di kampung walau apa jua halangannya. Tengah malam sekali pun, tetap kami gagahi merentasi Lebuhraya Timur Barat untuk menuju ke Kuala Kangsar, Perak.
Bukan tak rindu pada kaum keluarga, bukan juga tak ingat pada mak yang sudah tua di kampung. Namun semakin besar anak-anak, ada kalanya menuntut pengorbanan dari ibubapanya. Biarlah kali ini 1 Syawal disambut sedikit berbeza dari yang dulu-dulu.
Sunyi rasanya kerana tiada saudara mara untuk berebut bilik air seperti di kampung. Segalanya seperti hari-hari biasa, kami berempat beranak membuat persiapan secara ala kadar sahaja. Tiada yang istimewa. Hanya ketupat rendang yang tersedia, bersama beberapa jenis 'biskut tunjuk' yang mudah untuk mendapatkannya.
|
Sebelum ke masjid.... |
|
Ampun dan maaf dipinta dari ayahanda..... |
|
Beraya di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.... |
|
Posing sakan dia.... |
|
Syawal & Syahmi....mereka dua beradik
|
|
Rambang mata memilih makanan kegemarannya....
maklumlah jamuan istana |
|
Syahmi 'bersantap'....pinjam bahasa istana |
|
Menerima cenderamata dari Tuanku ...terima kasih kerana memberi
peluang rakyat jelata merasai suasana bak syurga di sana (syurga dunia) |
|
Cenderahati dari istana.... |
|
Indah nian Istana Syarqiyyah |
Pertama kali menjejakkan kaki ke istana ini, amat mengagumkan bagi sesiapa yang berkunjung dan melihat rekabentuk juga hiasan dalamannya. Warna hitam putih menjadi pilihan, menampakkan istana bersemayamnya Tuanku Sultan Terengganu ini masih mengekalkan ciri-ciri lama yang amat padan kelihatannya apabila disatukan dengan hiasan-hiasan moden.
Kami juga sangat bernasib baik kerana diberi peluang untuk bersalaman dengan Duli Tuanku berdua bersama-sama anakanda-anakanda baginda. Namun tetamu tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Cantiknya kerabat diraja di pagi raya ini dengan berpakaian sedondon berwarna hijau.
Dirgahayu Tuanku Sultan serta Selamat Hari Raya...
6:19 AM
SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1435H DENGAN PENUH KEINSAFAN. AMPUN DAN MAAF DIPINTA BUAT SEMUA SERTA UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KERANA SUDI MENGUNJUNGI LAMAN INI SERTA BERSAMA-SAMA BERKONGSI INFO TENTANG DUNIA AUTISME DI AUTISM A GIFT FROM HEAVEN.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA..........
5:35 PM
Shopping sakan masyarakat kita bila Ramadhan telah menghampiri ke penghujungnya. Sana sini berkerumun manusia berpusu-pusu membeli belah kelengkapan untuk merayakan 1 Syawal. Saya pun pergi shopping juga, shopping ke kedai-kedai buku sahaja nampaknya.
|
Pilih saja publisher yang mana yang mengeluarkan buku-buku
terbaik untuk si anak..... |
Saya malas nak layan mood raya tahun ini supaya kami dapat sama-sama merasai bahang UPSR. Hanya latih tubi saja yang dapat membantu murid ketika ini. Semakin hampir dengan hari peperiksaan, tugas ibubapa kena lebihkan masa memastikan si anak membuat latih tubi atau turun padang untuk membuat latih tubi secara bersama.
|
Macam-macam publisher ada....
Sasbadi Publications menawarkan bulu-buku latihan yang terbaik! |
Sasbadi ada, Didik ada, MBP pun ada....macam-macam pilihan, buku-buku dari publisher yang menjadi rebutan di kalangan murid-murid sekolah. Namun persoalannya, mampukah kita sebagai ibubapanya memujuk si anak untuk mengulangkaji pelajarannya? Jika anak tipikal sekali pun, bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mereka fokus terhadap pelajaran sahaja. Biasalah budak-budak, mereka juga perlu bermain, perlu merehatkan minda. Mereka juga ingin bermain bunga api di musim raya ini!
Saya dulu-dulu pun sama. Mak/Ayah beri nasihat " Belajar elok-elok" tapi saya buat-buat tak tahu. Pemikiran belum cukup matang, belum tahu kepentingan pelajaran dalam mencorakkan masa depan. Kekadang rasa bersalah pada anak istimewa saya kerana seolah-olah saya telah membebankannya dengan tanggungjawab untuk belajar dan menghadapi peperiksaan seperti anak-anak tipikal.
|
Biar ibu yang bawa buku nota ke mana-mana....... |
Namun pendekatan untuk anak istimewa berbeza dengan anak yang tipikal. Biasanya ibubapa lebih arif tentang anak masing-masing. Mereka tidak harus dipaksa, sebaiknya dipujuk dengan lembut. Kalau dia enggan membawa buku nota ketika berjalan ke mana-mana, biar ibu yang ambil alih tugas itu. Biar ibu yang kepit buku nota. Sekali sekala ibu buka buku nota, boleh berkongsi dengan si anak. Jangan bosan Syahmi, ibu mu akan berusaha tanpa jemu demi masa depan kamu....
6:30 AM
Sekarang kita hampir berada di pertengahan Julai 2014, maknanya UPSR hanya tinggal kurang dari 2 bulan sahaja lagi iaitu pada bulan September nanti. Syahmi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya dalam mengulangkaji pelajaran. Rakan yang lain sibuk dengan group discussingnya, stayback hingga ke petang di sekolah mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Tapi anak ku tidak.
|
Leka bermain 'games'.... |
Dia lebih suka balik ke rumah dengan lappynya. Jika dibiarkan, maka lekalah dia dengan 'games' yang tidak berkesudahan. Keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya yang lalu 4A 1B. Nampak seperti boleh tahan, not bad. Tapi hakikatnya sesuatu perlu dilakukan kerana hampir kesemua 'A' yang diperolehi hanya 'A'-80% ke atas. Orang kata, cukup-cukup makan sahaja.
Syahmi sangat memerlukan ibu untuk membantunya, menegur kesilapannya, menyedarkan dia dari tidur lena. Sedangkan ibu sejak kebelakangan ini banyak terjebak dengan projek kemasyarakatan. Nampaknya, ibu dah hampir lupa pada keperluan Syahmi. Ibu dah lupa Syahmi bukan anak tipikal yang boleh berdikari seperti rakan-rakannya.
Temu murni yang lalu, Guru Kelas Syahmi ada memperingatkan saya bahawa prestasi Syahmi agak menurun jika dibandingkan dengan dulu. Sebenarnya, sebagai ibu saya tahu prestasinya mengalami kemerosotan disebabkan kurangnya membuat latihan jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.
Nampaknya, ibu yang kena berubah terlebih dahulu. Ibu kena mulakan dari rumah bagi mendisiplinkan Syahmi untuk membuat latih tubi. Memang ramai yang berkata, "Alahhh.... UPSR tak bawak ke mana pun". Tapi bagi saya, untuk meningkatkan keyakinan diri si anak, keputusan UPSR yang cemerlang sangat penting buatnya. Saya percaya pada kemampuannya yang sebenar.
Masih tidak terlewat lagi rasanya, mulakan tindakan dari sekarang....Jom Syahmi!
|
Tenangkan diri, jangan lalai lagi Syahmi..... |