2:14 PM
|
Syahmi dengan algebranya..... |
Tahun lepas, dia di Tingkatan 1. Mula diperkenalkan topik algebra untuk subjek Matematik. Tahun ini dia telah berada di Tingkatan 2. Algebra datang lagi dengan penyelesaian yang lebih rumit. Setakat ini dia boleh faham dengan pengajaran guru di sekolah.
Bila buat kerja sekolah di rumah, dia akan berbincang dengan ibu penyelesaian ungkapan algebra. Ibu hanya angguk kepala tanda setuju walau sebenarnya ibu tak faham sikit habuk pun topik tu. Ibu dari zaman sekolah lagi kurang berminat dengan Matematik.
Namun, ibu tetap meraikan anak ibu. Tunjukkan kecaknaan ibu dalam menyokong usaha si anak menguruskan pembelajarannya. Berlakonlah demi menyenangkan hati si anak. Hargai kemahuannya, barulah terbit keyakinan diri. Kalau bukan kita ibubapanya, siapa lagi?
Tapi, ibu bangga dengan pencapaian si anak dalam subjek Matematik. Jauh lebih baik dari ibu dulu-dulu....good job Syahmi.
8:54 AM
Subhanallah.....mereka dilahirkan berbeza. Kita melabelkan mereka sebagai 'kecacatan', sedangkan mereka makhluk ciptaan-Nya dengan pelbagai kelebihan. Cuma kita tidak berusaha mencari kekuatan yang ada pada golongan ini. Lalu mereka dipandang rendah, mereka dipandang sepi dalam masyarakat.
Sesungguhnya, segala ciptaan-Nya tiada yang sia-sia. Marilah kita sama-sama menyantuni insan-insan istimewa ini. Yang kurang dibantu sementara kelebihannya dicari untuk dimanfaatkan. InshaAllah...janji Allah itu pasti.
6:07 PM
Nyamuk, walaupun kecil tapi kesannya boleh menjadi kes serius apabila menggigit manusia. Ada yang gatal-gatal dibuatnya, ada pulak yang dalam diam menggigit, tahu-tahu demam panas kemudiannya, hilang selera makan hingga ada yang meragut maut. Sekarang kami di Terengganu berjaga-jaga dengan wabak denggi. Beberapa kes kematian dilaporkan (7 kes kematian setakat ini) akibat dari demam denggi dalam tahun 2016 ini sahaja. Maksudnya, pembawa wabak ini perlu diperangi secara besar-besaran, iaitu nyamuk aedes.
2 jenis nyamuk Aedes yang menjadi pembawa virus denggi dimana wabak ini masih tiada lagi penawarnya hingga kini. Ciri-ciri tertentu dapat membezakan antara Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus iaitu di bahagian kepalanya :
|
Perbezaan ketara di bahagian kepala kedua-dua jenis nyamuk ini |
1. AEDES AEGYPTI (nyamuk rumah) - berwarna coklat gelap ke hitam, tanda putih-perak berbentuk kecapi di kepala, berbelang-belang seluruh badan , berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Bertelur dan membiak dalam bekas-bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
|
Nyamuk Aedes Aegypti |
2. AEDES ALBOPICTUS (nyamuk kebun) - terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan. Terdapat di kawasan perumahan, kebun dan di hutan. Membiak di bekas alamiah seperti lubang di pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan, nenas dan sebagainya.
|
Nyamuk Aedes Albopictus |
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih samada di dalam mahupun di luar rumah. Tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah dan baldi merupakan lokasi yang perlu diambil perhatian supaya aedes tidak membiak di sana.
Jom pakat-pakat jaga kebersihan sekitar rumah masing-masing.