A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, July 27, 2016

Tetamu Istana

Pengakap Raja merupakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25hb Julai 2016 bersamaan hari Isnin, di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu,  Muhammad Syawal Aiman berusia 20 tahun (abang kepada Syahmi), telah menjadi penerima anugerah Pengakap Raja bersama sebilangan rakan sepasukan yang turut menerima anugerah serupa. Tahniah Aiman, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Perancangan...

Tuesday, July 19, 2016

Majlis Pemuafakatan Pelajar Tingkatan 2 SMK (A) Sheikh Abdul Malek

Melangkah kaki masuk ke kawasan sekolah pada hari ini dengan seribu debaran. Orang lain mungkin boleh senyum lebar dengan keupayaan si anak dalam pembelajarannya di sekolah. Sedangkan kita ibubapa pada anak istimewa, faham sangat tentang keperluan si anak yang sedikit berbeza dengan anak-anak tipikal yang lain. Kekurangan golongan ini menyebabkan si anak istimewa terpaksa bekerja keras dalam menyaingi mereka. Begitulah perasaan ibubapa anak istimewa...

Tuesday, July 12, 2016

Dwi Sambutan...Hariraya Dan Kenduri Kahwin

Ramai-ramai berkumpul di kampung untuk menyambut hariraya. Penat hingga terjelepok rasanya. Menyambut tetamu, kunjung mengunjung sanak saudara, tak kering tangan bagi mereka yang menyediakan makanan di dapur. Bilik air berebut, seterika pun berebut, semuanya lumrah bila adik beradik berkumpul di kampung menjelang hari raya. Penat mengharungi suasana begini namun tetap menggembirakan hati, membuahkan kerinduan hingga kini terhadap sanak saudara. Hariraya...

Sunday, July 3, 2016

Raya Makin Dekat...

Opah di kampung Bila raya kian menjelma, inilah seruan yang sentiasa mengiang-ngiang telinga anak-anak, cucu cicit supaya balik ke kampung. Seorang  nenek tua yang lebih mesra dipanggil Opah. Setelah Tok meninggal 3 tahun lalu, Opah bersendirian melalui hari-hari tuanya di kampung. InshaAllah, kami semua akan balik nanti. Jangan risau Opah. Walau tiada lagi upayanya untuk menyediakan hidangan lemang dan rendang, kami tetap gembira Opah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...