7:57 AM
|
Ini dia Bubur Lambuk Ganu Kita |
Bila bulan puasa tiba, maka kita akan teringatkan Bubur Lambuk. Orang di Kuala Lumpur terkenal dengan Bubur Lambuk Kpg Barunya.......namun kami di Kuala Terengganu juga ada Bubur Lambuk Masjid Abidin yang sedap rasanya. Hinggakan anak istimewa saya, Syahmi yang amat cerewet tentang pemilihan makanan pun mengakui kelazatannya.........sedapppp. Cuma sayuran di pilih-pilih, mana yang sesuai habis dimakannya, yang lainnya di tolak ke tepi, untuk ibu katanya.
Saya nak kaborkan juga, Bubur Lambuk Ganu Kita kena ada beraneka sayuran kampung yang dicampurkan sekali menjadikan ianya lebih berkhasiat. Pucuk paku merah, daun kaduk, pucuk asin-asin, daun kesum mesti ada. Kalau tidak ....tak sah namanya Bubur Lambuk Ganu kita.
|
Paku Merah |
|
Daun Kaduk |
|
Daun kesum |
|
Pucuk Asin-asin ( Orang Ganu panggil Pucuk Cekur Manis) |
Kalau citer panjang-panjang pun tak guna kalau tak disertakan bersama resepinya. Semoga ruangan masakan saya kali ini tidak sia-sia. Kalau yang rajin nak mencuba....silakan. Nak yang free mai datang Masjid Abidin di Kuala Terengganu sepanjang bulan Ramadhan tiap-tiap tahun......
1 cawan beras
1 biji ubi keledek dipotong dadu
8 ekor ikan selayang (400g)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 ikat pucuk paku merah
2 tangkai daun kaduk
2 tangkai daun kesum
2 tangkai pucuk asin-asin (Cekur Manis)
1 batang serai (jika suka)
1 helai daun kunyit
2 cawan santan pekat
1 sudu besar Budu
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara-caranya: Potong semua sayuran, serta bersih dan toskannya. Kisar bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Rebus ikan sehingga masak dan kemudian sejukkannya. Asingkan isi ikan daripada tulangnya. Hancurkan isi ikan tersebut. Bersihkan beras, masukkan beras dalam periuk bersama-sama air untuk dimasak hingga menjadi bubur. Masukkan ubi keledek dan masak sehingga empuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang telah dikisar tadi. Masukkan isi ikan, sayuran, santan, garam, gula, budu(jangan dilupa) serta air secukupnya. Kacau sehingga sekata.
SELAMAT MENCUBA....
6:46 PM
|
Perbezaan otak antara kanak-kanak lelaki autisme dengan yang normal
|
Para saintis dari NIH-UCSD School of Medicine Autism Center of Excellence, La Jolla, California, di Amerika Syarikat melaporkan menerusi JAMA (Journal of the American Medical Association) bahawa anak-anak lelaki autisme mempunyai otak yang lebih berat /besar serta extra neurons di prefrontal korteks iaitu 67% lebih banyak jika dibandingkan dengan anak-anak normal.
Prefrontal Korteks merupakan bahagian otak yang mengawal perkembangan interaksi sosial, komunikasi serta perilaku yang terbatas dimana menjadi kekangan utama bagi insan autisme secara keseluruhannya.
|
Bahagian Prefrontal korteks
|
Tujuan saya hanya untuk berkongsi maklumat bahawa anak-anak lelaki autisme rata-ratanya mempunyai ciri-ciri abnormal yang dinyatakan di atas. Semoga para saintis sentiasa mendapatkan penemuan baru supaya autisme dapat ditemui punca dan penawarnya. Sesiapa yang berminat dengan topik ini boleh melayari www.cosmosmagazine.com di bawah 'Autistic brains are heavy with extra neurons'. Wallahualam...
|
Jangan salah faham yang ini 'Brain Coral'
(sekadar hiasan) |
10:45 AM
Ketam berjalan mengiring sesuai dengan fitrah semulajadi kurniaanNya. Cuma masyarakat kita yang pandai-pandai menjadikannya sindiran dalam bentuk perumpamaan "seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul". Bermaksud sesiapa yang memberi tunjuk ajar pada orang lain sedangkan diri sendiri juga melakukan kesilapan yang sama tanpa disedari.
|
Mengiring, senget dan orang Perak kata ngempor....allignment lari.....hehehe |
Anak autisme amat lurus pemikirannya. Mereka tidak pandai untuk 'berbohong sunat' seperti kita kebiasaannya. Walaupun hakikat sebenarnya, agama juga melarang kita untuk berbohong cuma diizinkan dalam keadaan tertentu seperti menutup keaiban seseorang umpamanya. Namun sebagai ibubapa kita bukan berniat hendak menjadi ibu/ayah ketam, kekadang dalam keadaan tertentu kita terpaksa menimbangkan faktor-faktor lain yang harus diberi priority bagi memastikan keselamatan anak-anak.
Di bulan Ramadhan umpamanya, saya kurang bersetuju pihak sekolah mengadakan kelas Kafa di sebelah petang disebabkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, kekadang hujan lebat beserta ribut petir serta kekadang pula panas terik sampai lewat petang. Rasa belas saya melihat anak saya bertunggu tangga di sekolah sejak jam 7.30am hingga 3.30pm setiap hari dengan keadaan lapar dan dahaganya. Jika berlaku ribut petir pula kemana agaknya dia nak mengadu sedangkan anak autisme saya amat sensitif dengan petir.
Saya pernah 'slow talk' dalam ertikata memujuk anak syurga supaya dia tidak pergi ke kelas Kafa di sebelah petang bulan Ramadhan ni kerana ramai murid yang tidak hadir ke kelas tersebut pada kelazimannya. Bermulalah episod ibu/ayah ketam mengajar anaknya berjalan betul.........Namun ditolak mentah-mentah oleh anak saya dengan alasan tidak baik untuk ponteng kelas walaupun hakikatnya kawan-kawan lain juga ramai yang tidak datang. Dia langsung tidak merungut tentang susah payah mahupun penat untuk ke kelas Kafa di sebelah petang.....malah keadaannya seperti biasa seperti bulan-bulan sebelumnya. Baginya Rejab ke... Syaaban ke... Ramadhan ke...tugasnya sebagai murid adalah seperti biasa.
|
Tertidur......keletihan |
Sesungguhnya memang prinsip inilah yang dituntut agama, walau di bulan puasa kita seharusnya menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Kekadang saya tertanya-tanya, salahkah kami sebagai ibubapa merasa belas pada anak yang mengharungi suasana berpuasa dengan panas terik sedangkan ramai di antara rakan sebayanya telah berehat-rehat di rumah kerana ponteng kelas.
Mungkin ini yang dinamakan 'over protecting' ibubapa sedangkan si anak istimewanya sedang membuktikan diri.....aku juga sama seperti anak-anak normal yang lain malah kekadang menjadi lebih baik dari rakan-rakannya! Malu tersipu-sipu pada diri sendiri rasanya......jangan salahkan ketam yang hanya mengikuti fitrahnya........muhasabah diri dulu. Ibubapa juga kadang kala tersilap perhitungan.....semoga di lain kali tiada lagi sang ketam dipersalahkan.
5:13 PM
|
Professor Kristina Aldridge |
Menurut sekumpulan saintis dari Universiti Missouri nun di Amerika Syarikat....katanya karakteristik wajah anak-anak autisme mempunyai perbezaan dengan anak normal. Professor Kristina Aldridge selaku peneraju kumpulan saintis tersebut menyimpulkan bahawa perkembangan otak dan wajah yang seiring semenjak di embrio lagi hingga remaja menyebabkan ianya saling mempengaruhi.
Tiga ciri fizik yang ditemukan pada raut wajah anak-anak autisme ialah:
1. Memiliki bahagian atas wajah yang lebar dengan jarak antara mata yang lebih luas.
2. Bahagian tengah wajah yang lebih pendek (sempit), termasuk pipi dan hidung.
3. Memiliki mulut dan philtrum, area antara hidung dan mulut yang lebih lebar.
Kumpulan saintis ini menjalankan analisis keatas 64 wajah anak-anak lelaki autisme dan 41 anak-anak lelaki normal yang berusia lapan hingga dua belas tahun. Dengan mengguna kamera sistem 3 dimensi lalu dipetakan 17 titik pada wajah, seperti sudut mata.
|
Antara imej komputer yang dihasilkan dengan menggunakan kamera sistem 3 D |
|
Titik-titik pemetaan yang dihasilkan |
Penghitungan geometri dilakukan kepada keseluruhan wajah menggunakan 17 titik-titik tersebut yang menunjukkan terdapat karakteristik yang berbeza antara anak-anak autisme jika dibandingkan dengan anak-anak normal.
Wallahualam........saya hanya menyampaikan menurut kefahaman saya melalui carian di internet tentang topik ini. Walaupun ianya tidak 100% tepat, namun tidak salah rasanya kita untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kerana pencarian ilmu itu tiada penghujungnya. Selagi dicari, semakin terasa betapa kurangnya kita dengan rahsia tersembunyi yang maha Esa terhadap makhluknya......
|
Adakah Syahmi memiliki ciri-ciri tersebut? |
12:32 PM
Kalau dipaksa melakukan sesuatu pekerjaaan, biasanya hasil yang diperolehi kurang memuaskan. Namun dalam kes-kes tertentu jika paksaan diambil sebagai cabaran, kadang kala hasil yang terbaik pula akan tercipta.
Lihatlah aksi-aksi terbaik dari 'model paksaan' kami. Photo-photo dari photographer keluarga yang tak bertauliah dan kebanyakannya pakai redah jer namun hasil tidak kurang hebatnya. Bukan senang nak menangani mood anak istimewa kami Muhammad Syahmi Asyraff.......Siapa sangka 'model paksaan' kami seorang anak autisme! Kekangan semulajadi yang ada padanya seperti masalah eye contact, semuanya di tolak ketepi bila berhadapan dengan kamera....Tiada ganjaran diberi cuma sebagai kenangan sebab ayah tahu, bila kamu besar nanti.....kenangan sepertinya tidak lagi berulang....
|
Mood cukup baik.... |
|
Merajuk ke? |
|
Curi-curi pandang! |
|
Kelakarnya.... |
|
Bersahaja... |
Inilah antara aksi-aksi sepontan Syahmi ketika berhadapan dengan kamera di Terengganu Equestrian Resort , Kuala Terengganu pada 20.07.2012 jam 11.30am dalam usia 10 tahun.
7:22 AM
Ramadhan datang lagi.....anak-anak yang pernah berpengalaman berpuasa sebelumnya amat teruja bila ketibaan bulan yang penuh berkat ini. Walaupun hakikat sebenarnya mereka belum lagi diwajibkan berpuasa. Berbeza dengan segolongan mereka yang dah besar panjang terutamanya remaja juga tidak ketinggalan bapak-bapak 'hina' yang bersedih bila Ramadhan datang hanya kerana ketagihan rokok sebatang dua......
Walaupun anak istimewa, Syahmi tetap dilatih berpuasa ketika berumur 6 tahun. Alhamdulillah......tahun 2011 ketika umurnya 9 tahun Syahmi telah mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Tiada bezanya dengan anak normal lain, dia juga mampu bangun bersahur di pagi hari juga ke sekolah seperti biasa.
Hari ini Syahmi kembali sibuk menggilap semula penghafalan niat berpuasa juga berbuka puasa sebagai persediaan untuk esok hari dan seterusnya. Semoga dipermudahkannya...
|
Niat berpuasa |
|
Niat berbuka puasa
|
|
Jom kita menghayatinya! |
Ampun dan maaf dipinta jika saya terkasar bahasa kepada pengunjung laman ini, semoga Ramadhan tahun ini kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya....InsyaAllah.
7:46 AM
Autisme, Slow Learner, Dowm Syndrome dan yang sewaktu dengannya juga dikategorikan Orang Kelainan Upaya. Sedangkan stigma masyarakat selalunya mengarah hanya pada mereka yang kekurangan dari segi fizikal sahaja yang dikategorikan sebagai OKU.
|
Dia juga tidak mahu mengalah.....mengapa kita? |
Dulu saya memang gerun dengan 'title' ini. Tidak terlintas bahawa suatu ketika saya juga akan memiliki zuriat yang tergolong dalam 'title' tersebut. Saya lupa kuasa Allah yang menentukan segalanya.....hinggakan kita yang segar-bugar ini pun jika telah ditakdirkan untuk memegang 'title' tersebut maka tidak mustahil juga akan ditarik balik kesempurnaan yang ada dengan pelbagai cara. Jadi, mengapa harus digeruni 'title' tersebut?
Bagi Syahmi, konflik bermula apabila pertama kali menjejakkan kaki ke mainstream. Namanya lagi budak-budak......ramai rakan sekelas yang bertanya kenapa awak bersekolah dengan 'budak cacat' (Pendidikan Khas) dan pelbagai lagi versi persoalan yang sebenarnya hasil rasa ingin tahu mereka tentang kekurangan Syahmi yang tidak nampak di mata kasar.
|
Malu kerana dirinya diejek! |
Ketika Syahmi bersekolah Tahun 1 di mainstream, Syahmi lebih suka menggunakan tandas di blok Pendidikan Khas disebabkan faktor kebersihan. Pernah saya ternampak dia berlari-lari menuju ke tandas di blok Pendidikan Khas melalui jalan jauh sedangkan jalan shortcut ada dengan harapan tidak dilihat oleh rakan-rakannya di mainstream. Bila ditanya kenapa? Dia kata malu.........nanti kawan-kawan nampak Syahmi ke 'sekolah budak cacat'. Sedih dan sayu dibuatnya.
Semenjak dari itu, saya bertekad untuk tidak mengelakkan diri dari berbincang dengannya tentang hakikat dia anak autisme. Biarlah saya sebagai ayah yang menyedarkan dan memberi kefahaman tentang autisme padanya. Terangkan kelainan yang ada padanya.....tunjukkan idola-idola autisme yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Tunjukkan juga padanya insan-insan autisme yang severe kondisinya supaya dia boleh memotivasi diri supaya menjadi lebih baik. Alhamdulillah......Syahmi hanya mild autistic dan boleh memahami apa yang kita cuba sampaikan padanya.
Kesimpulannya pada pendapat saya, sebagai ibubapa kita tidak harus menyembunyikan status autisme kepada anak syurga kita. Biarlah dia mendapat kefahaman dari ibubapanya terlebih dahulu sebelum berada di dunia luar. Semoga Syahmi dapat menerima hakikat kehidupan yang dicatur olehNya dengan sebaik mungkin. Tidak malu dengan 'title'yang dipegang.......sesungguhnya kamu istimewa di mata kami apatah lagi di sisi pencipta mu.
12:14 AM
Melalui gaya bahasa yang kita gunakan samada melalui pertuturan mahupun dalam bentuk penulisan, biasanya orang lain boleh mentafsir identiti kita walaupun bukan 100% ketepatannya.
Bagi yang bertanggungjawab biasanya mereka amat berhati-hati jika menuturkan kata-kata......ini bermakna mereka memikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Menurut kata Professor Dr. Muhaya, di laman sosial golongan ini juga berani menggunakan nama penuh untuk bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
|
Apa kata Prof.Dr.Muhaya |
Berhati-hatilah dengan mereka yang suka berpandangan negative dalam apa jua topik yang diperkatakan kerana biasanya mereka tergolong dalam golongan manusia yang suka mencari salah orang lain. Mungkin bagus untuk mereka berkecimpung dalam pidato tetapi di dalam kehidupan seharian boleh merenggangkan kemesraan dalam persahabatan.
Ada juga yang suka merapu dalam erti kata bergurau. Bergurau juga ada yang bertempat dan ada yang tidak kena pada saat dan ketikanya. Mereka yang tergolong dalam jenis ini bisa menghiburkan kita dan jika dah terlebih boleh membosankan juga kerana tidak serius pada tajuk perbualan.
|
Beradab, bersopan budaya orang lama! |
Orang dulu-dulu sangat cekap berbahasa. Mereka menyelitkan simpulan bahasa serta peribahasa di dalam perbualan seharian bagi menyampaikan sesuatu maksud dengan cara halus. Berbeza sekali dengan kita di zaman millenium ini. Kata-kata kasar yang tidak manis didengar menjadi bahasa-bahasa seharian contohnya 'bodoh', 'binatang' dan sebagainya. Seolah-olah penggunaan bahasa-bahasa kasar ini menjadi kebanggaan muda-mudi kini.
Tidak ketinggalan juga bahasa pertuturan mahupun penulisan yang menggunakan dialek negeri. Ia jelas menunjukkan bahawa mereka masih ingat pada asal-usul masing-masing dan cuba untuk menggunakannya supaya tidak lenyap di arus zaman. Ia juga boleh menghiburkan dan belajar menerima perbezaan yang ada antara kita walaupun sebangsa.
Sebagai kesimpulannya, berhemahlah ketika berbahasa baik dalam pertuturan seharian mahupun bahasa penulisan seperti di blog juga di laman-laman sosial kerana kita menjadi bahan tatapan umum. Kita akan dipertanggungjawabkan di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.
6:18 PM
|
Huhuhu.... |
Minggu ini banjir kilat melanda Sek Keb Seri Budiman II....airmata di sana sini menangisi pemergian guru-guru kesayangan. Ada yang bertukar sekolah dan ada juga yang bersara dari perkhidmatannya. Ketiga-tiga guru berkenaan dari aliran perdana. Harus diingat, walaupun Syahmi anak Pendidikan Khas tapi dia belajar di aliran perdana dan lebih dekat dengan guru-guru di sana.
Teacher Lee Hwee Lan memulakan persaraannya pada 1hb Julai 2012. Ramah, mesra dan penyayang membuatkan warga sekolah sayang padanya. Tidak sombong dan sentiasa mengambil berat tentang murid-muridnya. Awas! Jangan ambil kesempatan terhadap kebaikannya kerana beliau seorang yang tegas ketika mengajar.
|
Teacher Lee Hwee Lan |
|
Lambaian perpisahan beliau buat warga SKSB II |
Sementara itu, sekolah juga akan kehilangan seorang Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Jenang, Marang, Terengganu iaitu Tuan Haji Husin bin Mat. Nampak garang tapi sentiasa dikerumuni murid-murid untuk bertanyakan itu dan ini serta sentiasa ikhlas menyambut salam anak-anak didik tak kira di mana berada.
|
Tuan Hj Husin bin Mat |
|
Lambaian perpisahan buat warga SKSB II |
Kehilangan juga dirasai dengan pertukaran guru Pendidikan Jasmani Encik Muhammad Sabran bin Mohamad Sharif yang mengajar Syahmi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tinggi lampai orangnya, beliau amat memahami Syahmi seadanya. Masih teringat kata-katanya "walaupun Syahmi tidak boleh menamatkan larian 100m, saya bagi dia berlari untuk 50m. Pokoknya dia mencuba". Tersentuh rasa, terkenang pada keprihatinannya terhadap Syahmi....terima kasih Cikgu Sabran.
|
Cikgu Muhammad Sabran (terkiri) Teacher Lee Hwee Lan (Tengah) |
Tiada guru, siapalah kita hari ini? Semoga Syahmi mendapat pengajaran berguna dari guru-guru cemerlang ini demi masa depan. Terima kasih kepada ketiga-tiganya. Perhatian tuan/puan terhadap Syahmi murid inklusif yang menumpang untuk menimba ilmu di mainstream amatlah dihargai.
Walau hilang di mata, jasa-jasa anda bertiga tidak akan dilupakan.
6:11 AM
Hari Khamis lalu, sekolah Syahmi telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang bagi tahun 2012. Terasa hambar di hati kerana Syahmi tidak terlibat dalam kejohanan tersebut. Inilah masalah anak-anak inklusif yang berada di tengah-tengah percaturan sehingga ada yang terlupa. Sebagai ibubapa saya mengambil jalan tengah untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak. Yang terbaik, mencari kelemahan diri terlebih dahulu walau di hati amat mengharapkan Syahmi mampu melibatkan diri walaupun hanya dalam perbarisan.
|
Kejohanan Balapan dan Padang 2012 SKSB II |
Faktor utama Syahmi tidak menyerlah apabila acara sukan diadakan di sekolah kerana Syahmi tidak boleh berlari dengan baik disebabkan struktur kaki yang tidak mengizinkan untuk menjadi pelari yang berkeyakinan. Syahmi mengalami keadaan 'In-toeing Gait' ketika berjalan dimana sering terjatuh apabila melangkah laju.
Selain itu, Syahmi juga tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah semenjak kecil. Hingga ke saat ini Syahmi masih belum boleh menunggang basikal seperti anak-anak lain. Inilah kelemahan kami sekeluarga di mana biasanya aktiviti kami kebanyakannya dihabiskan di rumah menghadap laptop masing-masing. Jadi hasilnya sekarang, Syahmi nampak kurang stamina untuk melakukan aktiviti lasak dengan fizikal yang semakin gempal. Memang tidak dinafikan ciri-ciri anak autisme yang suka menyendiri dan kurang melakukan aktiviti berkumpulan menyebabkan ramai di kalangan mereka yang berbadan gempal.
|
Bukan gempal, tapi tegap Syahmi! |
Jadi apa lagi? Jom......kita pakat ubah gaya hidup! Kita mulakan dengan beriadah di awal pagi di setiap hujung minggu. Belum terlambat untuk Syahmi dan ayah berubah. Kita bertuah kerana menetap di bandar ini yang penuh dengan teman menarik untuk diterokai. Kita sama-sama tinggalkan dunia siber kita seketika, seimbangkan gaya hidup kepada yang lebih sihat.
|
Bermain air di pantai |
|
Mendaki bukit |
|
Reflexologi |
Semoga tahun depan, Syahmi lebih yakin untuk menyertai acara-acara sukan di sekolah dan tidaklah terpinggir seperti tahun ini. Kalau larian bukan acara yang sesuai dengan Syahmi, apa kata kita target.tahun depan Syahmi mencuba dengan acara Lontar Peluru.....hehehe semoga berhasil!
|
Mampukah kamu Syahmi? |
9:31 AM
Dilema si suami, kalau diikutkan gaya turun temurun, si lelaki tidak manis membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah. Kalau ada yang ternampak si suami sedang menjemur kain di ampaian, maka banyaklah mulut-mulut yang mengata "dah kena queen control tu".............
|
"Queen Control" |
Pernah juga terbaca ijtimak ulama lampau bekas mufti Johor (tahun 1960an) yang menyatakan bahawa tugas-tugas di rumah pula adalah tanggungjawab si suami sepenuhnya cuma jika si isteri mengikhlaskan penat lelahnya maka ia tidak menjadi larangan. Tugas si isteri hanya melayan si suami. Tersintak suami-suami dengan fatwa lama tersebut yang juga tidak dipersetujui oleh ulama masa kini dengan berpandukan kepada firman-firman Allah. Namun bukan layaknya saya untuk memperincikannya.... cuma apa yang dapat disimpulkan bahawa sikap tolak-ansur suami isteri amat perlu untuk kesejahteraan sesebuah keluarga.
Bagaimana pula dengan pengurusan anak-anak.....sekolahnya, makan pakainya, sosialnya etc etc etc. Memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak bukannya perkara mudah. Apatah lagi bagi ibubapa yang dikurniakan dengan ANAK ISTIMEWA. Disebabkan faktor ini ramai juga para isteri yang terpaksa melepaskan jawatan tetap di kantor untuk menguruskan anak-anak sepenuhnya. Samada yang bekerja mahupun sebagai suri di rumah....masing-masing telah melakukan pengorbanan besar buat keluarga.
|
Bila lelaki di dapur.....perempuan kena tutup mata dan telinga! |
Kaum bapa biasanya tidak begitu kisah tentang perkara-perkara kecil yang biasanya amat dititikberatkan oleh kaum ibu. Contohnya si bapa mungkin ramai yang hobinya memasak, tapi tidak ramai yang boleh menguruskan semula kekemasan dapurnya. Disebabkan faktor ini kaum ibu digalakkan menutup mata dan telinga apabila si bapa turun dapur. Begitu juga jika mengemas rumah....mungkin kaum bapa juga boleh melakukannya, tapi hasilnya tidak sekemas seperti sentuhan kaum ibu.
Sama juga dalam mengasuh anak-anak. Si bapa lebih rela meneruskan dengkurannya dari bangun untuk membancuh susu bila bayinya menangis di waktu malam. Si bapa juga lebih rela bersengkang mata menonton bola dari berjaga malam menjaga anak yang demam. Sebenarnya banyak lagi kalau hendak disenaraikan kelemahan kami kebanyakan lelaki. Allah maha mengetahui dan disuratkan bahawa yang mengandung dan melahirkan zuriat adalah dari para ibu yang mempunyai ketahanan jiwa melawan kesakitan. Kalau si bapa .......agaknya mungkin dah lama manusia pupus di muka bumi kerana serik dengan pengalaman bersalin.
|
Cannot tahan laaa...... |
Sewajarnyalah kaum bapa kini kerap menghadiri seminar keibubapaan supaya dapat menimbulkan kesedaran dan menolak ke tepi persepsi lampau yang hanya meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak dan melakukan urusan rumahtangga hanya di bahu isteri. Kita hidup di zaman millenium, kena sama-sama turun padang demi mengekalkan keluarga yang bahagia.
Kalau para isteri sanggup keluar bekerja meringankan bebanan ekonomi keluarga sementara yang menjadi suri di rumah sepenuh masa dengan kerja-kerja yang tiada bertitik. Mengapa tidak kita para bapa sama-sama membantu urusan rumahtangga? Namun tidak dapat disangkal, dalam kes-kes tertentu terdapat juga bapa-bapa yang mampu mengendalikan urusan rumahtangga dengan baik...syabas!
|
Syahmi.....his first apperance in public! |
As clearly proved by Developmental
Psychology, childhood is one of the most important stages. In childhood, the
foundation of a person is established. It is necessary for parents to really
guide their child in this early stage of their life. Most of the values parents
would instill to their child in this stage would be absorbed well and be
carried through the older years.
There are a lot of things that could be
considered educational and must be taught to your child. You as parents could
choose from loads of things to let your child learn. There is one thing that
would really be a great learning for your child that is public speaking.
What are the essential effects of public
speaking? Public speaking is something that when mastered would definitely be
an advantage.
At a young age, it would be very good if
you encourage your child to speak in front of others. See to it that you allow
your child to reach out and speak out his or her mind regarding things. It
would be an advantage that your child could speak with those older than
him/her.
|
Well done Syahmi .....1st place in reciting
Al Quran (K.Terengganu) |
What could be easy means of polishing your
child’s public speaking potentials?
At home, you could initiate the ways on how
your child could learn the basics of public speaking. By a simple storytelling,
you could be able to squeeze out the objectives learning public speaking and
let your child absorb it.
You could also try something which involves
a simple researching. As we all know, when you speak in front of people, you
just do not need to hold on to your personal opinions, it would be a plus if
you have references. You could share this important knowledge to your child by
preparing simple yet effective steps.
Ask your child to talk to you about pets.
Tell her to use your internet and if he or she has the knowledge on computers,
it could be the best medium of research. Without it, you could ask him/her to
use books or other references available at home.
When you think there is a need for your
child to have formal lessons or training, you could enroll her/him in a speech
class that could harness the potentials for public speaking.