2:53 PM
|
Undangan dari Bank Rakyat |
Kalau dah rezeki tak ke mana. Saat-saat akhir borang serta video dihantar ke pihak penganjur pertandingan. Akhirnya dia telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Individu Terbaik Autisme 13-18thn di dalam majlis yang gilang gemilang pada 9hb April yang lalu di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah...tiada yang lebih baik dari kata syukur atas pemberian Nya. Semoga anak ini lebih cemerlang dalam kehidupannya di masa akan datang...aamiin
|
Bersama barisan pemenang pada hari berkenaan bagi setiap kategori |
|
Syahmi bersama Ikon Autisme Saudara Ahmad Zahiruddin (kanan) yang merupakan seorang
al hafiz serta pelakon kanak-kanak Jibam (kiri) |
|
Syahmi bersama pelakon popular Zarina Zainuddin
yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kembar autisme |
|
Syahmi di interview oleh wartawan TV Al Hijrah |
|
Empat beranak merayakan kejayaan Si bongsu |
|
Bersama orang kuat autisme di Malaysia
dari pelbagai latarbelakang |
|
Antara akhbar yang membuat liputan tentang majlis ini |
6:11 AM
|
Muhammad Syahmi Asyraff seorang insan istimewa autisme
kebanggaan keluarga(16tahun) |
Kalau bukan kita ahli keluarganya, pada siapa lagi untuk disandarkan harapan bagi menyebarkan kesedaran autisme kepada masyarakat. Kita buat apa yang termampu. Biar di peringkat setempat dahulu, biar mereka di luar sana mendengar dan cuba menyelami warna-warni dunia autisme.
|
Berkongsi pengalaman dengan siswa/siswi UMT, Gong Badak, Terengganu |
Terima kasih pada pihak UMT yang telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai program Bakti Penyayang pada 30hb March 2018 yang lalu. Semoga perkongsian ibubapa semua telah membuka sedikit kefahaman anak-anak siswa/i UMT yang bakal meneraju negara di masa hadapan terhadap insan istimewa autisme.
Terima kasih daun keladi, lain masa jemput kami lagi...