2:16 PM
Lambat pulak nak update kisah perjumpaan raya keluarga anak istimewa hari tu. Nak menghimpunkan sejumlah keluarga untuk bertemu bukan perkara mudah kerana masing-masing ada komitmen sendiri. Asyik tertangguh-tangguh, hinggalah ke akhir Syawal (13hb Julai 2018) barulah terlaksana pertemuan ini di Lagoon Kuala Ibai, jam 9.30am hingga 12.30pm.
Berkonsepkan potluck, rezeki memang melimpah ruah. Pelbagai menu tersedia, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Meehoon Goreng, Laksa Penang, Kuih Pelita Talam dan macam-macam lagi. Pokoknya, banyaklah menu yang merambangkan mata, membuatkan perut meronta-ronta kelaparan.
Alhamdulillah, ramai yang hadir. Cuaca pun baik untuk membolehkan kita bertukar-tukar cerita disamping mengukuhkan ukhwah dengan suasana lagoon yang jernih airnya.
|
Panas terik ditolak ke tepi.... |
|
Sesekali bertemu, riuh rendah bergembira
|
|
Senyum girang belaka
|
|
Ibubapa, adik kakak bertemu walau hanya untuk sejam dua
|
|
Bukan sahaja ibubapa, guru pendidikan khas pun datang
memeriahkan suasana
|
|
Pelbagai aksi ada
|
|
Si istimewa, Talhah tidak ketinggalan menampilkan
pose yang istimewa juga |
Meriah, terubat rindu pada 'saudara mara' yang mempunyai anak istimewa. Semoga di lain masa kita dapat bertemu kembali. Sayang semua....
1:33 PM
|
Selamat tinggal Terengganu.....si biru bersama tuan barunya |
Dua belas tahun menabur bakti kepada kami sekeluarga. Susah senang semua di rasa. Saat Syahmi direject dari sekolah tadika, saat tercari-cari bahu untuk mengadu resah, inilah kenderaan yang membawa kami anak beranak ke sana ke mari.
Ketika usia Syahmi 4 tahun (2006), kami mendapatkan sebuah mpv Avanza 1.3 (M) baru. Harganya murah sahaja ketika itu RM59,000. Jimat minyak, dalam melayan kehendak si anak berjalan ke sana ke mari. Kereta Avanza ni tak banyak songhelnya. Kira 10 tahun pertama memang track recordnya sangat baik. Cuma apabila usia telah melebihi 10 tahun, banyaklah spare parts yang kena tukar.
Oleh itu, kami terpaksalah melepaskan kepada tuan yang baru dengan nilai terkini RM11,500. Maka pada 28hb June 2018, berangkatlah si biru dibawa tuannya ke destinasi baru untuk meneruskan perkhidmatan.
Tiada lagi kelibat AFR 1416 di Kuala Terengganu seperti selalu. Menitis jugak airmata bila melihat diri mu dibawa pergi. Bukan setahun dua bersama kami. Dua belas tahun tau. Masih terngiang-ngiang Syahmi di kala usianya 6 tahun memanggil AVANZA BIRUUU...
|
Berkhidmat di Meru nanti, jangan lupa kami di sini |
11:15 AM
|
Raya 6 di sekolah hari ini....Syahmi & Cg Normi |
Bukan dipaksa-paksa, atas kemahuan sendiri Syahmi melakukan puasa sunat 6. Rasanya tahun ini merupakan tahun ke 2 Syahmi berjaya melaksanakan amalan sunat ini. Alhamdulillah....
Ibu bangga sebab kamu mampu melawan nafsu makan di siang hari ketika kawan-kawan menjamu selera di kantin sekolah. Bukan semua orang boleh melakukannya. Yang dah berumur pun masih bermalasan untuk melakukan sunat yang ini.
Ya Allah Ya Tuhan Ku...semoga Kau lapangkanlah pintu hati anak kami Muhammad Syahmi Asyraff untuk menuruti segala suruhan Mu. Aamiin...