11:26 AM
|
Bukan senang hendak mencapai bintang...... |
UPSR 2014, hangat dengan soalan bocor. Tidak cukup dengan subjek Sains, dituruti pula dengan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2. Terbaru pula dikhabarkan Kertas Matematik juga disahkan bocor. Murid-murid diarahkan untuk re-sit kertas-kertas terbabit yang menglibatkan 2/3 dari UPSR secara keseluruhannya.
Soalan bocor ni, bukan cerita baru. Zaman 80an dulu sudah wujud soalan peperiksaan yang bocor. Namun ianya didiamkan sahaja. Maka lahirlah generasi tuaian soalan bocor, memegang result terbaik di kertas, tetapi 'hancur' bila diamanahkan dalam sesuatu pekerjaan. Apabila sesuatu dimulakan dengan yang haram, maka keberkatan dalam kehidupan juga musnah.
Penat lelah murid, guru dan ibubapa sepanjang tahun, berakhir dengan kekecewaan. Dalam usia 12 tahun, anak-anak kita terpaksa berhadapan situasi yang benar-benar 'meletihkan'. Siapa yang harus ditudingkan kesalahan? Kita kena muhasabah diri masing-masing. Yang bersalah, tetap bersalah. Katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit untuk ditelan.
Semoga Syahmi terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Pasti ada hikmah yang hendak disampaikan-Nya kepada kita semua yang telah alpa bagi merebut 'A' dalam peperiksaan. Jangan putus asa, teruskan usaha....InshaAllah Syahmi juga boleh!
10:23 AM
COLLECTIVE NOUNS :
Some common nouns can be grouped together and
spoken of as a whole.
PEOPLE :
A band of musicians
A class of pupils
A choir of singers
A troupe of dancers
A team of players
A staff of teachers/servants
A party of friends
A gang of thieves
A crowd of spectators
A company of soldiers/actors
ANIMALS :
An army of ants/caterpillars
A brood of chickens
A flock of sheeps/birds
A herd of elephants/goats/zebras
A litter of kittens/pups/cubs
A nest of snakes
A pack of dogs/wolves
A pride of lions
A school/shoal of fishes
A swarm of bees/flies/mosquitoes
A troop of monkeys
THINGS :
An album of photographs
A block of flats/apartments
A bouquet of flowers
A bunch of grapes/bananas/keys/coconuts
A cluster/constellation/galaxy of stars
A clump of trees
A collection of books/pictures/stamps
A group of islands
A list of names
A set of tools
A range of mountains
A string of pearls/beads
A fleet of cars/ships/aeroplanes
A flight of stairs
- GOOD LUCK -
2:31 PM
|
Buruj (Constellation) |
Perkembangan teknologi maklumat memudahkan anak autisme untuk memahamkan sesuatu yang sukar difahami jika hanya melalui pembacaan sahaja. Klik dan visual sendiri tajuk-tajuk yang dikehendaki, umpamanya video di bawah yang dapat menerangkan secara mudah terhadap tajuk 'Constellation' atau Buruj bagi murid-murid yang akan menghadapi UPSR nanti.
Terima kasih pada pihak yang menghasilkan video ini kerana ia amat membantu anak autisme saya dalam memahamkan tajuk ini. Semoga lebih banyak lagi usaha sebegini dapat dilakukan...
- SELAMAT BERJAYA -
5:04 AM
|
Doa mengiringi mereka hari ke 3 UPSR....
|
|
Semoga kamu semua tabah dengan ujian-Nya...pelajar Tahun 6 (2014) |
Sia-siakah hari ini? Si anak menduduki UPSR Kertas Bahasa Inggeris 1 & 2 dimana akhirnya telah diarahkan untuk diduduki semula oleh semua calon sebagaimana Kertas Sains. Tersentap seketika mendengar pengumuman Pak Menteri tentang berita kebocoran soalan-soalan UPSR.
Bersangka baiklah pada-Nya, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.....semoga Syahmi tabah menyambung perjuangannya yang belum berkesudahan. 30hb September 2014 merupakan tarikh baru mereka menduduki peperiksaan bagi Kertas Sains dan Bahasa Inggeris (Kertas 1 & 2).
- SELAMAT BERJAYA -
5:35 AM
|
Hari ke 2 UPSR, dimulakan dengan bacaan doa .... |
|
Selesai Bacaan Yassin dan Solat Hajat....Dia telah bersedia untuk
memulakan perjuangan.... |
|
Selesai Kertas Matematik 1...kita makan dulu....esok pula menanti |
- SELAMAT BERJAYA -
10:00 AM
Semoga Allah merahmati hidup mu wahai anak ku.....Kamu banyak mengubah persepsi kami tentang sebuah kehidupan. Masa berlalu amat pantas, 12 tahun terasa baru kelmarin. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan 'permata yang istimewa' buat kami.
Semoga menjadi seorang anak yang soleh untuk memimpin tangan ibubapa mu ke syurga nanti....Aamiin
- SELAMAT HARI LAHIR -