A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, February 27, 2017

Nak Membebel ni...



Paling 'berat' bila nak melangkah ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG.  Namun 3 tahun Syahmi bersekolah di SMK (A) Sheikh Abdul Malek, 3 kali sudah saya bermesyuarat walau hanya sekadar meramaikan jumlah ibubapa yang datang. Menjadi pendengar kepada kejayaan, keluhan dan rintihan ibubapa juga para guru demi kecemerlangan anak-anak.

Walaupun terasa diri ini 'kecil' sahaja di kalangan ibubapa yang lain, sekurang-kurangnya kita dapat menyumbangkan jumlah kehadiran ibubapa yang nampaknya di tahap 'nazak'. Ke mana ibubapa lain agaknya? 

Kali ke 22...masih baru sekolah ni

Mengapa kita susah sangat hendak meluangkan sedikit masa untuk sekolah tempat anak kita belajar? Adakah kita tahu situasi kewangan sekolah? Adakah kita tahu program-program yang hendak dilaksanakan? Kita sering menyalahkan pihak sekolah itu dan ini. Hadirkanlah diri separuh hari sahaja untuk mendengar luahan hati para guru, ibubapa dan semua yang terlibat dengan pendidikan anak-anak kita di sekolah.

Kita bisng di rumah bila pihak sekolah minta ibubapa sumbangkan satu rim kertas A4 bagi setiap pelajar. Tahukah kita, ke mana kertas itu digunakan? Tahukah kita perbelanjaan tahunan sekolah untuk penggunaan kertas sahaja? Lebih RM30,000 setahun. Dimana kita nak 'cakau' jumlah yang sebesar itu jika kita mahukan sekolah yang aktif dengan program kecemerlangan pelajar.

Senang cerita, marilah ke sekolah bila dijemput untuk bermesyuarat. Apa-apa perkara yang tidak memuaskan hati, boleh 'bising' di sana. Jangan cakap belakang-belakang.

Ingat tu, dulu kita berebut-rebut untuk memasukkan anak kita ke sekolah yang terbaik. Sekolah yang terbaik memerlukan kerjasama antara ibubapa dan guru. Tanpa salah satu elemen, maka pincanglah SHAMS.

Semoga tahun ini SHAMS lebih menyerlah dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajarnya...InshaAllah 




Thursday, February 23, 2017

PT3 Tahun Ni....



Selesai sudah Ujian TOV (Take of Value). Jadi, dari keputusan yang diperoleh nanti kita dapat nilaikan keupayaannya setakat ini untuk menghadapi PT3 nanti.

Ibu memikir sama ada nak memasukkan dia ke kelas tuisyen atau cukup sekadar bimbingan guru di sekolah. Kadang-kadang rasa kesian tengok si anak dengan bebanan kerja sekolah yang bertimbun. Bahan PBS untuk IB School pun dah berat nak dilaksanakan. Jam 7.00 pagi dah berada di sekolah, balik rumah pulak 3.20 petang. Begitulah jadualnya tiap-tiap hari persekolahan. Kemudian sebelah malamnya pula, kena siapkan kerja sekolah yang tiada penyudahnya.


Serabut....

Serba salah dibuatnya, antara nak mengejar deretan 'A' or we just follow the flowww....Semoga ibu dapat membuat keputusan yang tepat bagi masa depan si anak. Kau permudahkan Ya Allah urusan kami sekeluarga...aamiin






Sunday, February 12, 2017

Berubah!


Jika kena dengan caranya, mereka juga mampu berubah kepada yang lebih baik. Mereka juga berkeinginan untuk menjadi seperti kita yang dikatakan 'sempurna'. Dulu, dia amat susah untuk melakukan kerja berat sedikit. Tapi kini, dia dah mahu mencuba. Cuma pujian kena diberi sebagai tanda penghargaan.


Kelmarin kami ke sini...Kolej Zaaba, UPSI, Tanjung Malim
(gambar ini di edit hingga menampakkan ubsur-unsur Misteri Nusantara- abaikannya)

Si Abang memulakan semester 2 pengajiannya di UPSI, Tanjung Malim. Bilik kediamannya nun jauh melangit di Tingkat 4, Kolej Zaaba. Seram dibuatnya. Bukan seram kerana 'hantu'. Tapi seram dengan ketinggian yang memerlukan tenaga yang banyak untuk menjejaki anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Menggendong barang-barang keperluan Si Abang ke atas sana.


Senaman terbaik....naik turun tangga

Dua tiga kali turun naik tangga, Kebanjiran peluh akhirnya dia. Sekurang-kurangnya dia telah punya keinginan sendiri untuk meringankan beban Si Abang. Berbanding dengan dulu, Syahmi akan sentiasa mengelakkan diri dari membuat kerja berat begini.

Mungkin ini atas kesedaran dia yang banyak kekurangan jika dibandingkan dengan rakan-rakan di sekolahnya. Berlari jauh sikit, kepenatan, kejang kaki. Angkat benda berat sikit pun mengeluh. Dulu, saya tertanya-tanya sampai bila Syahmi hendak berubah? Lemah sangat kelihatannya,  hinggakan body posture pun agak membongkok. Apa tah lagi nak jadi Abang Sador....hihihi

Sampai masa mereka juga boleh memikir yang terbaik untuk meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga mahu berubah. Alhamdulillah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...