A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Insan Autisme Yang Cemerlang....

Ramai yang tidak ambil kisah pada anak-anak istimewa.....malah pada kebiasaannya anak-anak istimewa ini hanya diberi perhatian apabila menjelangnya bulan Ramadhan mahupun hariraya kerana untuk dihulurkan sumbangan dari mereka-mereka yang prihatin.

   
Kejayaan golongan istimewa seharusnya diketengahkan sekiranya kita hendak memperjuangkan nasib golongan ini. Sekiranya ianya tidak dihebahkan, selagi itulah golongan ini akan tetap dianggap lemah dan dicap golongan kelas ke dua dalam masyarakat. Tambahan pula media-media tempatan yag sering kali mengenengahkan tentang golongan istimewa yang hanya menadah tangan menunggu bantuan dari pihak lain. Mengapa kita tidak bersungguh untuk mengubah persepsi ini?
 

Ping  Lian Yeak (www.pinglian.com)

Adik Ping Lian Yeak adalah antara insan autisme yang boleh dibanggakan di negara kita menerusi lukisan tangannya yang menakjubkan. Namun beliau yang dilahirkan pada tahun 1993 dan sekarang menjangkau usia 18 tahun, telah pun berhijrah ke Sydney, Australia semejak 2006 lagi. Menghasilkan lukisan tangan yang mempunyai nilai jualan ratusan ribu ringgit semenjak zaman kanak-kanaknya lagi. Berapa kerat antara kita yang mengenali hero autisme ini?

Inilah antara hasil lukisan tangan adik Ping Lian Yeak (2004)

Kita juga boleh menyenaraikan beberapa nama lagi anak autisme yang boleh dibanggakan dengan kebolehan semulajadi masing-masing seperti adik Umar Hasfizal yang amat berbakat dalam bidang nyanyian. Telah menghasilkan album yang bertajuk ' I Give the Best of Me'. Kini adik Umar Hasfizal sering diundang untuk menyampaikan nyanyiannya di acara-acara besar yang dihadiri oleh para kenamaan negara. Selain dari  menyanyi, Umar Hasfizal juga pernah menyertai Tilawah Al Quran (Pendidikan Khas) peringkat sekolah dan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan. Bukan calang-calang tu!



Umar Hasfizal dengan albumnya 'I Give The Best of Me'


Selain dari Umar Hasfizal, seorang lagi anak autisme yang berjaya melakarkan sejarah dalam bidang pelajaran sebagai pelajar autisme pertama memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR 2011 iaitu adik Muhammad Danial bin Zainuddin yang berasal dari Kuala Terengganu. Inilah antara kejayaan yang harus dijadikan contoh kepada anak-anak yang senasib seperti mereka supaya lebih optimis untuk menghadapi cabaran yang mendatang.


Muhamad Danial bin Zainuddin dengan kejayaan 9A dalam PMR 2011

Diharap saya juga mampu mendidik seorang lagi insan autisme yang cemerlang sebagaimana kejayaan anak-anak autisme di atas. Pastinya kejayaan mereka menjadi pendorong kepada  insan-insan yang senasib serta memberi harapan kepada yang lain untuk meraih sesuatu yang lebih membanggakan...In Shaa Allah.


   
Ayah juga bangga dengan kamu Syahmi!
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat........aamiin


            

Friday, December 23, 2011

Syahmi dan Syawal

Syahmi & Syawal
  Alhamdulillah....kedua-duanya mereka adalah penyambung warisan yang kami ada di dunia ini. Walau keduanya lelaki, saya percaya segalanya adalah aturan yang maha Esa. Di hati, memang terdetik untuk mempunyai seorang anak perempuan yang comel...tapi faktor usia rasanya tidak sesuai lagi  bagi kami untuk memiliki keluarga yang lebih besar. Rasanya, dengan kehadiran mereka berdua  dalam hidup kami sudah memadai untuk dipertanggungjawabkan di sana nanti. Namun kita hanya merancang, jangan lupa bahawa Dia yang di atas sana lebih berkuasa menentukan jodoh, pertemuan. rezeki dan ajal kita sekali pun.

   Sekali imbas, wajah tidak banyak berbeza tapi kalau diamati betul-betul  menampakkan si abang (Syawal) lebih mirip dengan penampilan ibunya seperti raut wajah dan warna kulitnya yang hitam manis, sementara si adik (Syahmi) memang 'copyright ' dengan penampilan ayah. Kulit agak cerah dan bertahi lalat di bawah bibir sebelah kanan. Sesungguhnya benarlah peribahasa Melayu yang mengatakan 'Bagaiman Acuan Begitulah Kuihnya'.  Jarak umur antara keduanya adalah 6 tahun dan kedua-duanya dilahirkan melalui pembedahan disebabkan masalah yang sama 'big baby'.  Hingga ke tarikh post ini diterbitkan, si abang (Syawal) berumur 15 tahun manakala si adik (Syahmi) 9 tahun.

Si adik (Syahmi)
Si abang (Syawal)
  Namun kita jangan lupa bahawa antara keduanya memegang title berlainan dalam kehidupan di dunia ini kerana si  adik (Syahmi) berstatus anak istimewa sedangkan si abang (Syawal) adalah insan normal seperti kita semua. Sesungguhnya kasih sayang kami sebagai ibubapa terhadap keduanya adalah sama, cuma perhatian yang lebih dengan pendekatan yang berbeza harus diberikan untuk si adik (Syahmi) yang disahkan sebagai penghidap autisma ketika usianya 5 tahun. 


  Kekadang keduanya boleh 'ngam' kekadang pula bercakaran seperti kucing dengan musuh tradisinya.  Begitulah resam adik beradik, namun rasa sayang tetap wujud antara keduanya walaupun tidak dinyatakan dimulut tapi di hati ibu dan ayah dapat menghidunya. Hobi keduanya sama, sentiasa bersama laptop masing-masing duduk semeja bersebelahan. Segala ilmu pengkomputeran yang dimiliki si abang (Syawal) akan diserap oleh si adik (Syahmi) secara terus dan rahsia atau 'curi-curi'lah namanya. Hinggakan ibu dan ayah juga terpaksa memohon bantuan keduanya untuk memahirkan diri tentang dunia syber dan selok belok dunia pengkomputeran. Tidak hairanlah jika keduanya memiliki hard disk masing-masing untuk menyimpan maklumat yang dikehendaki. Pen drive sudah tidak mencukupi bagi menampung keperluan 'pakar-pakar' IT kami ini.


Syahmi
  Di bidang pelajaran juga, keduanya memiliki prestasi yang sama. Cuma si adik (Syahmi) diberi pendidikan awal di Pra Pendidikan Khas sekolah  sementara si abang (Syawal) di sebuah tadika swasta di Kuala Terengganu ini.  Namun ibu memainkan peranan sebagai guru tuition keduanya di rumah bagi membimbing anak-anak kami.


Syawal
   Bercakap tentang kepayahan dan cabaran dalam mendidik keduanya tentulah memihak kepada si adik (Syahmi) kerana beliau insan istimewa. Walaupun si abang (Syawal) telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan pencapaian 8A dalam PMR yang diumumkan kelmarin (22 Dec 2011), kami tidak akan memisahkan keduanya dengan memasukkan si abang (Syawal) ke sekolah berasrama kerana kedua anak kami ini masih saling memerlukan.  Biarlah mereka berada sebumbung buat beberapa tahun lagi sementara menunggu si abang (Syawal) menamatkan pelajaran hingga ke peringkat SPM.


   Doa kami sebagai ibubapa semoga keduanya berjaya di dunia dan di akhirat. Tahniah Syawal... kerana kejayaan kelmarin, pastikan usaha dilipatgandakan untuk memastikan kejayaan milik kamu di masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada Syahmi untuk menggenggam kejayaan yang lebih cemerlang...InsyaAllah.
 

 

   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...