A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, April 21, 2015

Ekspo Islamic Lifestyle



Selesai seminar awal bulan April lalu, SFT diberi peluang membuka booth di Ekspo Islamic Lifestyle minggu lepas. Ekspo bermula 16hb April hingga 18hb April 2015, bertempat di Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu. Booth SFT hanya mengadakan jualan amal buku-buku, minyak wangi, pakaian muslimah, juga lelongan buku cerita kanak-kanak.


Ekspo Islamic Lifestyle di Pusat Dagangan Terengganu

Kami hanya menetapkan misi kali ini untuk memperkenalkan pada masyarakat tentang kewujudan Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu sambil mengumpul dana persatuan. Tiga hari para sahabat bergilir-gilir menjaga booth SFT yang dihias serba sederhana.


Booth Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu...

Seronok dengan gelagat manusia yang pelbagai. Ada yang tidur baring sekitar bangunan hanya dek kerana hendak mendapatkan tudung sensasi masa kini. Berbaris mereka mengambil nombor untuk mendapatkan tudung pujaan. Biarlah jenamanya saya rahsiakan di sini....Bagaimana agaknya sambutan booth SFT?


Pemandangan luarbiasa....bersila sana sini demi mendapatkan
tudung kesukaan ramai

Suka, duka, sedih semua ada. Booth kami kebanyakannya dikunjungi oleh ibubapa yang mempunyai anak istimewa. Mahupun kunjungan dari guru-guru yang terbabit dalam ilmu Pendidikan Khas juga. Namun terdapat insan-insan mulia yang ambil tahu tentang kewujudan golongan istimewa dalam masyarakat. Insan yang prihatin dengan sekeliling. Ada yang berderma dengan ikhlas hati, bukan puluhan RM malah ada yang mencapai ribuan RM....alhamdulillah.


Seorang jururawat....singgah sebentar untuk mendapatkan buku
Genius Dari Syurga bagi mendapatkan ilmu untuk
menangani masalah autisme dalam kalangan pesakitnya

Seorang ibu datang mendapatkan nasihat dari SFT tentang
anaknya yang masih belum bertutur walaupun usia
telah melebihi 2 tahun

Yang berkerusi roda juga datang....anak istimewa yang mengalami
masalah Cerebral Palsy

Pengunjung dari Paka, Terengganu....anak autisme
 berusia 13 tahun

Kunjungan oleh anak syurga Down Syndrome....


Namun tamu paling popular juga singgah sebentar memberi keceriaan kepada booth kami iaitu kunjungan Kumpulan Rabbani. Bila disebut Kumpulan Rabbani, yang terlintas pada fikiran saya arwah Ustaz Asri bekas penyanyi utama kumpulan ini. 'Pergi Takkan Kembali' menyentap jiwa alunan nasyid kontemporarinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat....


Ceria dengan kehadiran tamu paling popular....Kumpulan Rabbani

Kumpulan Rabbani ....senyuman penuh keikhlasan


Booth kami hanya membuat jualan amal untuk mengisi tabung persatuan, memperkenalkan persatuan kepada umum merupakan misi kami yang utama. Biar masyarakat tahu, anak-anak istimewa kena dididik dengan ilmu bukan dibiarkan tanpa sebarang pengisian. Pendidikan yang dimaksudkan adalah melalui pendekatan yang bersesuaian dengan kemampuan golongan ini. Mereka harus didekatkan dengan Maha Penciptanya. Maka tugas tersebut terletak di bahu kita, samada ibubapa, guru mahupun masyarakat keseluruhannya.


Yang penting anak syurga ini dilayan sebagaimana status mereka sebagai penghuni jannah di sana nanti....InshaAllah.

Wednesday, April 15, 2015

Rezeki Dia...




Pencil Case dari teman fb Autisme Malaysia.....Haidatul Azila Johar


Kalau dah rezeki tak ke mana. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Kekadang rezeki datang tanpa disangka-sangka. Jiran sebelah rumah tidak endah, nun mereka yang jauh di mata pula yang ikhlas memberi sesuatu kepada kita.


Berbuat baiklah pada semua orang, jangan pula mengharapkan balasan. Kerana Dia lebih mengetahui dan tidak pernah lupa walau sesaat untuk mencatat segala kebaikan juga keburukan yang kita lakukan. Janji kita ikhlas....


Terima kasih pada teman fb ku, Cikgu Haidatul Azila Johar. Akhirnya sampai juga 'pencil case' hasil tangan cikgu buat anak saya, Syahmi. Kemas dan cantik...terjalin di sana 'I AM SYAHMI'...terima kasih sekali lagi. Semoga anak saya menjadikan pemberian ini sebagai inspirasi untuk lebih berjaya di masa akan datang...InshaAllah.



Sunday, April 5, 2015

Autisme Awareness Day di Kuala Terengganu...






Puas hati rasanya sebab saya berjaya mencetuskan fenomena 'biru' di Kuala Terengganu ketika sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia pada 2hb April yang lalu. Kebetulan pula kami di Kuala Terengganu mengadakan Seminar Quranic Playgroup 2- Bonda Takkan Ada Sentiasa pada tarikh yang sama, jadi meriahlah auditorium bermandikan warna biru.


Dulu kami bersendirian, masing-masing dengan hala tuju sendiri. Namun apabila Sahabat Faqeh ditubuhkan, kami bersama-sama dalam banyak hal. Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu sebenarnya mengumpulkan ibubapa anak-anak istimewa dalam pelbagai masalah. Down Syndrome ada, Global Development Delay ada, dan kebanyakannya pula ibubapa anak-anak syurga autisme.


Terima kasih sahabat....kita sama-sama menyahut seruan berbaju biru untuk hari seminar ini. Paling mengharukan, ibubapa yang mempunyai anak GDD juga bersama-sama berbaju biru pada hari berkenaan kerana rasa 'unity' dalam bepersatuan. Terima kasih para sahabat, sangat terharu sebenarnya dengan kerjasama semua...


Inilah antara pancaran 'biru' dalam seminar berkenaan....



Terima kasih kepada yang memberi kerjasama menjayakannya.....



Saturday, April 4, 2015

"Bonda Takkan Ada Sentiasa"



Pertama kali d pentas membicarakan tentang anak istimewa

Pertama kali dalam sejarah, memberanikan diri menaiki pentas untuk berkongsi pengalaman dengan ibubapa serta guru-guru semua dalam mendidik anak istimewa. Seminar Quranic Playgroup 2 - Bonda Takkan Ada Sentiasa berlangsung di Auditorium Perpustakaan Unisza, Kampus Gong Badak, Terengganu pada 2hb-3hb April 2015 yang lalu.

Perasaan berdebar masih terkawal. Mungkin sebab saya dah biasa menjadi 'penglipurlara' bagi ibubapa anak-anak istimewa di fb. Faktor usia juga mempengaruhi keupayaan saya mengawal keadaan. Makin berusia, kita makin cool menghadapi cabaran. Parent session berlangsung selama lebihkurang sejam setengah. Akhirnya 'banjir' jua dengan airmata seluruh auditorium kerana kita semua tahu 'bonda' takkan ada sentiasa menjaga anak syurga masing-masing.

Semoga seminar seumpamanya dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. Disamping berkongsi pengalaman, kita juga dapat bertemu dengan insan-insan hebat yang sama-sama berkecimpung dengan dunia anak-anak istimewa. Semoga dapat bertemu lagi, Cikgu Hanis Alias, Cikgu Nurul Aisyah, Cikgu Rosma dan lain-lain lagi.


Samsul Muariff Saroni nama ku di maya
 atau Kak Long

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...