'Stimming' merupakan ringkasan dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'self-stimulatory behaviour'. Perkataan 'stimming' biasanya disebut dalam persekitaran mereka yang terlibat dengan golongan yang mengalami gangguan autisme, samada ibubapa, adik beradik, guru pendidikan khas, terapist dan pakar-pakar dalam bidang berkenaan.
|
Antara Pergerakan 'Stimming' |
'Stimming' iaitu pergerakan berulang-ulang yang biasa kita lihat berlaku di kalangan mereka yang mengalami autisme termasuklah mengoyak-ngoyakkan kertas/tisu, berpusing-pusing sambil mendepangkan tangan, menghisap ibu jari, menggoyangkan kepala, 'body rocking', menggigit kuku dan jangan berasa pelik jika mereka juga ada yang akan mengeluarkan bunyi luar biasa dipanggil 'humming'. Pergerakan ini biasanya terjadi apabila mereka mengalami rasa marah, cemas, teruja mahupun gembira yang teramat sangat.
MENGAPA 'STIMMING'?
Mereka yang mengalami autisme, biasanya mengalami masalah sensory juga. Di kalangan mereka ada yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan bunyi yang melampau/berlebihan, bau yang kuat, mahupun berhadapan dengan perasaan yang terlampau marah, sedih mahupun gembira. Keadaan yang berlaku ini dinamakan 'sensory overload'.
Bagaimana mereka hendak mengatasi 'sensory overload' yang mereka hadapi ialah dengan melakukan pergerakan berulang-ulang/bunyi yang luar biasa ini. Memandangkan golongan ini mengalami masalah pertuturan dan sebahagiannya juga yang non verbal, maka 'stimming' dipercayai sebagai proses stimulasi diri bagi menenangkan mereka dalam menghadapi 'sensory overload' tersebut.
BAGAIMANA MENGATASINYA?
|
How to stop? |
Adalah tidak digalakkan kita untuk menghentikan perlakuan 'stimming' ini selagi ia tidak memudharatkan mereka mahupun orang-orang di persekitaran. Begitulah syor yang dikemukakan oleh pakar-pakar di dalam dan di luar negara. Menghentikannya, akan mengundang kepada perlakuan yang lebih serius seperti mencederakan diri dan sebagainya.
Menerusi sebuah forum 'Talk About Autism', Claire yang mengalami masalah autisme menegaskan bahawa perbuatan menghentikan perlakuan 'stimming' di kalangan mereka seolah-olah mengajar si buta agar tidak menggunakan ke dua belah tangannya untuk merasa objek yang ada dalam sebuah bilik bagi mengetahui kedudukannya hanya kerana kita tidak suka pada perlakuan mereka itu. Menurut katanya lagi " It has a purpose. Stopping it in order to make others feel better seems bizarre to me"- merujuk kepada NEWS OUCH http://www.bbc.com/news/blogs-ouch-22771894
BAGAIMANA MENGAWAL DAN MEMINIMAKAN 'STIMMING' :-
Namun, kita digalakkan untuk cuba mengawal dan meminimakan perlakuan ini dengan beberapa cara seperti yang disyorkan oleh mereka yang berpengalaman :-
1. Mengalihkan perhatiannya, jika si anak biasanya melakukan pergerakan 'flapping hand'
urutkan bahagian tangannya perlahan-lahan atau memberi objek yang menjadi minatnya
agar dapat mengalihkan tumpuannya. Jika si anak suka menutup dan membuka pintu pula,
cuba mengalihkan 'stimming' mereka seolah-olah kita juga hendak masuk ke ruang yang
sama menggunakan pintu tersebut dengan cara yang berhemah.
2. Menyediakan zon selesa. Diajar sebagaimana kita melatih mereka untuk ke tandas.
Membiasakan mereka supaya perlakuan 'stimming' hanya di zon yang selesa seperti di
bilik tidur yang jauh dari pandangan mata pihak lain.
3. Visualkan perlakuan 'stimming' tersebut supaya dapat dilihat kembali kejadian tersebut
kerana biasanya ia berlaku tanpa mereka sedari. Jika mereka tergolong dalam autisme
yang boleh bercakap dan dapat memahami, maka usahakan agar mereka memahami
bahawa perlakuan tersebut tidak elok dilakukan dengan komunikasi secara lembut dan
tenang, bukan memarahi atau menakut-nakutkan mereka.
Boleh juga gunakan puppet sebagai medium untuk memperlihatkan 'stimming' seperti
'flapping hand'. Cubalah agar mereka mengambil perhatian terhadap pergerakan
'flapping hand' si puppet dan hentikan pergerakan tersebut sambil bertanyakan si puppet
Are you scared? Mad?.
4. Jangan lupa tingkatkan skill motor si anak juga kemahiran pertuturan mereka kerana
dikatakan 'stimming' berlaku di kalangan anak-anak yang mempuyai masalah- masalah
ini. Terdapat kes yang dilaporkan, 'stimming' si anak dapat diminimumkan apabila
skill motor dan kemahiran pertuturan dipertingkatkan. Oleh itu, Terapist Carakerja,
Terapist Pertuturan, Pakar Psychiatrist merupakan pihak yang harus menggembeling
tenaga dalam membantu autisme yang mengalami masalah 'stimming'.
ADAKAH 'STIMMING' BERLAKU HANYA DI KALANGAN AUTISME SAHAJA?
Tidak, manusia biasa juga menghasilkan perlakuan 'stimming' ini. Cuma ianya tidak begitu ketara dan tidak kelihatan pelik dari kebiasaan. Contohnya perlakuan menggoyang-goyangkan kaki, memintal rambut dengan jari, menggigit kuku dan sebagainya.
|
Menggigt kuku..... |
Inilah antara perlakuan yang juga dinamakan 'stimming'. Menurut kata mereka yang berkepandaian, perbezaan 'stimming' di kalangan yang tipikal dengan yang autisme ialah apabila perlakuan 'stimming' tersebut boleh mengakibatkan terhalangnya proses pembelajaran serta terjejasnya fungsi kehidupan individu maka ia tergolonglah dalam simptom-simptom autisme.
Semoga post yang ini dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan kesedaran terhadap autisme. Masyarakat bisa mencela, memandang dengan jelek perlakuan mereka apabila berada di khalayak terutamanya. Namun, kefahaman semua sangat didambakan agar dapat meleraikan segala salah anggap ini...InsyaAllah