A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Guru Pelatih.......


Kenangan Bersama Sir Asnawi dan Sir Hadi

                       Guru pelatih datang dan pergi. Hinggap sementara kemudian berlalu dengan kenangan dan pengalaman sebagai pendidik berhadapan dengan anak bangsa. Awal tahun 2013, Sek Keb Seri Budiman II menerima 3 orang guru pelatih lelaki iaitu Sir Asnawi, Sir Hadi dan Sir Hafiz. Mereka hanya berada di sini 3 bulan untuk menjalankan Latihan Praktikum sebagai pelatih IPG Kampus Batu Rakit, Terengganu.



Jika baik budi bahasa, ke mana pergi semua orang suka!


Kemesraan yang terpancar antara guru dan anak didiknya...

                        Sir Asnawi mengajar Syahmi Matematik, mesra peribadinya serta amat disenangi semua murid. Rasanya guru praktikal kali inilah, yang paling berjaya menambat hati semua warga sekolah. Sebagai ibubapa kepada anak didiknya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sir Asnawi, Sir Hadi dan Sir Hafiz kerana telah beberapa bulan menaburkan bakti serta menceriakan anak-anak kami di SKSB II.



Sir Asnawi memberi tunjuk ajar kepada Syahmi dalam permainan catur


                       Terima kasih ke tiga-tiganya, tentu sekali warga SKSB II merasai kehilangan yang amat sangat dengan kemesraan anda bertiga. Nampaknya tiada lagi panggilan 'Sir Asnawi ' dalam diari kehidupan anak istimewa ini kerana tempoh Latihan Praktikum anda bertiga di SKSB II berakhir pada hari ini 18hb April 2013....namun di hati pastinya tidak akan lupa!


                       Secara tidak disedari, walaupun cikgu-cikgu bukan berpengkhususan di bidang Pendidikan Khas namun telah melalui pengalaman mengajar seorang anak istimewa autisme yang diinklusifkan di aliran perdana seperti Syahmi. Mungkin tak ramai guru pelatih lain yang melalui pengalaman seperti ini.


                       Selamat Maju Jaya ........


                   
Thanks for the 'Great Smile' Sir  .........


Saturday, January 14, 2012

Pesanan Ikhlas Seorang Pesara Guru Kepada Guru-Guru Semua....



Dalam Qiam Sucikanlah Zat Tuhan mu
Masa Rukuk Rasakan Kebesaran Sifat-Nya
Dalam Sujud mu Ingatlah Perjanjian mu Dengan Tuhan Dan Alam Roh
Duduk Tahiyyat Ingatlah Segala Nikmat Kurnia Tuhan mu Atas mu, Sabar, Redho, Syukur dan Ikhlaslah Di atas Dunia Ini



Pra Pendidikan Khas (2008) - Syahmi (2 dari kiri) bersama kawan-kawan
juga Cikgu Rosma binti Jasni dan Cik Fazima


Ada yang down syndrome dan ada pula yang autisme malahan pelbagai masalah pembelajaran murid-murid dididik dengan ikhlasnya. Ada yang masuk ke kelas dengan kerusi rodanya dan ada juga yang enggan masuk ke kelas dan tidak kurang pula yang masih menggunakan lampin pakai buang.


Semuanya dilalui dengan rasa sabar, tiada perasaan jijik, tiada rasa benci. Walaupun air hingusan penuh di pipi, kencing berlari-lari  segalanya dianggap amanah Ilahi untuk diberi pendidikan di dunia yang sementara ini.  Mencurahkan  ilmu pada insan-insan istimewa yang dijanjikan syurga di sana nanti.


Bersyukur kerana anda antara insan-insan terpilih melaksanakan amanah menyebarkan ilmu pengetahuan, obor yang membakar diri untuk menerangi hidup orang lain.  Betapa mulianya pengorbanan anda semua. Allah pasti menyediakan ganjaran buat mu nun di sana nanti setimpal dengan segala khidmat bakti anda wahai guru.



Sekadar Renungan




Hasil Nukilan Bekas Guru dan Sahabat Saya - Jaafar Said



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...