Kalau tengok di YouTube, mahupun ditanya pada sahabat-sahabat yang memiliki anak autisme, pasti kebanyakannya bersetuju bahawa perlakuan luar kawalan seperti memekup (tutup) kedua belah telinga adalah antara perlakuan biasa anak-anak syurga kami bila berhadapan dengan situasi tertentu. Antaranya ialah apabila mendengar bunyi yang kuat (melampau) dan ada juga ketika melihat objek yang besar saiznya dari biasa. Ini dikategorikan sebagai sensory disorder termasuklah sensitif terhadap bunyi, bau dan juga rasa.
 |
| Anak Melayu ke, anak Mat Saleh ke..... reaksinya serupa! |
Situasi ini kebiasaannya berlaku apabila Syahmi berhadapan dengan BUNYI-BUNYI yang MELAMPAU mahupun melihat OBJEK-OBJEK bersaiz EXTRA ORDINARY tahapnya. Antara keadaan yang menyumbangkan kepada aksi pelik tapi kelakar ialah :
 |
Bunyi - Bunga api yang berdentum - dentam
|
 |
Bunyi - Semburan ubat pencegahan pembiakan nyamuk
oleh Unit Kawalan Vektor
|
 |
Bunyi - Mesin Pengisar yang sedang beroperasi
|
 |
| Bunyi - Kilat dan Petir |
 |
Bunyi - Mesin Drilling
|
 |
| Bunyi - Gendang dari Tarian Singa |
 |
| Extra ordinary size - Sebarang maskot |
 |
| Extra ordinary size - Lampu chandelier |
 |
| Extra ordinary size - Belon Udara |
Inilah antara adegan-adegan yang tidak mahu dilihat/didengar oleh Syahmi ketika usianya 3 ke 4 tahun. Biasanya Syahmi akan lari lintang pukang dengan jantung yang berdegup kencang dari biasa bagi mencari spot-spot strategic untuk menyembunyikan dirinya, sama ada di bawah katil, di belakang pintu mahupun menyorok berperisaikan ibu atau ayahnya.
Cuma perlakuan ini akan berkurangan seiring dengan peningkatan usianya. Dengan memperbanyakkan pendedahan terhadap situasi-situasi tersebut, cubalah memahami keadaan anak-anak ini serta membantu mereka mengatasinya supaya tidak ditertawakan kawan-kawan semasa bersekolah nanti. Ahli keluarga yang lain juga harus memberi kerjasama supaya tidak menakut-nakutkan golongan ini.
Ingatlah semua terutama mereka yang berada di sekeliling anak-anak ini, perlakuan ini bukan direka-reka, tapi itulah hakikatnya yang berlaku selagi masalah sensori mereka tidak ditangani....
Ramai antara kita ibubapa yang risau bila anak-anak autisme kita sukar untuk menulis. Kalau buat latihan.......hanya soalan yang mudah saja dipilihnya. Contohnya, suaikan atau padankan gambar. Apabila menulis patah-patah perkataan, mereka pasti menolak dan cepat bosan. Ini yang membikin ibubapa tak karuan, 'gabra' lebih kerana takut si anak tidak dapat menyiapkan kerja sekolah seperti rakan-rakan yang lain.
 |
| Lenguh bila banyak sangat menulis....kata Syahmi |
Seharusnya kita memahami bahawa anak-anak autisme menghadapi masalah fine-motor skills seperti menulis. Fine-motor skills merupakan pergerakan halus yang melibatkan bahagian jari jemari umpamanya. Semasa peringkat bayi yang sedang merangkak, akan kelihatan mereka mengutip objek-objek di lantai dimana pergerakan ini menunjukkan petanda bayi tersebut sedang merangsang fine-motor skills mereka.
 |
Memegang objek-objek yang seumpamanya ketika awal usia mampu
membina fine-motor skills mereka |
Syahmi selalu merungut-rungut bila banyak aktiviti menulis di sekolah. Lenguh menulis, katanya. Pernah suatu ketika, di awal-awal persekolahan Syahmi tidak dapat menghabiskan soalan exam kerana masalah ini. Diharap guru-guru di mainstream terutamanya yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ini supaya dapat memberi sedikit kelonggaran untuk golongan istimewa ini hingga mampu menyaingi rakan-rakan tipikal dalam menyiapkan tugasan di kelas.
Nasihat saya pada ibubapa yang anak-anaknya masih di peringkat awal persekolahan, jangan terlalu bimbang dan jangan pula terlalu selesa dengan masalah anak kita yang agak lambat menulis. Teruskan usaha untuk mengatasi masalah fine motor skills anak-anak. Banyakkan latihan bagi meningkat fine motor skills si anak dari masa ke semasa....InsyaAllah lama kelamaan ianya dapat diatasi jua akhirnya.....
Bila tetamu datang ke rumah banyak pahala yang kita dapat. Rezeki melimpah ruah. Itu janji Allah pada hambanya. Dilayan tetamu dengan baik dan seikhlas-ikhlasnya. Nak jadi tetamu pun kena juga menjaga adab-adabnya. Janganlah sesedap rasa jer ke rumah orang tanpa mengira kesesuaian masa.
 |
| Adab Melayan Tetamu... |
Bagi Syahmi, kalau tetamu datang ke rumah memang suka sangat reaksinya. Macam nak melompat-lompat kegembiraan lagaknya. Bila masa tetamu nak minta diri.....air mukanya akan bertukar seperti awan mendung ketika hari nak hujan.
 |
| Gembira melayan tetamu walau pertama kali berjumpa! |
Cuma yang merisaukan kita, bila tetamu tak dikenali memberi salam di luar rumah pasti si anak akan menjawabnya dengan penuh mesra tanpa ada perasaan curiga. Jika tetamu yang datang berniat baik tak mengapa, cuma ditakuti 'tetamu' yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelalaian kita. Ya Allah! Lindungi kami dari perkara-perkara buruk....aamiin
 |
| Bersama tamunya, Abang Asyraff juga seorang anak istimewa.... |
Kebiasaannya, Syahmi juga akan memperlihatkan segala minatnya seperti mendapatkan maklumat-maklumat tentang aerospace menerusi internet kepada tamunya. Syahmi akan berkongsi cerita tanpa menghiraukan samada tamunya itu berminat atau tidak. Syahmi akan bercerita dan terus bercerita dengan niat untuk berkongsi ilmu. Harus diingat inilah antara kelemahan anak autistic dimana mereka tidak boleh menilai perasaan orang lain, terlalu lurus dan ikhlas.
Inilah cabaran ibubapa kepada anak-anak istimewa seperti Syahmi. Yang lurus biasanya akan dimanipulasi oleh pihak lain. Untuk mengimbangi keadaan ini memerlukan usaha yang berterusan dari ibubapa bagi menyesuaikan diri anak-anak kita untuk berdepan dengan masyarakat. Nampak senang, tapi hakikatnya amat sukar untuk melakukan perubahan. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan untuk membantu anak istimewa kiata. Mungkin sampai ke akhir hayat agaknya....
 |
| AUTISME Awareness Ribbon |
Logo cantik serta berwarna-warni....cukup menarik. Diharap, pengunjung blog yang budiman dapat mengambil perhatian bahawa pada 2hb April nanti akan diadakan sambutan penuh makna bagi golongan AUTISME. Tarikh berkenaan telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu semenjak tahun 2008 lagi, sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia dan ini merupakan sambutan kali ke lima serentak di seluruh dunia. Seperti biasa, warna biru ialah warna rasmi kempen tersebut.
.jpg) |
Just wear blue!
|
Kesedaran masyarakat terhadap AUTISME di negara kita amat rendah walau hakikatnya kes-kes yang dilaporkan kian bertambah bilangannya dari hari ke hari. Ibubapa harus mengambil peranan penting untuk memperjuangkan nasib anak-anak AUTISME kita kerana jika bukan ibubapanya ..... siapa lagi? Masyarakat kurang sedar terhadap keperluan golongan ini disebabkan penampilan mereka yang nampak normal seperti insan-insan lain. Hakikatnya terdapat kesukaran yang nyata bagi golongan ini di dalam perkembangan komunikasi, interaksi serta imaginasi sosial.
|
Sebenarnya, golongan ini jika diberi peluang menjalani intervensi seawal usianya.....insyaAllah kelainan yang ada pada mereka dapat diminimumkan sehingga dapat menjalani kehidupan senormal mungkin seperti insan biasa. Terdapat juga kes-kes tertentu dimana insan AUTISME telah menunjukkan kemampuan luarbiasa mereka hingga berjaya ke peringkat yang tertinggi. Malangnya terdapat ibubapa yang lambat sedar tentang kelainan yang ada pada anak-anak kecil masing-masing kerana kekurangan ilmu pengetahuan tentang AUTISME itu sendiri.
 |
| Terangi kehidupan mereka! |
Kebanyakan dari kita di alaf baru ini mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik serta menerima kemudahan informasi yang cepat dan pantas. Jadi, bangunlah ibubapa sekaliannya, guru-guru, pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli akademik lain yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ini untuk bersama-sama menggembeling tenaga bagi memberi kesedaran pada masyarakat umum tentang AUTISME mengikut cara dan kemampuan masing-masing.
Kepada ibubapa yang diujiNya dengan menerima anugerah ini, ingatlah bahawa anda semua adalah insan terpilih untuk memikul amanah Allah yang hanya menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segalanya. Jangan sia-siakan anak syurga kita..... dek kerana kejahilan ibubapanya....
 |
| Jangan 'kuburkan' potensi diri mereka! |
4:10 AM
Bila memperolehi kejayaan......semua orang tumpang rasa gembira. Apa tah lagi bagi yang empunya diri dan keluarga terdekatnya. Senyum di bibir hingga ke telinga, senyum juga dalam hati....cuma orang lain tak tahu.......Keputusan SPM keluar kelmarin dengan catatan kejayaan anak-anak kita sementara ada juga yang bercucuran airmata menerima keputusan yang kurang memuaskan.
.jpg) |
| Semua mahu yang ini! |
Tapi di sebalik kejayaan itu, siapa tahu perjuangan si empunya diri serta orang-orang di sekelilingnya? Kesukaran, kepayahan dan kedukaan bersilih ganti. Kita kena sedia maklum rezeki tidak akan datang dengan bergolek.....ada certain kes saja yang mendapat kejayaan terpijak, itu pun jarang-jarang berlaku. Kira bonuslah dari Allah bagi yang memperolehi sesuatu kejayaan cemerlang secara mudah mahupun bertujuan untuk menguji ketaatan hamba-hambaNya di dunia ini.
Alhamdulillah.....sebab di kalangan anak-anak istimewa kita juga ada yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Beberapa rakan di Autisme Malaysia memberikan khabar gembira tentang pencapaian anak masing-masing dalam peperiksaan tersebut. Iddin dengan straight 'A' nya sementara Saifullah dengan 2 A dalam subject Mathematics dan Science. Adooiii! malunya saya jika dibandingkan dengan result yang saya perolehi di era 80 an dulu......
 |
| Ke mana selepas ni? |
Seluruh warga Autisme Malaysia bergembira sakan dengan suntikan kejayaan ini terhadap anak-anak syurga masing-masing yang biasanya tidak diletakkan sebarang harapan dalam pembelajaran. Malahan awal-awal lagi mereka telah dilabelkan dalam Masalah Pembelajaran. Yakinilah bahawa anak-anak kita juga boleh! Tak salah rasanya kita bergembira dan berbangga dengan kejayaan ke dua anak syurga kita SAIFUDDIN (Iddin) dan SAIFULLAH......
Tahniah jua pada ibubapa dan keluarga masing-masing! Nampaknya 2 'S' telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran .....adakah seorang lagi 'S' akan mengikut jejak ke dua abang-abang ini? Siapakah 'S' yang seterusnya.....mungkinkah Syahmi? ....jeng jeng jeng...
 |
| Peringatan buat semua! |
6:05 AM
Banyak tumpang perkara tumpang....ibu tumpang ada, tumpang sekaki, tumpang semangkuk, Tumpang Sabtu nama wartawan RTM.....tapi kali ini saya nak tumpang gumbira. Bukan apa, gembira mendengar kejayaan 'anak' syurga kita dalam pelajaran. Walau belum disahkan, angin-anginnya sudah pun sampai ke sini tentang kejayaan cemerlang seorang insan istimewa dalam bidang pelajaran anak kepada teman di Autisme Malaysia.
.jpg) |
| Pulut kuning tanda kesyukuran! |
Buat si ibu ......seorang yang sangat berpengetahuan pada pandangan saya, memang Allah mengurniakan anugerah sesuai dengan kemampuan seseorang....ngam ngam tidak lebih dan tidak kurang. Berkat usaha kerasnya, kesabaran dan sentiasa bersedia berkongsi ilmu dengan kami insan terpilih yang memiliki anak syurga.... maka selayaknya beliau menjadi contoh dan ikutan pada kami semua.
Tahniah Iddin ,Puan Hayati Jafar serta keluarga. Semoga terus menyumbangkan idea-idea bernas anda kepada kami di Autisme Malaysia.
Sama-sama kita tunggu keputusannya hari Rabu ini! Tunggu.........
Seminggu bercuti, hari ni Syahmi kembali dengan rutin seorang pelajar sekolah zaman millenium yang sibuk memanjang dengan kelas-kelas pembelajaran dan aktiviti luar kelas. Musim panas di Kuala Terengganu memang cepat meletihkan budak-budak dan mak bapaknya sekali. Kita ibubapa kena tengok-tengokkan pengambilan air masak terutamanya oleh anak-anak kita.
 |
| I'm ready to go to school! |
Kalau jenis yang mudah mendapat penyakit tonsillitis......musim-musim panas kena minum air masak sebanyak mungkin. Elakkan dari meminum air berkarbonat serta berais. Mandi kena cukup....jangan tunggu nak disuruh.. barulah bergegas ke bilik air. Kalau mula rasa perit-perit di bahagian tekak, tonsil mula membengkak, biasanya beriringan dengan demam panas.
 |
| Nampak macam melegakan.....sejuk..... |
Melalui pengalaman membesarkan anak saya Syahmi dan Syawal yang keduanya sering menghadapi masalah tonsillitis, antara perkara-perkara yang perlu juga dielakkan ketika musim panas begini tentunya memakan buah-buahan tertentu seperti limau mandarin, tembikai dan buah laici siam. Ketiga-tiganya amat mudah merangsang berlakunya perit di bahagian tekak sehingga sukar untuk menelan air liur sekali pun. Biasanya kejadian ini kita sedari ketika lewat malam dimana orang lain sedang lena beradu sementara kita mundar-mandir di rumah menahan perit kesakitan di bahagian tekak. Elakkan makan beberapa jenis buah-buahan jika anda telah mendapat bengkak tonsil antaranya seperti :
 |
| Awas bila memakannya! |
 |
| Hati-hati dengan yang ini juga! |
 |
| Yang ini pun sama jer! |
Kalau berlaku kejadian perit tekak di waktu tengah malam hingga mengganggu tidur kita, maka pergilah ke bilik air untuk mandi ataupun sekurang-kurangnya membasahkan bahagian kepala. Memang terasa lega sementara menunggu hari siang bagi mendapat rawatan doktor bertauliah. Biasanya kalau ke doktor pun ubat-ubatan yang dibekalkan hanyalah ubat demam, antibiotik dan ubat untuk dikulum bagi melegakan bahagian yang terasa perit sementara nak sembuh sepenuhnya. Mengambil antibiotik perlu mengikut nasihat doktor!
 |
| Bukan cuba menakutkan....tapi inilah hakikat yang sebenarnya penyakit tonsillitis! |
Jangan ambil mudah permasalahan ini, kerana jika terlalu kerap terjadi hingga mengganggu persekolahan anak-anak kita pasti dokor akan menasihatkan kita untuk membuang bahagian yang bengkak berkenaan melalui pembedahan kecil di hospital. Pernah saya terbaca dalam satu artikel yang menceritakan bahawa tosillitis jika tidak dikawal, ditakuti boleh menyerang hingga ke buah pinggang penghidapnya...eeee ini yang kita perlu elakkan wahai teman-teman dan sahabat semua......
.Jika terdapat mana-mana kesilapan secara fakta di atas, maaf dipohon kerana saya bukan seorang doktor.... hanyalah seorang insan biasa yang hendak berkongsi maklumat dari pengalaman membesarkan anak-anak yang kedua-duanya penghidap tonsillitis. Itu saja...bukan TV3 saja yang 'ambil berat', saya pun sama...