9:38 PM
 |
| Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57 |
Tiap kali bulan kemerdekaan, dialah yang paling bahagia dengan deretan Jalur Gemilangnya. Namun tahun ini, sambutan tertangguh kerana debaran UPSR semakin kencang terasa. Kurang dari 10 hari sahaja lagi untuk dia menduduki ujian tersebut. Persediaan harus diteruskan, setelah ujian selesai nanti, barulah Syahmi merdeka sebenar-benarnya....
Namun sebagai rakyat Malaysia, kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos setiap tahun haruslah diraikan dengan rasa kesyukuran atas limpahan nikmat-Nya yang tidak terhingga. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 57 serta disudahi dengan laungan Merdeka...Merdeka..Merdeka...
 |
| - CINTAILAH NEGARA KITA - |
12:21 PM
Lekukan kecil di kedua belah pipi dipanggil Lesung Pipit oleh masyarakat Melayu. Tanpa disedari, kejadian ini dikatakan berlaku akibat dari sedikit 'kecacatan' di bahagian otot di muka.
.jpg) |
| Merah - Otot utama zygomaticus |
Kelazimannya wujud di kedua-dua belah pipi indivdu. Jarang-jarang sekali ianya wujud hanya di sebelah bahagian pipi sahaja. Ia disebabkan oleh otot utama zygomaticus di bahagian muka yang lebih pendek dari biasa. Oleh itu apabila si empunya diri tersenyum, maka otot di bahagian tersebut akan tertarik ke atas lalu menghasilkan lekukan yang dipanggil Lesung Pipit.
 |
| Lesung Pipit |
Kebanyakan masyarakat Asia, negara-negara Barat juga menganggap bahawa Lesung Pipit mampu menarik perhatian orang lain. Namun bukan semua manusia dilahirkan dengan Lesung Pipit. Ia dipengaruhi oleh faktor keturunan. Tidak kisahlah sekiranya ramai antara mereka melakukan pembedahan hanya untuk mengadakan Lesung Pipit buatan bagi membentuk wajah yang lebih menarik.
Mungkin ada diantara kita yang tidak menyedari bahawa Lesung Pipit bukan sahaja wujud di bahagian pipi manusia. Dagu berlekuk merupakan kategori lekukan di muka yang dikira sebagai lesung pipit. John Travolta merupakan pelakon yang terkenal dengan Dagu Lekuknya dan tidak kurang juga artis di negara kita iaitu Dato' Siti Nurhaliza.....jangan jealous you!
 |
| Dagu Lekuk Dato' CT..... |
2:19 PM
Membezakan situasi apabila kita terjatuh. Soalan yang agak kerap ditanya dalam UPSR Kertas BM1 (soalan objektif), dimana calon diminta memilih perkataan yang sesuai dengan keadaan seperti di dalam gambar yang diberi. Semoga dapat membantu anak saya juga anak-anak lain untuk menjawab soalan dalam UPSR nanti......Jangan tersilap lagi!
 |
| Contoh Soalan |
.jpg) |
| Jatuh Terlentang |
.jpg) |
| Jatuh Tertiarap |
 |
Jatuh Tersungkur/Tersembam jika muka tertumus ke tanah
|
 |
| Jatuh Terperosok |
.jpg) |
| Jatuh Terjelepok |
.jpg) |
| Jatuh Tersandung |
- TAMAT -
3:37 PM
 |
| Perjalanan ke persemadian...... |
Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu dimana, bagaimana berakhirnya kehidupan kita nanti. Jika ajal telah datang, tiada siapa lagi dapat menghalangnya. Tiada siapa diantara kita yang terkecuali. Firman Allah yang bermaksud,
" Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi dan kukuh." (Surah An-Nisa' Ayat 78).
Kehilangan abadi orang yang dikasihi, diratapi oleh kaum keluarga juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Semoga mereka yang terkorban dalam tragedi MH17 pada 17hb Julai 2014 yang lalu, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh..aamiin
 |
| Buat keluarga yang terlibat..... |
8:12 PM
Masalah besar ibubapa adalah untuk mendapatkan playgroup bagi menempatkan anak-anak istimewa. Apatah lagi kami di Kuala Terengganu. Tercari-cari, tertanya-tanya ke sana ke mari kalau-kalau ada kemudahan seumpamanya untuk anak-anak ini.
Anak istimewa seharusnya didedahkan dalam kehidupan bermasyarakat sejak di awal usia mereka. Sekarang bukan lagi zaman lampau dimana anak-anak istimewa disorok oleh ibubapanya di rumah. Mereka juga berhak berada dalam masyarakat tanpa diskriminasi. Cerita sedih 'Adik Firdaus' baru-baru ini hanya sebagai suis penyedar kepada mereka yang masih lalai terhadap keperluan anak istimewa (samada di pihak ibubapa, pihak bertanggungjawab mahupun masyarakat sekeliling).
.jpg) |
| Intervensi awal amat penting bagi anak-anak istimewa |
Mereka juga perlu diberi intervensi seawal mungkin agar kehidupan mendatang golongan ini lebih bercahaya. Sedangkan pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan tersebut sangat kurang berbanding dengan peningkatan populasi anak istimewa seperti autisme, down syndrome, slow leaner dan sebagainya.
Mengambil inisiatif dari Yayasan Faqeh, kami ibubapa yang mempunyai anak istimewa dalam pelbagai kategori telah bergabung tenaga menubuhkan persatuan yang diberi nama 'Sahabat Faqeh Terengganu'. Ianya bermatlamat untuk mewujudkan playgroup buat anak-anak istimewa di daerah ini disamping mengeratkan sillaturrahim sesama ibubapa. Jika diizinkan oleh-Nya, amat besar harapan kami untuk mengadakan kemudahan sebuah pusat yang menyediakan program intervensi awal dengan terapist yang terlatih bagi membantu anak-anak istimewa.
.jpg) |
| Percayalah, kita boleh membantu mereka! |
Sesungguhnya, Allah menguji hanya kepada hamba-Nya yang berkemampuan kerana Dia lebih mengetahui atas segalanya. Kami menyahut cabaran ini, untuk bersama-sama membantu anak kami dalam mendekatkan mereka dengan pencipta-Nya disamping membentuk mereka menjadi manusia yang berdikari di masa akan datang....InsyaAllah.