A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, March 5, 2016

21 Tahun Sudah....



Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik  buat kami berdua meneruskan perjalanan di dunia ini, bersama memperbaiki kesilapan diri, memperbetulkan kekhilafan lalu. Yang pasti, masa makin dekat. Tiada siapa yang mampu lari dari ketentuan-Nya.

Semoga dikurniakan juga kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kesabaran menghadapi ujian, anak-anak yang soleh agar bisa membantu kami ketika di sana nanti. Aamiin....



HAPPY ANNIVERSARY
-5.3.1995 - 5.3.2016-

Sunday, February 28, 2016

Raikan usaha mereka.......



Syahmi dengan algebranya.....


Tahun lepas, dia di Tingkatan 1. Mula diperkenalkan topik algebra untuk subjek Matematik. Tahun ini dia telah berada di Tingkatan 2. Algebra datang lagi dengan penyelesaian yang lebih rumit. Setakat ini dia boleh faham dengan pengajaran guru di sekolah.

Bila buat kerja sekolah di rumah, dia akan berbincang dengan ibu penyelesaian ungkapan algebra. Ibu hanya angguk kepala tanda setuju walau sebenarnya ibu tak faham sikit habuk pun topik tu. Ibu dari zaman sekolah lagi kurang berminat dengan Matematik.

Namun, ibu tetap meraikan anak ibu. Tunjukkan kecaknaan ibu dalam menyokong usaha si anak menguruskan pembelajarannya. Berlakonlah demi menyenangkan hati si anak. Hargai kemahuannya, barulah terbit keyakinan diri. Kalau bukan kita ibubapanya, siapa lagi?

Tapi, ibu bangga dengan pencapaian si anak dalam subjek Matematik. Jauh lebih baik dari ibu dulu-dulu....good job Syahmi.



Friday, February 19, 2016

Subhanallah....






Subhanallah.....mereka dilahirkan berbeza. Kita melabelkan mereka sebagai 'kecacatan', sedangkan mereka makhluk ciptaan-Nya dengan pelbagai kelebihan. Cuma kita tidak berusaha mencari kekuatan yang ada pada golongan ini. Lalu mereka dipandang rendah, mereka dipandang sepi dalam masyarakat.


Sesungguhnya, segala ciptaan-Nya tiada yang sia-sia. Marilah kita sama-sama menyantuni insan-insan istimewa ini. Yang kurang dibantu sementara kelebihannya dicari untuk dimanfaatkan. InshaAllah...janji Allah itu pasti.


Sunday, February 7, 2016

Jangan Kasi Muka Pada Aedes....


Nyamuk, walaupun kecil tapi kesannya boleh menjadi kes serius apabila menggigit manusia. Ada yang gatal-gatal dibuatnya, ada pulak yang dalam diam menggigit, tahu-tahu demam panas kemudiannya, hilang selera makan hingga  ada yang meragut maut. Sekarang kami di Terengganu berjaga-jaga dengan wabak denggi. Beberapa kes kematian dilaporkan (7 kes kematian setakat ini) akibat dari demam denggi dalam tahun 2016 ini sahaja. Maksudnya, pembawa wabak ini perlu diperangi secara besar-besaran, iaitu nyamuk aedes.

2 jenis nyamuk Aedes yang menjadi pembawa virus denggi dimana wabak ini masih tiada lagi penawarnya hingga kini. Ciri-ciri tertentu dapat membezakan antara Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus iaitu di bahagian kepalanya :

Perbezaan ketara di bahagian kepala kedua-dua jenis nyamuk ini

1. AEDES AEGYPTI (nyamuk rumah) - berwarna coklat gelap ke hitam, tanda putih-perak berbentuk kecapi di kepala, berbelang-belang seluruh badan , berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Bertelur dan membiak dalam bekas-bekas buatan di dalam dan di luar rumah.


Nyamuk Aedes Aegypti

2. AEDES ALBOPICTUS (nyamuk kebun) - terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan. Terdapat di kawasan perumahan, kebun dan di hutan. Membiak di bekas alamiah seperti lubang di pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan, nenas dan sebagainya.


Nyamuk Aedes Albopictus

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih samada di dalam mahupun di luar rumah. Tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah dan baldi merupakan lokasi yang perlu diambil perhatian supaya aedes tidak membiak di sana.

Jom pakat-pakat jaga kebersihan sekitar rumah masing-masing. 

Sunday, January 31, 2016

Kalau Dah Rezeki....



Segalanya di tangan Tuhan. Bukan cemerlang mana pun dia. Ramai pelajar-pelajar lain yang memperoleh 5A dalam UPSR. Namun, dia diangkat, dijulang bagaikan wira. Mungkin kerana dia 'wira istimewa' maka ia diraikan seolah-olah dia yang terbaik dari teman yang lain.

Alhamdulillah, Tuhan bagi kami nikmat yang manis ini buat seketika. Mungkin orang lain tidak tahu perjuangan kami penuh dengan airmata. Bukan mudah mendidik anak yang mempunyai tingkah laku yang berbeza dari yang lain. Syukur Ya Allah, Kau bersihkan luka-luka kami yang lalu, Kau suntik kami dengan semangat baru. Kau kurniakan kami kekuatan untuk menjaga amanah Mu yang ini dengan baik.

Terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, yang mengiktiraf kecemerlangan anak istimewa di kedudukan yang istimewa juga. Terima kasih sekali lagi.

Sesungguhnya, Kamu lah  Ya Allah sebaik-baik perancang....Ya Baari'...Ya Baari'...aamiin

Transformasi Terengganu Baru (terbitan 2015)

Selak sikit....

Syahmi bersama YAB Menteri Besar Terengganu

Monday, January 25, 2016

Kalau Aku Bisa Berkata......





I'm SORRY. I will be saying this to many of you many times over the next 10 years...probably weekly. And I really am.

I'm SORRY because I'm the reason he's in your class. I fought for him to be mainstreamed because all of the doctor's and specialists told me that being in a least restrictive environment among peer models would be best for his development.

I'm SORRY because I know that you aren't trained for this.

I'm SORRY because I know you'll have 35 kids in your class, all with different abilities, and you're going to have pay special attention to my son.

I'm SORRY for every day he acts out or hurts another child or melts down in your classroom.

I'm SORRY because I don't have all the answers.

(Petikan Huffington.com)

Saturday, January 16, 2016

Sensory Brush/Therapressure Brush


Mereka yang mengalami autisme akan menghadapi masalah dalam bertindakbalas dengan rangsangan deria. Ada diantara mereka yang mengalami masalah dengan deria sentuhan, bau dan sebagainya. Jika mengalami masalah dengan deria sentuhan contohnya bagi yang sangat sensitif terhadap bahan-bahan yang diperbuat daripada produk kapas, maka mereka akan mengelak untuk dipakaikan baju yang diperbuat dari bahan tersebut.

Bagaimana membantu mereka menangani masalah dengan deria sentuhan? Menurut Wilbarger Brushing Protocol cara penyelesaian adalah dengan melakukan teknik 'brushing'. Berus yang direka khusus untuk melakukan teknik ini, dikenali sebagai 'Sensory Brush' manakala 'Therapressure Brush' direka dengan saiz yang lebih besar, berbentuk oval bagi memberi kesesuaian dengan genggaman tangan serta mendapatkan hasil yang maksima. Berus ini diperbuat dari plastik yang sangat lembut sifatnya.


Therapressure Brush berbentuk OVAL

Teknik 'brushing' disyorkan untuk dilakukan setiap 2 jam sekali ketika si anak dalam keadaan sedar. 'Brushing' dilakukan ke atas bahagian permukaan kulit si anak secara 'deep pressure' bermula dari bahagian lengan hingga ke kaki. Elakkan tempat-tempat sensitif seperti di muka, dada, perut kerana ia boleh memberikan reaksi tidak diduga seperti termuntah.  Boleh dilakukan selagi ia memberi manfaat kepada mereka. Ini merupakan salah satu cara yang disyorkan bagi mengatasi masalah sensory anak-anak autisme.

Dikhabarkan teknik ini telah memberi input positif terhadap anak-anak yang mengalami autisme. Misalnya berkurangnya rasa takut/tidak selesa si anak ketika disentuh, meningkatkan daya fokus dan sebagainya.

Jom kita mencuba teknik ini. Lakukan sendiri di rumah, dan sama-sama nantikan hasilnya.


'Brushing Technique' 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...